Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.wa.ja.ran] | کواجرن

Definisi : perihal wajar: perbincangan di atas telah menunjukkan ~ pendirian ini; apakah ada ~ atau tidak utk bertindak sedemikian? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.wa.ja.ran] | کواجرن

Definisi : keadaan atau perihal wajar: Dia memberikan ~ terhadap tindakannya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kewajaran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
constitutional proprietykewajaran di sisi perlembagaanUndang-undangTiadaKewajaran melakukan sesuatu tindakan dilihat dari sudut perlembagaan, contohnya penubuhan badan berkanun dan syarikat kerajaan.
decorumtertibKesusasteraanTiadaKewajaran sesuatu watak, subjek atau latar dalam kritikan sesebuah karya sastera.
bounded rationalitysempadan wajarPentadbiranTiadaMasalah yang diselesaikan berdasarkan kewajaran yang terhad.
equityekuitiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaAspek keadilan dan kewajaran yang wujud dalam sistem perundangan, bertujuan untuk mengelakkan keputusan mahkamah yang terlalu tegar. Ekuiti membenarkan undangundang membuat penyesuaian berdasarkan keadaan khusus sesuatu kes. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, ekuiti menjadi sumber kepada prinsip-prinsip yang diperkenalkan bagi mencapai kesaksamaan yang menjadi mustahil apabila triti dan undang-undang adat antarabangsa dipakai secara tegar. Lihat juga prinsip ekuiti.
equitable principleprinsip ekuitiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPrinsip yang diberikan ciri keadilan dan kewajaran oleh ekuiti. Contohnya, prinsip sama jarak, akur siratan dan estopel tingkah laku. Prinsip ekuiti termasuk dalam prinsip am undang-undang yang menjadi salah satu sumber undangundang antarabangsa. Contoh pemakaian prinsip ini adalah seperti dalam kes Diversion of Water from the Meuse [1937]. Dalam kes ini, Belanda membuat tuntutan terhadap Belgium kerana mengubah aliran Sungai Meuse dan memungkiri satu triti. Walau bagaimanapun, tuntutan Belanda tidak diterima oleh Mahkamah Tetap Keadilan Antarabangsa kerana ia turut mengubah aliran sungai tersebut.
secondary worlddunia sekunderKesusasteraanTiadaDunia yang dicipta oleh se pencerita dalam karyanya. Dunia sekunder mempunyai hukum logik dan kewajaran tersendiri yang membentuk sistem kepercayaan dunia tersebut. Kini, definisi dunia sekunder membawa makna yang lebih sempit. Hal ini demikian kerana dunia ini sering digunakan untuk merujuk kepada suasana yang dicipta oleh penulis cerita fantasi dan hikayat penglipur lara. Contohnya dalam karya berjudul The Lord of the Rings karya J.R.R. Tolkien.
jus ad bellumjus ad bellumUndang-undangUndang-undang AntarabangsaUndang-undang yang memberikan hak kepada sesebuah negara untuk menggunakan kekerasan dalam hubungan antarabangsa. Di bawah teori perang adil ciptaan gereja yang terpakai di Eropah selama beberapa kurun dahulu, sesebuah negara Kristian hanya boleh berperang sekiranya negara tersebut boleh memberikan kewajaran untuk berperang. Sekiranya perang tersebut tidak wajar dilakukan, maka anggota tentera Kristian yang berperang akan dianggap berdosa. Kini, Piagam PBB melarang penggunaan kekerasan kecuali dalam dua situasi sahaja, iaitu untuk tujuan pertahanan diri dan dengan kebenaran Majlis Keselamatan PBB. Sesebuah negara yang menggunakan kekerasan terhadap negara lain bagi tujuan menakluk wilayah negara tersebut, ia dianggap sebagai melanggar Piagam PBB. Negara yang diserang tersebut mempunyai hak yang diiktiraf oleh Piagam PBB untuk menggunakan kekerasan sebagai satu cara untuk mempertahankan diri.
countermeasuretindakan balasUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan yang dilakukan oleh sesebuah negara sebagai satu bentuk pertolongan kendiri. Negara yang mengambil tindakan balas itu sebenarnya menolong dirinya sendiri dalam menguatkuasakan haknya yang dicabuli oleh negara lain dengan mencederakan negara berkenaan. Tindakan balas membabitkan perbuatan yang pada asalnya tidak sah dilakukan tetapi menjadi sah apabila ia memberi gerak balas terhadap satu tindakan tidak sah yang diambil terlebih dahulu oleh negara yang dicederakannya. Hal ini bermakna, sekiranya tiada tindakan tidak sah sebelumnya dari negara yang dicederakannya itu, tindakan balas ini kekal menjadi tidak sah. Contohnya, sekiranya Negara A merampas harta milik rakyat Negara B tanpa kewajaran yang sepatutnya, maka Negara B boleh merampas harta milik rakyat Negara B sebagai tindakan balasan. Negara B tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan kerana tindakan balas merupakan satu bentuk pembelaan. Terdapat prasyarat dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi semasa melakukan tindakan ini.
powerkuasaSains PolitikPolitik PerbandinganKeupayaan untuk menguasai dan mempengaruhi seseorang, kelompok atau negara lain yang biasanya mempunyai kaitan dengan autoriti. Melalui keupayaan ini, ia boleh mengarah seseorang, kelompok atau negara bertindak mengikut kehendaknya. Kuasa politik selalunya bersandarkan kepada sokongan orang ramai, kekuatan tentera atau ekonomi yang diberi melalui peruntukan perlembagaan, kelulusan dewan perundangan atau pengesahan di peringkat PBB. Lawatan penting dalam pemerintahan, pentadbiran negara dan organisasi penting selalu diikuti dengan kuasa atau bidang kuasanya. Dengan itu, ia menjadi rebutan orang ramai seperti pilihan raya yang menjadi saingan parti politik kerana mahukan kuasa untuk memerintah negara. Kuasa boleh juga wujud dalam keadaan tidak absah seperti menggunakan kekuatan tentera, kekerasan dan dilaksanakan ke atas pihak yang lebih lemah. Contohnya, tindakan Amerika Syarikat mengingkari keputusan PBB untuk bertindak menyerang Iraq pada tahun 2003 adalah satu manifestasi penggunaan kuasa tanpa sebarang kewajaran atau kelulusan.

Kembali ke atas