Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (segala hal) yg berkaitan dgn tugas, fungsi, aktiviti dsb urus setia: utk mem-bincangkan dan menyelaraskan hal-hal yg berkaitan dgn ~ sidang MABBIM yg akan datang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keurusetiaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/Puan, Saya ingin memohon pengesahan berkenaan ejaan perkataan keurusetiaan pada nama sebuah bahagian di Kementerian saya iaitu samada: 1. Bahagian Keurussetiaan Strategik dan Hubungan Antarabangsa atau 2. Bahagian Keurusetiaan Strategik dan Hubungan Antarabangsa. Apabila semakan dibuat melalui DBP Online, perkataan Keurussetiaan adalah daripada Kamus Pelajar Edisi Kedua manakala Keurusetiaan adalah daripada Kamus Dewan Edisi Keempat. Mohon pengesahan pihak DBP jua tentang penggunaan perkataan keurusetiaan yang betul pada nama Bahagian tersebut.Jawapan yang tepat ialah Keurussetiaan (rujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua)Ejaan07.08.2018
Tuan, Mana satukah ejaan yang betul? Keurusetiaan atau keurussetiaan? Terima kasih.Keurussetiaan (Sila rujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua)Ejaan07.08.2018
Salam, Tuan, 1.Mana yang betul di kalangan atau dalam kalangan. 2. Kenapa kereta api bukan keretapi? 3. urus setia apabila menerima apitan keurusetiaan, kenapa tidak keurussetiaan.

1. Yang betul ialah dalam kalangan.

2. kereta api ialah kata nama majmuk yang ditulis sebagai dua perkataan.

3. Urus setia apabila menerima apitan ke-...-an menjadi keurussetiaan, bukan keurusetiaan.  

Tatabahasa29.07.2010

Kembali ke atas