Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tu.ru.nan] | کتورونن

Definisi : 1. yg diturunkan drpd, anak cucu kpd, turunan, zuriat: dlm bahasa Melayu klasik kata putera semata-mata diperun­tukkan bagi anak laki-laki ~ raja; 2. sesuatu yg diwarisi: dia memang orang biasa yg tidak mempunyai gelar ~ apa-apa; 3. menderita (sakit dll) yg turun-temurun, mendapat sesuatu yg menurun; 4. perihal dimasuki roh halus, kemasukan roh halus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tu.ru.nan] | کتورونن

Definisi : 1 yg diturunkan drpd anak kpd cucu dan seterusnya; turunan; zuriat. 2 sesuatu yg diwarisi. 3 menderita sesuatu yg turun-temurun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.tu.ru.nan] | کتورونن

Definisi : anak cucu; baka: Mereka ~ orang baik-baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
turun (kata kerja)
1. Bersinonim dengan dari atas ke bawah: dari hulu ke hilir, dari pedalaman ke bandar,
Berantonim dengan naik

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan jatuh, terbenam, menggelincir, melincir, bergelingsir, meruyup, memantai, masuk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan reda: berkurang, surut,

4. Bersinonim dengan keluar: pergi, pulang, bertolak, meninggalkan rumah,

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan jatuh, susut, merosot, meleset, berkurangan, menjunam,
Berantonim dengan naik

6. Dalam konteks warna
bersinonim dengan luntur, pudar, hilang, berubah, leta,

Kata Terbitan : menurun, menurunkan, keturunan, penurunan,

Peribahasa

Sayang anak badak tampung,
     cucu konon badak raya.

Bermaksud :

Orang yang mengaku dirinya keturunan baik-baik. badak tampung = tenuk.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
KeturunanJose, SionilDewan Sastra15 December 1973
KeturunanJose, F. SionilDewan Sastra15 November 1973
Keturunan Imam Hanbali dan kata-kata hikmatnyaAbdullah AwangDewan Siswa1 September 1980
Senjata pemusnah keturunan manusiaNurul Fiza SelamatDewan Kosmik1 April 2007
Sumpah Tujuh KeturunanMarquez, Gabriel GarciaDewan Sastera1 March 1988
Sumpah Tujuh KeturunanMarquez, Gabriel GarciaDewan Sastera1 April 1988
Hernia bukan penyakit keturunanSiti Balkis BudinDewan Masyarakat1 October 2007
Islam kita Islam keturunan: asas2 pengajaran ugama perlu di-tinjaukembaliAbdullah HussainDewan Masyarakat15 October 1969
Pemimpin berjaya kerana keturunan?A. Samad IsmailDewan Budaya1 August 1994
Asal usul dan perkembangan keturunan MelayuTeuku IskandarDewan Masyarakat1 May 1965

Kembali ke atas