Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tu.pat] | کتوڤت

Definisi : nasi yg dimasak dlm kelongsong daun kelapa, daun nipah dll yg dianyam: ~ bawang; ~ pasar dll; ~ bangkahulu a) ketupat yg besar; b) bp tinju (yg keras), genggaman (tangan); belah ~ (bentuk) segi empat selari yg sama panjang sempadannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tu.pat] | کتوڤت

Definisi : nasi atau pulut yg dimasak di dlm sarung daun kelapa yg dianyam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketupat

Puisi
 

Rebus ketupat dalam kuali,
     Apa kuahnya rendang kari;
Orang bersahabat di sana sini,
     Tidak luput harumnya di hati.


Lihat selanjutnya...(19)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSayang ketupat dimakan sahur, Belah empat taruh di dulang; Mana tempat hendakberhibur, Atas bakat bawah karang.
Kurik Kundi Merah SagaRebus ketupat dalam kuali, Apa kuahnya rendang kari; Orang bersahabat di sana sini, Tidak luput harumnya di hati.
Kurik Kundi Merah SagaMakan ketupat di kecung baru, Lempar kulit di kaki tiang; Dah boleh sahabat baru, Sahabat lama tinggal buang.
Kurik Kundi Merah SagaBuat ketupat sebakul baru, Pergi jala di kampung Siam; Abang dapat sahabatlah baru, Sahabat lama tinggallah buang.
Kurik Kundi Merah SagaBuat ketupat bakul baru, Buang kulit lautan Siam; Abang dapat kekasih baru, Buang saya dalam diam.
Kurik Kundi Merah SagaAnyam ketupat tebakul baru, Mari makan sira gula; Sudah dapat kasih baru, Buang saya dengan segera.
Kurik Kundi Merah SagaBangkit pagi rebus ketupat, Taruh makan sehari sebiji; Saya nak balik jangan mengumpat, Minta sebut sehari sekali.
Kurik Kundi Merah SagaPagi-pagi rebus ketupat, Ambil api sorongkan sabut; Saya pergi jangan diumpat, Siang malam mintalah sebut.
Kurik Kundi Merah SagaIndung kunyit pemanggang ayam, Ketupat nasi berisi inti; Dunia senget alam tenggelam, Belum dapat jangan berhenti.
Kurik Kundi Merah SagaNyiur gading tinggi mahligai, Ketupat jua berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Belum dapat belum berhenti.
12

Kembali ke atas