Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.u.sa.ha.wa.nan] | کأوسهاونن

Definisi : (segala-gala) yg berkaitan dgn usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan: kita perlu mencari kaedah-kaedah baru guna membantu mempercepat pem-bangunan pengurusan dan pembangunan ~ di negara ini; kursus ~; sikap dan tabiat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keusahawanan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon semak penggunaan sebutan yang betul: 1) IJAZAH KEHORMAT DOKTOR (PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN) atau 2) IJAZAH KEHORMAT KEDOKTORAN (PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN)Bentuk yang betul ialah IJAZAH KEHORMAT KEDOKTORAN (PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN) Istilah10.05.2013
Assalamualaikum tuan, Bolehkah kita gunakan perkataan "kebolehusahawanan" dan atau "kebolehan keusahawanan". pohon bantuan agar kami boleh mendapat satu perkataan yang menceritakan seseorang itu mempunyai sifat keusahawanan. terima kasih.Dalam pengkalan data kami tiada perkataan  "kebolehusahawanan". Oleh itu, ayat yang sesuai  ialah dia mempunyai sifat keusahawanan.Istilah03.09.2015
apakah yang dimaksudkan dengan "etika keusahawanan"? kamus online hanya ada daftar istilah etika dan usahawan sahajaMenurut kamus Dewan, etika bermaksud  prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun dsb) yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia: manakala keusahawanan bermaksud (segala-gala) yg berkaitan dgn usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan: Oleh itu maksud etika keusahawanan ialah prinsip moral atau nilai akhlak usahawan.Makna02.05.2019
Assalam... Saya sedang menulis tesis dalam BM dan bercadang untuk menggunakan terjemahan berikut untuk kajian saya; 1. Cognitive engagement - Penglibatan kognitif 2. Entrepreneur self efficacy- Efikasi kendiri keusahawanan 3. Innovative entrepreneurship behavior - Tingkah laku inovasi keusahawanan Soalan : Adakah terjemahan yang saya cadangkan ini sesuai dan boleh diguna pakai? Adakah perkataan lain yang lebih baik dan sesuai untuk saya gunakan dalam tesis saya?Cadangan terjemahan kami ialah:
1. Cognitive engagement - Keterlibatan kognitif
2. Entrepreneur self efficacy- Efikasi kendiri usahawan
3. Innovative entrepreneurship behavior - Tingkah laku inovasi keusahawanan
Penyemakan dan penterjemahan05.11.2015
1. Apakah terjemahan untuk perkataan "technopreneurship"? Keusahawanan tekno? 2. ...boleh mendapatkan kebenaran dari (atau daripada?) Bahagian Perancangan Penyelidikan FRIM

1. Untuk makluman belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk  technopreneurship. Walau bagaimanapun, terdapat istilah bahasa Melayu untuk entrepreneurship iaitu keusahawanan dan technoentrepreneur ialah teknousahawan. Istilah yang dicadangkan ialah teknokeusahawanan.

2. ... boleh mendapatkan kebenaran daripada Bahagian Perancangan

Istilah11.10.2011
apakah definasi pengusahawananKata terbitan pengusahawanan tidak ada, yang ada ialah keusahawanan bermaksud segala-gala yang berkaitan dengan usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan: contoh ayat - kita perlu mencari kaedah-kaedah baru guna membantu mempercepat pembangunan pengurusan dan pembangunan keusahawanan di negara ini.Makna06.06.2009
Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. Bidang keusahawanan wajar diterokai olen golongan remaja.

Golongan remaja wajar menerokai bidang keusahawanan.

Tatabahasa21.09.2021
Salam Sejahtera. Saya merupakan Pustakawan di UUM. Pertanyaan daripada penyelidik kami sedang mencari sejarah pengguna istilah "keusahawanan", "usahawan" dandi Malaysia. Oleh yang demikian, saya memerlukan bantuan pihak tuan untuk: 1. Sejarah penggunaan istilah tersebut di Malaysia 2. Tahun daftar istilah tersebut. 3. Maksud istilah tersebut. Sekiranya ada sumber untuk diakses dan semak, mohon jugak berkongsi dengan saya. Sekian, terima kasih.Untuk makluman puan, kami merujuk sumber rujukan terkini untuk mencari maksud kata. Contohnya kami merujuk Kamus Dewan, Edisi Keempat (edisi terkini, PRPM juga merakamkan data entri terkini) perkataan usahawan/keusahawanan hanya merakamkan entri dan makna kata tersebut. Kamus Dewan tidak merakamkan tarikh daftar, sejarah dan etimologi kata, kecuali ada sebahagian kata yang diberi label seperti Ar, bermaksud berasal daripada bahasa Arab. Kami hanya dapat membantu puan mendapatkan maklumat tentang kata ini dimasukkan dalam Kamus Dewan sama edisi pertama, kedua, ketiga atau keempat. Itupun kami perlu menyemak Kamus Dewan fizikal setiap edisi yang disimpan di pejabat.Lain-lain28.04.2020
Assalamualaikum.. Saya ingin memohon pandangan untuk menggunakan perkataan dalam Struktur Organisasi di sykt. saya seperti di bawah: Bahagian Perkhidmatan Keusahawanan ALI BIN ABU Sekian, terima kasih. NURUL SHAMSIAH SIDEK JABATAN SUMBER DAYA INSANI & PENTADBIRAN PUSAT KHIDMAT PEMBANGUNAN USAHAWAN YaPEIM GRAND SEASONS AVENUE NO. 72, JALAN PAHANG KUALA LUMPUR.Salam,

Dicadangkan susunannya seperti dibawah:

1. ALI BIN ABU
Bahagian Perkhidmatan Keusahawanan

2. NURUL SHAMSIAH SIDEK
JABATAN SUMBER DAYA INSANI & PENTADBIRAN,
PUSAT KHIDMAT PEMBANGUNAN USAHAWAN YaPEIM,
GRAND SEASONS AVENUE.
NO. 72, JALAN PAHANG, _________ KUALA LUMPUR.

Catatan: Poskod tidak disertakan.
Lain-lain29.09.2015
Perkataan "PRAKTIKUM" adalah sepatah perkataan baru yang saya temui yang digunakan dalam satu frasa "PRATIKUM KEUSAHAWANAN" Apa ertinya "Praktikum" ? dan apa perkataan seerti dalam bahasa Inggeris. Sila bantu. Terima kasih Dari: David ChuaPraktikum ialah padanan perkataan practicum dalam bahasa Melayu dan merupakan istilah dalam bidang pendidikan, walau bagaimanapun tidak ada huraian makna bagi perkataan tersebut. Melihat kepada bentuk perkataan tersebut seperti akronim dua perkataan, hal ini akan kami pastikan terlebih dahulu sebelum menghubungi pihak Datuk. Tatabahasa09.04.2010
12

Kembali ke atas