Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tum.bu.han] | کتومبوهن

Definisi : 1. ditumbuhi oleh: halaman rumah yg dahulunya dijagai dan ditanami bunga, sekarang ~ lalang; 2. penyakit kulit (yg mudah berjangkit), cacar; jenis-jenisnya: ~ bungkus, ~ jagung, ~ jintan, ~ ketumbar, dll; 3. (Ubat) tisu yg membesar atau mem­bengkak secara tidak normal, mis tumor; 4. = tumbuhan Jk sj bisul dlm daging; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tum.bu.han] | کتومبوهن

Definisi : 1 tisu yg mem­besar atau membengkak secara tidak normal, spt tumor. 2 sj penyakit kulit yg disebabkan oleh virus; cacar. 3 ditumbuhi (oleh): Kawasan itu ~ lalang dan duri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TENTAKEL

Tentakel ialah ketumbuhan yang kurus, fleksibel di

kepala atau di sekeliling mulut haiwan tertentu.

Tentakel biasanya digunakan untuk perlindungan

atau sebagai sesungut. Buran dan ubur-ubur

menggunakan tentakel untuk menangkap mangsa

sebagai makanan.

Lihat juga Haiwan (gambar); Knidaria; Moluska

(Unicangkerang atau gastropoda) ; Sotong .

UMUM 
TELAPUK

Telapuk ialah ketumbuhan keras pada kaki

mamalia yang dinamakan ungulat. Ungulat termasuk

babi, kuda belang, kuda dan haiwan bertanduk.

Telapuk dibuat daripada tanduk iaitu bahan yang

terbentuk daripada epidermis (lapisan luar kulit).

UMUM 
PURU

Puru ialah ketumbuhan tak normal pada tumbuh-

tumbuhan yang biasanya membonjol. Puru boleh

terbentuk pada akar, daun, bunga dan lenggai biji.

UMUM 
TAHI LALAT

Tahi lalat ialah ketumbuhan berwarna pada kulit.

Tahi lalat terdiri daripada sel yang mengandungi

melanin, iaitu pigmen gelap. Tahi lalat mungkin

wujud sejak lahir dan lazimnya dikenali sebagai

tanda lahir. Walau bagaimanapun, kebanyakan tahi

lalat mula muncul semasa kanak-kanak atau dewasa.

Tahi lalat mungkin terdapat di mana-mana bahagian

tubuh. Ia berbeza-beza dari segi saiznya dan

mungkin rata atau timbul. Warnanya berbeza-beza

daripada coklat muda kepada hitam. Kebanyakan

tahi lalat kecil dan tidak berubah. Sesetengah tahi

lalat mempunyai bulu hitam yang panjang.

UMUM 
KUTIL

Kutil atau ketuat ialah ketumbuhan keras dan

kasar yang terdapat pada permukaan kulit. Bentuk,

saiz, dan bilangan kutil berbeza-beza dan ia boleh

tumbuh di mana-mana sahaja pada kulit. Bahkan ia

boleh muncul pada bibir atau lidah.

UMUM 
RACUN KULAT

Racun kulat ialah bahan kimia yang digunakan

untuk membunuh ketumbuhan yang dikenali

sebagai kulat yang berbahaya kepada manusia

dan tumbuh-tumbuhan. Penyakit yang disebabkan

oleh kulat boleh memusnahkan atau dengan

serius merosakkan tanaman makanan. Penyakit

kulat telah memusnahkan tanaman kentang di

Ireland, yang menyebabkan sekitar 750 000 orang

kebuluran pada tahun 1840-an. Kulat juga

menyebabkan hawar berangan yang membunuh

ribuan pokok berangan Amerika di Amerika

Syarikat pada awal tahun 1900-an.

UMUM 
KEMATU

Kematu ialah tebalan yang kecil, keras, dan

berkilat pada epidermis (lapisan luar kulit).

Ketumbuhan yang tebal ini menekan dermis

(lapisan kulit yang lebih dalam) dan

menyebabkannya menjadi nipis dan lembut.

Tekanan dan geseran menyebabkan tumbuhnya

kematu. Oleh itu, kematu sering kali tumbuh pada

sendi jari kaki seseorang yang memakai kasut yang

tidak sepadan. Walau bagaimanapun, kematu

mungkin terbentuk di mana-mana sahaja pada

badan apabila tekanan dan geseran mencederakan

kulit. Kematu lembut biasanya terdapat di antara

jari-jari kaki. Di sini, kulit yang menebal itu akan

sentiasa lembut kerana sentiasa dibasahi peluh.

UMUM 
AMPUTASI

Amputasi merujuk kepada pemotongan tangan atau kaki,

sebahagian daripada tangan atau kaki, atau

bahagian badan yang lain, melalui pembedahan.

Amputasi mungkin perlu dilakukan akibat

kecederaan yang serius, jangkitan, ketumbuhan,

atau penyakit lain.

UMUM 
TANDUK

Tanduk ialah struktur bertulang yang runcing di

kepala banyak mamalia. Kebanyakan mamalia

bertanduk mempunyai sepasang tanduk. Haiwan

seperti lembu, biri-biri, kambing dan antelop

mempunyai tanduk sebenar. Rusa mempunyai

ketumbuhan bak tanduk yang bukan tanduk sebenar,

yang dinamakan tanduk bercabang.

UMUM 
PUFIN

Pufin juga dikenali sebagai nuri laut , ialah

burung yang hidup di perairan Artik di Lautan

Atlantik dan Pasifik. Ia mempunyai badan yang

gemuk, kepala yang besar, dan paruh yang tinggi,

leper. Semasa musim membiak, ketumbuhan yang

berwarna terbentuk pada paruh pufin jantan.

UMUM 
12

Kembali ke atas