Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.u.ngu.u.nguan] | کأوڠو-أوڠوان

Definisi : agak ungu, kelihatan ungu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keungu-unguan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
batataubi keledekPentadbiran PerniagaanTiadaTumbuhan tropika berbunga keungu-unguan, mempunyai ubi yang manis, sebagai sayur.
P. palisanderpalisanderKesenianHiasan DalamanKayu keras Brazil yang berwarna merah tua keungu-unguan. Palisander mempunyai sifat yang hampir sama seperti kayu ros(rosewood). Kayu ini digunakan untuk menghasilkan perabot dan dinding panel.
frigate tunaaya selasihPerikananTiadaSejenis ikan pelagik daripada famili Scombridae, spesies Auxis thazard, iaitu sejenis ikan yang berbentuk bulat, memanjang dan menirus di bahagian belakang badannya. Bahagian belakang badannya berwarna kebiru-biruan, bahagian perut berwarna putih, manakala bahagian atas kepalanya berwarna keungu-unguan gelap atau hampir hitam. Ikan jenis ini berenang dalam kumpulan besar pada musim tenang dan gemar memakan ikan pelagik kecil dan plankton. Tabiat ikan ini suka berkumpul di bawah objek terapung seperti batang kayu, peranti pengumpul ikan atau objek-objek lain. Ikan ini menjadi tumpuan pemancing kerana sifatnya yang suka melawan. Nama lain bagi ikan ini ialah tongkol selasih dan bakulan.
Acanthus ilicifoliusjerujuHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Acanthaceae yang dikenali juga sebagai jeruju putih. Daunnya jenis ringkas tersusun bersetentang dan tepi daunnya bergerigi sinuat serta hujungnya tajam. Jambak bunganya berbentuk spika, dan tumbuh keluar dari terminal dan aksilari pokok. Bunganya putih keungu-unguan dan buahnya jenis kapsul berbentuk bujur. Tumbuhan ini mengandungi flavon. Tumbuhan jenis renek ini biasanya tumbuh di kawasan lembap seperti paya, tepi sungai dan sawah. Air rebusan akar diminum untuk merawat lelah, bengkak hati, gastrik, hepatitis, bengkak kelenjar limfatik, barah dan batuk kering. Biji yang telah dihancurkan ditelan dengan air untuk mencuci darah dan merawat kecacingan atau dijadikan sebagai ubat pupuk pada luka. Seluruh pokok, selain akar digunakan untuk merawat luka, penyakit kulit dan sebagai tonik rambut. Daun yang telah dilumatkan dibuat pupuk untuk merawat reumatisme, luka terkena racun sumpitan dan racun ular. Air rebusan daun dan batangnya diminum sebagai tonik untuk menjaga kesihatan ibu selepas bersalin, merawat luka dan pelbagai penyakit kulit, sembelit serta sakit perut.
Mitragyna speciosaketumHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis pokok dalam famili Rubiaceae dan dikenali juga sebagai sebiak dan biak-biak. Tumbuhan ini mudah ditemui di kawasan tepi sungai, hutan sekunder, batu kapur dan ditanam. Daunnya berbentuk ovat, uratnya jelas dan mempunyai daun pengasuh (stipul) pada daun muda. Bawah daun muda berwarna keungu-unguan. Jambak bunganya jenis umbel dan bunganya berwarna putih. Air rebusan daunnya diminum sebagai tonik untuk memberikan tenaga, menghilangkan sakit sendi dan urat, dan mengembalikan tenaga ibu selepas bersalin. Daun yang kering dihisap seperti rokok. Penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan khayal dan ketagihan.
Archidendron jiringajeringHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis pokok dalam famili Leguminosae dan berasal dari kawasan Malesia. Jering tumbuh liar di pinggir hutan dan ditanam sebagai sumber makanan. Daunnya berbentuk oblong-eliptik, daun muda lembut dan berwarna ungu pekat. Jambak bunga jenis panikel keluar dari celah daun. Bunganya kecil berwarna putih kehijau-hijauan. Buahnya besar jenis lenggai berwarna perang keungu-unguan. Buah tersusun dalam bentuk lingkaran dan mengandungi biji besar. Bijinya berbentuk bulat, biji muda berwarna hijau cerah dan bertukar perang kemerah-merahan apabila masak. Daunnya digunakan sebagai tampalan untuk merawat kerengsaan kulit dan sakit dada. Air rebusan akar dan kulit batang diminum untuk merawat darah tinggi dan sakit dada. Buah mudanya dimakan mentah sebagai ulam. Buahnya dimakan sebagai sumber antioksidan semula jadi. Pengambilan yang banyak akan menyebabkan sakit pada buah pinggang dan pundi kencing akibat pemendapan asid jenkolik.
Clerodendron fragranssetumpukHerbaBotani dan BioteknologiPokok renek yang tumbuh tegak dalam famili Verbenaceae dan dikenali juga sebagai rompok, melur hutan atau melur jawa. Pokok ini tumbuh liar di belukar atau kebun terutama di kawasan redup dan berpasir. Daunnya berbentuk seperti jantung dan berwarna hijau tua dan tepi daunnya bergerigi. Bunganya keluar dari hujung batang dan tersusun padat pada jambak yang bertangkai pendek, warnanya putih keungu-unguan. Kelopak bunga berbentuk bulat dan tersusun berlapis-lapis serta baunya harum. Air rendaman pokok ini boleh dibuat mandian berubat untuk merawat penyakit reumatik. Air rebusan ini juga dibuat mandian herba untuk ibu yang baru bersalin. Daun yang ditumbuk lumat bersama-sama kapur disapukan pada kulit untuk mengubati panau. Tumbuhan ini juga dibuat ubat demam malaria. Daun yang telah dihancurkan disapukan pada leher untuk mengubati batuk. Setumpuk mempunyai bunga yang harum dan cantik, dan sesuai dijadikan sebagai tanaman hiasan.
Elephantopus scabertutup bumiHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan herba semusim dalam famili Asteraceae yang dikenali juga sebagai tapak sulaiman. Tumbuhan ini hidup sebagai rumpai di kebun, tepi jalan dan padang ragut. Tumbuhan ini sangat rendah, daunnya tersusun berbentuk roset dan hampir melekat pada tanah. Daunnya berbulu, berbentuk bujur panjang atau oblong dan hujungnya bulat. Tangkainya sangat pendek, jambak bunga tegak dan agak panjang serta bercabang di hujung. Jambak ini ditutupi braktea seperti daun yang berwarna kemerah-merahan atau keungu-unguan. Bunganya kecil berwarna ungu, merah jambu atau putih. Keseluruhan pokok digunakan untuk melawaskan kencing, mengubati demam, merawat dropsi dan penyakit kelamin serta sebagai ubat tahan muntah. Air rebusannya diminum sebagai tonik untuk ibu selepas bersalin. Akarnya dibuat campuran ubat untuk merawat meroyan, batuk dan kecacingan.

Kembali ke atas