Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tu.ru.nan] | کتورونن

Definisi : 1. yg diturunkan drpd, anak cucu kpd, turunan, zuriat: dlm bahasa Melayu klasik kata putera semata-mata diperun­tukkan bagi anak laki-laki ~ raja; 2. sesuatu yg diwarisi: dia memang orang biasa yg tidak mempunyai gelar ~ apa-apa; 3. menderita (sakit dll) yg turun-temurun, mendapat sesuatu yg menurun; 4. perihal dimasuki roh halus, kemasukan roh halus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tu.ru.nan] | کتورونن

Definisi : 1 yg diturunkan drpd anak kpd cucu dan seterusnya; turunan; zuriat. 2 sesuatu yg diwarisi. 3 menderita sesuatu yg turun-temurun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.tu.ru.nan] | کتورونن

Definisi : anak cucu; baka: Mereka ~ orang baik-baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
turun (kata kerja)
1. Bersinonim dengan dari atas ke bawah: dari hulu ke hilir, dari pedalaman ke bandar,
Berantonim dengan naik

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan jatuh, terbenam, menggelincir, melincir, bergelingsir, meruyup, memantai, masuk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan reda: berkurang, surut,

4. Bersinonim dengan keluar: pergi, pulang, bertolak, meninggalkan rumah,

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan jatuh, susut, merosot, meleset, berkurangan, menjunam,
Berantonim dengan naik

6. Dalam konteks warna
bersinonim dengan luntur, pudar, hilang, berubah, leta,

Kata Terbitan : menurun, menurunkan, keturunan, penurunan,

Peribahasa

Sayang anak badak tampung,
     cucu konon badak raya.

Bermaksud :

Orang yang mengaku dirinya keturunan baik-baik. badak tampung = tenuk.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mixed lineketurunan tercampurBiologiGenetikKeturunan yang mempunyai pelbagai genotip.
pure lineketurunan tulenBiologiGenetikKeturunan yang dihasilkan oleh proses pembiakbakaan tulen bagi gen tertentu.
الفرعketurunan ke bawahAgama IslamFiqhSalasilah keturunan seseorang ke bawah. Contohnya anak, dan seterusnya.
inheritancewarisan; pewarisan; keturunanPerubatanTiada2. Keturunan: Pemerolehan ciri-ciri genetik melalui pemindahannya daripada induk kepada anak.,3. Ciri-ciri genetik yang dipindahkan daripada induk kepada anak.
racial ancestryketurunan rasSejarahTiadaSusur galur atau salasilah keturunan bangsa atau ras hinggalah kepada peringkat awal-awal sekali lahirnya sesuatu bangsa.
heredoimmunitykeimunan keturunanPerubatanTiadaKeimunan yang diperoleh secara terwaris atau melalui keturunan.
double descentdwiwarisanSosiologiTiadaSatu sistem keturunan yang mengambil kira kedua-dua belah keturunan, sama ada sebelah ibu atau bapa.
adaptive radiationpenyebaran suaianBiologiEkologiPembentukan keturunan takson yang telah mengalami perubahan melalui pemilihan semula jadi. Keturunan takson ini dapat menyesuaikan diri dengan berbagai-bagai sekitaran.
heredityketurunanSains ForensikTiadaPemindahan ciri-ciri genetik daripada ibu bapa kepada anak yang membolehkan anak tersebut memiliki ciri genetik daripada kedua-dua ibu bapanya. Keturunan ini menjadi asas dalam pengujian paterniti forensik yang digunakan untuk membandingkan profil DNA anak dengan ibu dan bapa biologinya.
genealogygenealogiKesusasteraanTiadaIlmu mengenai salasilah garis keturunan atau asal usul manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan. Contoh: jurai keturunan raja-raja dalam sastera sejarah.
12345678910...

Kembali ke atas