Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.wa.ja.ran] | کواجرن

Definisi : perihal wajar: perbincangan di atas telah menunjukkan ~ pendirian ini; apakah ada ~ atau tidak utk bertindak sedemikian? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.wa.ja.ran] | کواجرن

Definisi : keadaan atau perihal wajar: Dia memberikan ~ terhadap tindakannya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kewajaran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah kewajaran penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayuPenggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, antara lain termasuklah untuk mengayakan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang sastera. Pelajar atau guru dapat melihat betapa bahasa Melayu dapat digunakan secara meluas dalam pengukapan sastera, misalnya novel, sajak dan pantun. Estetika bahasa Melayu dapat di;hat dalam pengungkapan sastera. Untuk penjelasan lanjut, sila berhubung dengan Pusat Perkembangan Kurikulum atau Bahagian Kuku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia.Lain-lain13.01.2008
Assalamualaikum, Apakah kewajaran penggunaan bahasa sastera dalam pengajaran bahasa Melayu?Bahasa sastera dapat dikaitkan dengan laras bahasa, iaitu seperti laras sains, teknologi maklumat, undang-undang dan sebagainya. Pengajaran bahasa Melayu pada umumnya mengajar tentang struktur pembentukan ayat secara gramatis, manakala dalam bahasa sastera terdapat elemen "poetic license" yang yang mewajarkan adanya penyimpangan dari segi morfologi dan sintaksis. Dalam bahasa sastera terangkumnya elemen semantik dan semiotik dalam penghasilan karya. Penyimpangan tersebut tidak bermakna bercanggah dengan pembentukan ayatbahasa Melayu yang gramatis, malah elemen tersebut dapat menimbulkan nilai atau unsur keindahan dalam karya sastera.Penggunaan kosa kata yang tidak lazim, dialek, kata-kata klasik yang terakam dalam karya sastera dapat memperkaya kosa kata seseorang pelajar.Bahasa sastera juga dapat memberi peluang kepada pelajar mengetahui tentang kesantunan bahasa yang terdapat dalam karya sastera. Lain-lain15.01.2008
Pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama agensi di bawahnya termasuk Jabatan Perikanan Malaysia telah menggunakan perkataan "Agropreneur" bagi maksud "Usahawan Tani". Jadi apakah kewajaran mengenai penggunaan terma ini?
Istilah "usahawan tani" merupakan istilah sasar bagi kata bahasa Inggeris 'agropreneur". Walaupun, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan agensi lain memilih untuk menggunakan kata bahasa asing tersebut, tidak dapat dinafikan kewujudan penggunaan kata bahasa Melayu "usahawan tani' dalam data korpus penggunaan masyarakat. Data korpus juga menunjukkan penggunaan kata "usahawan tani" lebih banyak digunakan berbanding kata "agropreneur" dalam teks bahasa Melayu pada ketika ini. Terdapat juga penggunaan kata ini yang telah didaftarkan dalam pertubuhan, skim, projek dan sebagainya. Oleh sebab itu, kata "usahawan tani" perlu dikekalkan dalam senarai istilah yang digubal, dan penggunaan kata ini adalah sangat digalakkan. Bahasa Jiwa Bangsa.
Istilah25.10.2023
Kami sebuah syarikat pemaju perumahan ingin menamakan pembangunan kami dengan cadangan nama : RESIDENSI PURUN. Adakah penggunaan nama ini diluluskan oleh pihak DBP?. Sekian, terima kasihApakah kewajaran pemilihan nama RESIDENSI PURUN? Jika dikaitkan dengan nama tempat atau nama syarikat, penamaan ini boleh digunakan. Walau bagaimanapun jika pemilihan ini tiada kaitan dengan kedua-dua unsur tersebut, kami mencadangkan penamaan ini ditukar kepada nama yang lebih gah. Untuk makluman, purun bermaksud sejenis rumput atau rumpai (boleh lihat http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=purun), sedangkan untuk sesuatu penamaan itu adalah lebih baik nama yang kelihatan gah dan dinamik digunakan.Lain-lain09.01.2018
Dari segi penggunaan bilangan atau nombor dalam surat atau minit mesyuarat, manakah yang sewajarnya? Contoh A : Kerajaan memutuskan supaya setiap Agensi membeli lima (5) unit mesin pencetak. Contoh B : Kerajaan memutuskan supaya setiap Agensi membeli 5 unit mesin pencetak Manakah menjadi kewajaran sekiranya menggunakan numbor atau nombor kemudian kurungan dalam surat atau minit mesyuarat ? Manakah penggunaan yang lebih tepat dan sesuai sama ada contoh A atau Contoh B? Terdapat juga pendapat supaya nombor dan kurungan digunakan bagi nombor bilangan yang kurang dari 10 manakala sekiranya nombor lebih dari sepuluh hendaklah menggunakan nombor sahaja. Contoh X <10 : Jabatan membeli lima (5) unit mesin. Contoh X>10 : Jabatan membeli 25 unit mesin Pohon Penjelasan tuan.Dalam penulisan nombor, angka satu hingga sembilan dieja dan angka 10 dan seterusnya ditulis dalam bentuk nombor. Oleh itu, contoh A yang tuan berikan lebih dekat dengan rumus penulisan nombor.Ejaan24.03.2017
Apakah isi yang perlu ada dalam latar belakang bagi kertas kerja cadangan bagi program? mohon pencerahan. Terima kasih.Kertas kerja cadangan ialah makalah yang ditulis yang mengandungi maklumat perancangan bagi pelaksanaan sesuatu projek. Lazimnya kertas cadangan mengandungi latar belakang projek, pelaksanaan projek, justifikasi atau kewajaran pelaksanaan projek tersebut, anggaran perbelanjaan dan penutup. Tidak ada format yang standard bagi kertas kerja cadangan, kecuali format yang diguna pakai atau ditetapkan bagi sesebuah organisasi. Sehubungan dengan itu, untuk mengetahui apa yang perlu ada dalam latar belakang dalam kertas kerja cadangan, tuan perlu merujuk pihak yang terlibat dalam program tersebut. Selain itu, tuan boleh juga melihat contoh-contoh kertas kerja cadangan yang pernah dihasilkan oleh organisasi yang sama sebelum ini.Lain-lain29.07.2021
soalan saya sebelum ini dan jawapan yg diterima : Soalan : Bagaimanakah susunan dalam membuat salinan kepada atau cc (bagi emel) - siapa yang perlu didahulukan namanya, adakah yang lebih berpangkat kepada yang lebih rendah atau sebaliknya. terima kasih Jawapan : Dalam membuat salinan kepada (cc), terdapat beberapa perkara perlu dilihat. Pihak atasan perlu dimaklumkan sesuatu projek/program untuk pemberitahuan/pemakluman. Selain itu, salinan kepada juga diberikan kepada pegawai yang terlibat dalam projek atau program yang dianjurkan. Puan hendaklah mengenal pasti kewajaran e-mel berkenaan untuk disalinkan kepada penerima yang lain. Soalan baru : Saya ingin mengetahui susunan nama orang yang mendapat salinan kepada itu dari sudut protokol - adakah dari CEO, ED, Manager atau bermula dari manager, ED dan CEO terima kasihDalam protokol, lazimnya pegawai atasan sesebuah organisasi atau dalam sesebuah jawatankuasa akan diletakkan pada permulaan dan diikuti staf/ ahli jawatankuasa bawahan. 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila rujuk buku Protokol di Malaysia: Amalan dan Tradisi (Mokhtar Haji Mohd Tohar), terbitan DBP.
Tatabahasa09.12.2013
Bagaimanakah susunan dalam membuat salinan kepada atau cc (bagi emel) - siapa yang perlu didahulukan namanya, adakah yang lebih berpangkat kepada yang lebih rendah atau sebaliknya. terima kasihDalam membuat salinan kepada (cc), terdapat beberapa perkara perlu dilihat. Pihak atasan perlu dimaklumkan sesuatu projek/program untuk  pemberitahuan/pemakluman. Selain itu, salinan kepada juga diberikan kepada pegawai yang terlibat dalam projek atau program yang dianjurkan.

Puan hendaklah mengenal pasti kewajaran e-mel berkenaan untuk disalinkan kepada penerima yang lain.
Lain-lain06.12.2013
assalam saya ingin bertanya mengenai ciri-ciri kertas cadangan yang baik? 2. perbezaan antara kertas kerja dan kertas cadangan? 3. saya inginkan contoh kertas cadangan yang berkaitan dengan bahasa melayu sebagai contoh kertas cadangan pesta pantun, bengkel bahasa melayu, pertandingan pidato dan sebagainya.. 4. apakah yang perlu ada dalam satu kertas cadangan?Kertas cadangan ialah makalah yang ditulis yang mengandungi maklumat perancangan bagi pelaksanaan sesuatu projek. Lazimnya kertas cadangan mengandungi latar belakang projek, pelaksanaan projek, justifikasi atau kewajaran pelaksanaan projek tersebut, anggaran perbelanjaan dan penutup. Tidak ada format yang standard bagi kertas cadangan kecuali format yang diguna pakai bagi sesebuah organisasi. Kertas cadangan juga merupakan dokumen sulit sesebuah jabatan.Lain-lain30.08.2012
Berdasarkan Kamus Dewan, keturunan bermaksud 1 yg diturunkan drpd anak kpd cucu dan seterusnya; turunan; zuriat. 2 sesuatu yg diwarisi. Dengan merujuk kepada maksud keturunan, wajarkah keturunan seseorang warganegara Malaysia dikatakan India? Berdasarkan definisi perkataan keturunan, seseorang warganegara Malaysia tidak mungkin mewarisi India ataupun memiliki apa-apa hak di negara India. India hanya wujud dengan kesatuan beberapa buah negeri yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan budaya, bahasa dan adat mereka tersendiri. Apa yang boleh diturunkan oleh nenek moyang ialah bahasa ibunda dan budaya. Apa yang telah saya mewarisi daripada nenek moyang saya ialah bahasa Tamil dan budaya kaum Tamil. Maka, keturunan, kaum dan bangsa saya ialah Tamil. Saya juga ingin bertanya tentang kewajaran India dirujuk sebagai suatu kaum dan bangsa kerana India ialah sebuah negara kerana bangsa ialah jenis manusia drpd satu asal keturunan ataupun kumpulan manusia dlm satu ikatan ketatanegaraan . Mengikut definisi bangsa yang pertama, bangsa saya ialah Tamil manakala bangsa saya ialah bangsa Malaysia jika merujuk kepada definisi kedua. Kaum pulu dirujuk sebagai golongan orang sbg sebahagian drpd satu bangsa yg besar; suku bangsa. Maka, kaum saya ialah Tamil. Saya ingin meminta pengesahan daripada pihak Dewan Bahasa mengenai kenyataan saya dan penjelasan mengenai soalan saya.

Untuk makluman tuan, takrifan dalam Kamus Dewan merupakan takrifan yang digunakan dari sudut bahasa. Kamus Dewan mentakrifkan India (dari segi bahasa) ialah bangsa yang nenek moyang mereka berasal dari benua India.  Perkataan Tamil pula bermaksud bahasa kaum yang berasal daripada campuran bangsa Dravidia dan Kaukasoid yang berasal dari selatan India dan Sri Lanka.

Makna29.08.2019
12

Kembali ke atas