Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tumpat (adjektif)
Bersinonim dengan padat, sendat, sesak, penuh, mampat, tetal, padu, rapat, ketat, sarat, pejal, penuh tepu;,
Kata Terbitan : menumpatkan, ketumpatan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tumpat1 penuh sesak atau penuh berisi (ttg ruang, rongga dll); padat: Stadium Merdeka telah ~ dgn penonton. penuh ~ penuh betul. 2 tidak berongga; padu: Kayu yg berat lebih ~ drpd kayu lempung. 3 tidak tahu akan apa yg hendak dibuat; suntuk akal: Akalnya menjadi ~ mendengar berita buruk itu. menumpatkan mengisi hingga penuh; memadatkan. ketumpatan 1 hal atau keadaan tumpat. 2 ist kuantiti yg di­peroleh apabila berat dibahagikan dgn isi padu. ~ bandingan kadar ketumpatan sesuatu benda berbanding dgn ke­tumpatan sesuatu benda yg standard (spt air).Kamus Pelajar Edisi Kedua
tumpat1. penuh berisi (ruang, rongga, dll), penuh sesak, padat, sendat: orang yg menghadap itu hingga bertemu lutut ~, tiada bersila lagi; ~ mampat (tumpul) = penuh ~ penuh betul (mampat, sesak); 2. tidak berongga, mampat, padu: kayu keras lebih ~ drpd kayu lembut; 3. ki tidak dapat berbuat apa-apa lagi (kerana hilang akal dll), terbuntu (fikiran dll), tersuntuk: kerana kematian ibunya itu, fikirannya menjadi ~; menumpat, menumpatkan 1. mengisi (menimbus dll) hingga penuh, memadatkan (lubang dll): ~ perigi buta; 2. ki menutup (mulut), menyumbat; tertumpat tertimbus (tertimbun dll) hingga penuh, tersumbat; ketumpatan 1. perihal (keadaan) tumpat, kepadatan; 2. (Mat) kadar atau nisbah yg didapati apabila berat sesuatu benda dibahagi dgn isi padunya.Kamus Dewan Edisi Keempat
ketumpatan1 hal atau keadaan tumpat. 2 ist kuantiti yg di­peroleh apabila berat dibahagikan dgn isi padu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ketumpatan1. perihal (keadaan) tumpat, kepadatan; 2. (Mat) kadar atau nisbah yg didapati apabila berat sesuatu benda dibahagi dgn isi padunya.Kamus Dewan Edisi Keempat
ketumpatan1 hal atau keadaan tumpat.Kamus Pelajar
DD1. Singkatan bagi double density. Lihat ketumpatan berganda. 2. Singkatan bagi digital display. Lihat paparan digital.Kamus Komputer
hukum1 peraturan yg dibuat oleh pihak yg berkuasa, negara dll utk me­ngatur pergaulan hidup dlm masyarakat; undang-undang. 2 = hukuman keputusan yg dibuat oleh hakim dlm mahkamah: Tuan hakim telah menjatuhkan ~ penjara selama lima bulan. 3 sesuatu perkara (peraturan dsb) mengenai se­suatu kejadian, peristiwa dll yg ditentukan; ketentuan; ketetapan: ~ Archimedes digunakan utk menentukan ketumpatan sesuatu larutan. ~ adat peraturan-peraturan yg berdasarkan adat. ~ alam hal yg ditentukan oleh keadaan alam. ~ Allah apa-apa yg telah ditentukan terlebih dahulu oleh Allah; takdir Allah. ~ Boyle ist hukum yg menyatakan bahawa pd keadaan suhu yg tidak berubah, isi padu sesuatu gas berkadar songsang dgn tekanan. ~ Coulumb ist hukum yg memberikan nilai magnitud daya elektrik di antara dua zarah bercas. ~ gantung hukum mati dgn digantung. ~ Islam peraturan mengenai cara hidup dll menurut Islam. ~ keabadian jisim ist hukum yg menyatakan bahawa jumlah jisim sesuatu bahan tidak berubah selepas tindak balas kimia. ~ keabadian tenaga ist hukum yg menyatakan bahawa tenaga tidak dpt dicipta atau dimusnahkan tetapi dpt diubah kpd bentuk tenaga yg lain. ~ sains peraturan atau ketentuan dlm ilmu sains. ~ syarak hukum yg didasarkan pd al-Quran, hadis, ijmak dan qias. menghukum memberikan keputusan, ketentuan dll dgn berpandukan undang-undang; mendenda (seseorang) kerana melakukan sesuatu kesalahan: Pembunuh itu telah dihukum gantung. Tuan hakim telah ~ orang yg bersalah itu. terhukum dihukum; kena hukum. hukuman seksaan, penderitaan dll yg dikenakan kpd orang yg melakukan kesalahan; keputusan yg dibuat oleh hakim dsb: Mahkamah telah menjatuhkan ~ penjara seumur hidup ter­hadap kedua-dua orang pengkianat itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mampat I1. tidak beronga-rongga, tidak gem-bur (tanah dll), padat, tumpat; 2. Jk tidak dapat mengalir, tersendat, tersumbat: parit itu ~; memampatkan membuat (menekan, meng­asak, dsb) supaya padat atau tumpat: jangan dimampatkan sangat isi tin itu; termampat dimampatkan: campuran itu terasak atau ~ ke dlm ruang kecil di sebelah atas kebuk; mampatan perihal mampat; kemampatan perihal (keadaan dsb) mampat, kepadatan, ketumpatan; pemampatan perihal (proses, perbuatan) memampatkan sesuatu; pemampat alat utk memampatkan; ~ udara alat utk memasukkan udara ke dlm tangki dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
hukum1. peraturan yg dibuat oleh pihak yg berkuasa, negara dll utk mengatur pergaulan hidup dlm masyarakat; undang-undang. 2. keputusan yg dibuat oleh hakim dlm mahkamah: Tuan hakim telah menjatuhkan ~ penjara selama lima bulan. 3. sesuatu perkara (peraturan dsb) mengenai sesuatu kejadian, peristiwa dll yg ditentukan; ketentuan; ketetapan: ~ Archimedes digunakan utk menentukan ketumpatan sesuatu larutan. ~ adat peraturan-peraturan yg berdasarkan adat. ~ alam hal yg ditentukan oleh keadaan alam. ~ Allah apa-apa yg telah ditentukan terlebih dahulu oleh Allah; takdir Allah. ~ gantung hukum mati dgn digantung. ~ Islam peraturan mengenai cara hidup dll menurut Islam. ~ sains peraturan atau ketentuan dlm ilmu sains. ~ syarak hukum yg didasarkan pd al-Quran, hadis, ijmak dan qias. menghukum memberikan keputusan, ketentuan dll dgn berpandukan undang-undang; mendenda (seseorang) kerana melakukan sesuatu kesalahan: Pembunuh itu telah dihukum gantung. Tuan hakim telah ~ orang yg bersalah itu. terhukum dihukum; kena hukum. hukuman seksaan, penderitaan dll yg dikenakan kpd orang yg melakukan kesalahan; keputusan yg dibuat oleh hakim dsb: Mahkamah telah menjatuhkan ~ penjara seumur hidup terhadap kedua-dua orang pengkhianat itu.Kamus Pelajar
cakera1 roda: ~ putar. 2 besi pipih bulat yg dilemparkan dlm sj pertan­ding­an sukan: lempar ~. 3 senjata yg bu­lat pipih dan tajam tepinya. 4 ist alat yg diguna­kan sbg tempat menyimpan data dan atur cara komputer. ~ keras ist alat yg dibuat drpd bahan tegap yg dpt menyimpan data komputer yg banyak. ~ liut ist alat berbentuk empat segi, ringan dan mudah dibawa, yg biasanya dpt menyimpan data komputer dlm kuantiti yg kecil; disket. ~ luaran ist unit cakera yg berada di luar unit sistem komputer. ~ optik ist alat yg meng­guna­kan teknologi laser utk merakamkan data komputer pd cakera. ~ padat alat berbentuk bulat, leper dan nipis yg mempunyai ketumpatan perakaman data komputer yg tinggi. ~ suria sistem yg terdiri drpd matahari, planet-planet (Marikh, Zuhrah, Bumi, Utarid, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun, Pluto), komet dll dan planet tsb ber­edar mengelilingi matahari mengikut orbit masing-masing.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas