Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tu.pat] | کتوڤت

Definisi : nasi yg dimasak dlm kelongsong daun kelapa, daun nipah dll yg dianyam: ~ bawang; ~ pasar dll; ~ bangkahulu a) ketupat yg besar; b) bp tinju (yg keras), genggaman (tangan); belah ~ (bentuk) segi empat selari yg sama panjang sempadannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tu.pat] | کتوڤت

Definisi : nasi atau pulut yg dimasak di dlm sarung daun kelapa yg dianyam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketupat

Puisi
 

Rebus ketupat dalam kuali,
     Apa kuahnya rendang kari;
Orang bersahabat di sana sini,
     Tidak luput harumnya di hati.


Lihat selanjutnya...(19)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kelarai belah ketupatkelarai belah ketupatKesenianTiadaCorak anyaman berunsur makanan berbentuk ketupat palas yang dibelah.
corak belah ketupatcorak belah ketupatKesenianTiadaCorak batik berunsur geometri bermotif segi empat dibelah serong, terdapat pada batik sarung atau batik lepas.
diamond shapebentuk ketupatSukanTiadaTiada
designcorakArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBentuk hiasan yang terdapat pada artifak untuk pemerhatian bagi tujuan klasifikasi zaman, kegunaan, jenis, perbandingan budaya dan teknologi pembuatan. Contohnya corak yang terdapat pada artifak batu dan tembikar tanah. Pemerhatian terhadap corak dapat dibahagikan kepada dua, iaitu bentuk hiasan dan pola hiasan. Bentuk hiasan seperti bentuk bahagian bibir, badan, dasar dan kaki. Contoh corak tembikar bentuk hiasan ialah bahagian bibir yang berlapis, bahagian badan mempunyai telinga dan pemegang. Pola hiasan pula terdiri daripada ragam pelbagai corak. Contohnya, tembikar pola hiasan bentuk geometri, awam larat, anyaman ketupat dan bakul.

Kembali ke atas