Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tu.lu.san] | کتولوسن

Definisi : perihal tulus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tu.lu.san] | کتولوسن

Definisi : , = ~ hati kebersihan dan kejujuran hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tulus (adjektif)
Bersinonim dengan tulus ikhlas, tulus hati, lurus hati, ikhlas, bersih hati, jujur, rela, suci, mustakim, sudi, sadik, lurus akal, mukhlis;,
Kata Terbitan : menuluskan, ketulusan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Saya mohon agar pihak tuan dapat memberikan penerangan yang terperinci mengaenai perkataan " INTEGRITI AMALAN KITA". Sekian, terima kasih.Integriti bermaksud kejujuran, ketulusan atau keutuhan. Oleh itu ungkapan ini bermaksud kejujuran/ketulusan/keutuhan menjadi amalan seseorang atau organisasi.  Lain-lain27.03.2008
Integrity(bahasa ingeris)=integriti(bahasa Malaysia moden)=ketulusan hati\kejujuran\keutuhan(bahasa Malaysia sebenar). Diragukan BM moden ini tanpa disedari akan menggalakkan rakyat Malaysia bertutur dalam bahasa 'rojak' dan berbahaya jika kita ingin mempertabatkan Bahasa Malaysia.

Saudara Mohd. Hafiz,

Perkataan 'integriti' diterima dalam bahasa Melayu sebagai variasi kepada perkataan ketulusan, kejujuran, keutuhan dalam usaha mempelbagaikan dan memperkaya perbendaharaan kata bahasa Melayu bagi memberi pengguna lebih banyak pilihan kata.  Penyerapan kata ini  ke dalam bahasa Melayu tidak akan menggalakkan bahasa rojak kerana proses penyerapannya dibuat mengikut tatacara penyerapan  kata daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu seperti yang ditentukan dalam Pedoman Umum Pembentukan Istilah, manakala bahasa rojak ialah penggunaan bahasa yang mencampuradukkan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu dalam ayat, frasa atau wacana. 

 

Lain-lain22.03.2010
integrity -makna kompeten -maknaintegriti - kejujuran, ketulusan kompeten - cekap, layak atau sempurnaMakna03.04.2007
maksud integriti.Integriti bermaksud : i.kejujuran atau ketulusan, ii. keadaan sempurna dan utuh atau keutuhan.Makna08.01.2008
Apa maksud perkataan 'pamrih' dalam ayat di bawah. Dalam cinta tidak ada pamrih melainkan ketulusan.

Saudara,

Perkataan 'pamrih' (bahasa Indonesia) bermaksud maksud yang tersembunyi dalam memenuhi keinginan untuk memperoleh keuntungan peribadi. Sila rujuk Kamus Besar Bahasa Indonesia.

Makna20.12.2009
APAKAH TUJUAN ADAT BERSALAM DILAKUKANAdat bersalam biasanya dilakukan sebagai tanda sapaan melalui perbuatan (bersalam) antara sesama insan. Adat ini juga dikaitkan dengan ketulusan hati sesama insan dalam bermaaf-maafan dan adat bersalam ini menjadi budaya murni sesama insan.Lain-lain24.10.2007
Adakah perkataan ritual boleh diterjemah sebagai upacara?Berikut ialah makna bagi kata ritual dan upacara dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020):

ritual
kata nama 1 tatacara dalam upacara keagamaan, adat atau persembahan:
Jemaah haji melakukan pelbagai ritual dengan penuh ketulusan dan kesabaran Teater tradisional seperti makyung, mekmulung dan sebagainya memulakan persembahan dengan ritual.

kata adjektif 2 berkaitan tatacara dalam upacara keagamaan, adat atau persembahan: Kita perlu membetulkan tanggapan sempit masyarakat mengenai masjid sebagai pusat kegiatan ibadah harian yang ritual dan statik.

upacara
kata nama 1 majlis keramaian menurut adat, kebiasaan atau agama: Upacara memotong kek dilakukan selepas bersanding. upacara peminangan;
2 majlis rasmi yang dilakukan menurut peraturan dan istiadat tertentu, misalnya melantik sso atau memperingati sst: Upacara menaikkan bendera 10 buah negara Asia Tenggara yang bertanding diadakan di perkampungan sukan. upacara mengangkat sumpah Ahli Dewan Negara; upacara pertabalan;
3 klasik penghormatan rasmi kepada tetamu dan lain-lain: Maka baginda pun segera bangun berdiri serta memberi upacara dan berhormat-hormatan kedua betara itu.
4 klasik alat kerajaan atau tanda kebesaran seperti pedang dan payung.

Pemilihan kata ini adalah bergantung kepada konsep dan kesesuaian penggunaan kata tersebut.
Lain-lain17.07.2023
saya Hanan Dalor sedang belajar di Universiti Fatoni kelas dasar saya ingin bertanya DBP apakah makna perkataan 'Ikhlas' terima kasih atas jawapannyaIkhlas berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud:  (dgn) hati suci, tidak menipu atau tidak berpura-pura: dia menolong dgn ~, tidak mengharapkan apa-apa balasan; dgn ~ dgn suci hati; tulus ~ sangat jujur; mengikhlaskan memberikan (sesuatu) dgn ikhlas, merelakan: ~ baki hutangnya; keikhlasan kesucian hati, ketulusan: tujuannya ialah utk menduga ~ dan semangat pengorbanan rakyat negeri ini.Makna29.09.2014
selamat malam.Saya nak tanya beberapa soalan.Apakah maksud bagi perkataan; 1) Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), 2) etika dan integriti, 3) etika kerja, 4) wistleblowing.Terima kasih.

1. Pertubuhan bukan kerajaan ialah badan atau pertubuhan sukarela yg bergerak dlm bidang sosial, ekonomi, kebudayaan dsb dgn matlamat dan fungsi­nya yg tertentu.

2. Etika bermaksud ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral, integriti bermaksud : i.kejujuran atau ketulusan, ii. keadaan sempurna dan utuh atau keutuhan.

3. Etika kerja bermaksud Budaya murni yang menjadi amalan kakitangan organisasi yang antara lain akan menghasilkan sifat bekerja yang berakhlak, menepati waktu, cekap, berhemah dan produktif.

4. Ejaan yang betul ialah whistle-blowing dan padanannya dalam bahasa Melayu ialah pemberi maklumat.

Istilah02.04.2010

Kembali ke atas