Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.wa.ni.ta.an] | کوانيتاءن

Definisi : perihal wanita, sifat-sifat wanita, keputerian: Rohaya mempunyai sifat ~ yg cukup lemah-lembut serta paras yg cantik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.wa.ni.ta.an] | کوانيتاءن

Definisi : sifat-sifat wanita; perihal wanita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wanita (kata nama)
Bersinonim dengan perempuan, wadun, betina, kaum Hawa, kaum ibu;,
Kata Terbitan : kewanitaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MERCOURI, MELINA

Mercouri, Melina (1925–1994) ialah pelakon

wanita dan ahli politik wanita Yunani. Dia

berkhidmat sebagai menteri kebudayaan kerajaan

sosialis dari tahun 1981 sehingga dia meninggal

dunia. Mercouri banyak mengembara untuk

memperkenalkan seni dan sukan Yunani, di

samping mengetengahkan isu kewanitaan.

UMUM 
WANITAWANITA, antologi cerpen yang diusahakan oleh penulis wanita di Malaysia.  Wanita diterbitkan oleh Pustaka Antara, Kuala Lumpur pada tahun 1964 dan dicetak oleh Malaysia Publishing House Limited, Singapura.  Kata pengantar antologi ini ditulis oleh Asmah Haji Omar. Reka bentuk kulit diusahakan  oleh Nas Achnas.  Antologi ini diterbitkan sebagai usaha untuk menggambarkan kesungguhan masyarakat khususnya yang berhubung dengan kewanitaan pada masa ituSASTERAKonsep

Kembali ke atas