Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = keberuntungan perihal beruntung (nasib baik), kebahagiaan, kemujur-an: tidak ada apa-apa lagi yg menggores hati mereka, inilah satu ~ bagi mereka dua suami isteri; 2. laba, untung: takkan mungkin orang berniaga mahu mengelakkan ~; 3. (sesuatu) yg mendatangkan untung, manfaat: dgn itu, berakhirlah istiadat yg telah menjadi tradisi masyarakat Melayu, adat yg tidak memberi apa-apa ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 sesuatu yg menguntungkan; apa-apa yg mendatangkan untung: Tindakan segera yg diambil telah membawa ~ kpd syarikat itu. 2 faedah; manfaat: Pergaduhan itu tidak memberi apa-apa ~ kpd kedua-dua pihak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
untung (kata nama)
1. Bersinonim dengan faedah: lebihan, laba, rezeki, habuan,
Berantonim dengan rugi

2. Bersinonim dengan nasib baik: mujur, bintang terang, langkah kanan, berkat, kismat,
Berantonim dengan malang

3. Bersinonim dengan guna: manfaat, faedah, kebaikan,

Kata Terbitan : untung-untung, beruntung, menguntungkan, keuntungan,

Peribahasa

Menangguk dalam air keruh.

Bermaksud :

Mencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memancing di air keruh, b. Menahan jerat di tempat genting, c. Menahan [= memasang] lukah di penggentingan).

 

Lihat selanjutnya...(74)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana betul, 'purata keuntungan' atau 'keuntungan purata'Kedua-duanya betul, cuma bergantung pada konteks ayat. Tatabahasa24.08.2009
Apakah maksud " seorang itu memilih segmen yang menjanjikan keuntungan"? Contoh ayat: Pemasar memilih segmen yang menjanjikan keuntungan dan memfokuskan usaha pemasaran bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna segmen.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud "segmen" ialah "bahagian atau penggal." Contoh segmen yang dimaksudkan di sini seperti segmen radio, berita dan sebagainya yang memberikan keuntungan apabila melakukan pemasaran yang dikehendaki.Makna21.12.2021
Motosikal tersebut dijual tanpa mengambil keuntungan atau untung? Masa bila nak letak imbuhan apitan ke....an?

Dalam contoh ayat yang diberikan, kedua-dua perkataan iaitu untung dan keuntungan betul.

Apitan ke-...-an boleh digunakan dalam dua keadaan, iaitu:
1. Bergantung pada konteks ayat.
2. Untuk memerihalkan sesuatu keadaan. Contohnya perkataan keuntungan yang merupakan  perihal beruntung.

Tatabahasa29.03.2021
pelaburan emas bermaksud keuntungan atau kerugian adalah kerana perubahan harga emas di pasaran adalah kerana atau yang disebabkan oleh/ disebabkan oleh?Ayat yang betul ialah Pelaburan emas bermaksud keuntungan atau kerugian yang disebabkan oleh perubahan harga emas di pasaran.Tatabahasa13.11.2016
apakah maksud memaksimakan keuntungan firma?Sila rujuk syarikat atau badan kewangan untuk mendapatkan maksud frasa tersebut atau rujuk buku-buku yang berkaitannya ataupun IPTA/IPTS. Frasa yang betul ialah "memaksimumkan keuntungan firma".Makna14.08.2009
apakah peribahasa yg mempunyai maksud berikut : 1. mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka 2.bertindak dengan yakin kerana berada pada pihak yg bernar 3.apabila menyedari bhw kita telah melakukan kesalahan, kita hendaklah insaf dan berusaha utk membetulkannyaPeribahasa yang sesuai untuk mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka ialah bulan jatuh ke riba. Manakala ertindak dengan yakin kerana berada pada pihak yang benar ialah berani kerana benar. Sila rujuk Kamus Peribahasa Melayu karya Abdullah Hassan untuk mengetahui maksud atau peribahasa yang sesuai. Harap maklum.Makna16.07.2008
Salam Sejahtera, Ingin saya bertanya kepada pihak DBP. Adakah non-profit association membawa maksud pertubuhan tidak berasaskan keuntungan. Mohon pencerahan. Terima kasih.Dari segi maksudnya betul non-profit association bermaksud pertubuhan tidak berasaskan kepada keuntungan. Dari segi istilah non-profit association boleh diterjemahkan kepada persatuan bukan untung sama seperti non-profit organization yang diterjemahkan kepada organisasi bukan untung.Istilah05.02.2014
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya, adakah terjemahan bahasa Melayu yang betul untuk "profit crediting date" ialah "tarikh pengkreditan keuntungan"? Saya telah membuat carian di laman sesawang PRPM tetapi tidak menjumpai akan perkataan "pengkreditan". Terima kasih.Terjemahan bahasa Melayu yang betul bagi perkataan profit crediting date ialah tarikh perkreditan keuntungan.Istilah13.11.2019
perbezaan antara koperasi dan royaltiKoperasi ialah syarikat yang dianggotai  dan diuruskan oleh sekumpulan orang untuk menjalankan kegiatan ekonomi (perniagaan,dsb) dengan faedah dan keuntungan dikongsi bersama. Royalti ialah bayaran tertentu yang dibuat oleh penerbit kepada pengarang, penyanyi, dsb atas setiap naskhah karya mereka yang terjual ; perkongsian  keuntungan seperti dalam pengusahaan lombong, telaga minyak atau ciptaan jentera.Makna15.02.2008
Apakah maksud menjamin peningkatan jualan dan keuntungan perniagaan?Mohon berikan persoalan tentang bahasa Melayu agar pihak kami dapat memberikan jawapan yang diperlukan.Lain-lain19.11.2021
123456

Kembali ke atas