Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tum.bu.han] | کتومبوهن

Definisi : 1. ditumbuhi oleh: halaman rumah yg dahulunya dijagai dan ditanami bunga, sekarang ~ lalang; 2. penyakit kulit (yg mudah berjangkit), cacar; jenis-jenisnya: ~ bungkus, ~ jagung, ~ jintan, ~ ketumbar, dll; 3. (Ubat) tisu yg membesar atau mem­bengkak secara tidak normal, mis tumor; 4. = tumbuhan Jk sj bisul dlm daging; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tum.bu.han] | کتومبوهن

Definisi : 1 tisu yg mem­besar atau membengkak secara tidak normal, spt tumor. 2 sj penyakit kulit yg disebabkan oleh virus; cacar. 3 ditumbuhi (oleh): Kawasan itu ~ lalang dan duri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gummagumaPerubatanTiadaKetumbuhan bukan tumor yang lembut dan berlendir yang terdapat pada peringkat tertier sifilis. Ketumbuhan ini terbentuk daripada tisu yang menyerupai tisu yang tergranulasi
teratomateratomaPerubatanTiadaKetumbuhan yang terdiri daripada tisu yang berbagai-bagai jenis yang bentuknya berbeza daripada bentuk asal tisu organ yang berkenaan. Ketumbuhan ini lazimnya ditemui pada ovari atau testis.
tumortumorPerubatanTiada1. Sesuatu yang membengkak atau membesar secara tidak normal. 2. Ketumbuhan yang terbentuk apabila pembiakan sel berlaku secara tidak terkawal. Ketumbuhan ini boleh bersifat benigna atau malignan. Sin: neoplasma
Bohn nodulesnodul BohnPergigianTiadaKetumbuhan pada gingiva yang terbit daripada sisa sel lamina gigi atau tisu kelenjar mukosa. Nodul Bohn boleh didapati secara tunggal atau berbilang di bahagian bukal atau lingual batas alveolus. Ketumbuhan ini biasanya berlaku kepada bayi yang baru lahir dan hilang dengan sendiri selepas beberapa bulan bayi dilahirkan.
growthketumbuhanPerubatanTiadaTisu yang membesar secara tidak normal. Tisu ini mungkin bersifat tumor dan mungkin tidak.
carnositykarnositiPerubatanTiadaKetumbuhan yang luar biasa berdaging.
adenomyosisadenomiosisPerubatanTiadaKetumbuhan jenis tisu endometrium di luar endometrium
carcinomakarsinomaPerubatanTiadaKetumbuhan yang malignan yang mungkin berlaku di mana-mana bahagian tubuh.
polytypismpolitipismeKejuruteraanTiadaKetumbuhan berbentuk pilin pada dalam mika atau mineral lempung yang seumpama.
cancerkanserPerubatanTiadaKetumbuhan malignan akibat pembahagian sel yang tidak terkawal dan boleh merebak ke bahagian lain.
1234567

Kembali ke atas