hemofilia | haemophilia | Penyakit keturunan yang menyebabkan darah tidak dapat membeku disebabkan gen resesif yang terukai pada kromoson seks X. Penghidap penyakit ini akan mengalami pendarahan yang teruk jika terluka, kerana darahnya mengambil masa yang terlalu lama untuk membeku. | Menengah Atas |
kemandulan | sterility | Ketidakupayaan organisma untuk menghasilkan anak atau keturunan. | Menengah Rendah |
baka | breed | Kumpulan haiwan atau tumbuhan yang dianggap bertalian keturunan yang sama dan mempunyai kebanyakan ciri yang sama. | Sekolah Rendah |
gen | gene | Unit asas pewarisan yang terdiri daripada DNA, yang menentukan baka atau ciri keturunan. | Menengah Atas |
organisma | organism | Sesuatu hidupan yang mempunyai struktur yang teratur dan menjalani proses kehidupan seperti menghasilkan keturunan, berkembang dan menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran. Contohnya, haiwan dan tumbuhan. | Menengah Rendah |