Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.wa.raÖ.kan] | کوارعن

Definisi : sifat warak: agar kehidupan setiap manusia terisi dgn kebijaksanaan, semangat wira dan ~ mestilah dipupuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kewarakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon untuk menterjemahkan dalam bahasa Melayu: Religiosity, Ethical Leadership, Good Governance, Ethical Climate, Ethical Behavior...terima kasihPadanan bahasa Melayu untuk istilah yang diberikan adalah seperti yang berikut:

Religiosity - Kewarakan/Kesalihan
Ethical Leadership - Kepemimpinan Beretika
Good Governance - Tadbir Urus Baik
Ethical Climate - Suasana Beretika
Ethical Behavior - Tingkah Laku Beretika
Istilah17.09.2016
Saya merupakan pelajar PhD, setelah VIVA, didapati perkataan religiositi tidak dapat dikenal pasti. Tajuk kajian saya adalah PENGARUH PEMANTAUAN IBU BAPA, KOMUNIKASI IBU BAPA, RELIGIOSITI DAN PERSONALITI TERHADAP TINGKAH LAKU DEVIAN REMAJA DI MALAYSIA. Selain itu, sebelum ini saya telah memberi cadangan Saran Kata berkaitan perkataan "religiositi" , pada tarikh 10 Mac 2022.Religiosity diterjemahkan kepada keagamaan, iaitu yang berkaitan dengan perihal agama. Walau bagaimanapun, dalam konteks penggunaan yang dinyatakan "kewarakan/sifat warak" sesuai digunakan, iaitu sifat yang dikaitkan dengan orang yang taat beragama. Tiada perkataan relegiositi dalam bahasa Melayu kerana keagamaan/kewarakan/sifat warak telah mencakup makna tersebut.Istilah20.05.2022
Salam sejahtera, Saya mohon dapatkan perkataan dalam bahasa melayu bagi perkataan inggeris berikut: 1) animosity, 2) perceived egregiousness, 3) perceived efficacy, 4) religiosity, 5) susceptibility to interpersonal influence. Kesemua perkataan tersebut digunakan dalam konteks penyelidikan berkaitan boikot. Terima kasih.1) animosity - kemarahan
2) perceived egregiousness - memperbesarkan anggapan
3) perceived efficacy - keberkesanan anggapan
4) religiosity - kewarakan
5) susceptibility to interpersonal influence - perasaan sensitif terhadap pengaruh hubungan sesame manusia

Untuk makna yang lebih tepat, mohon tuan untuk merujuk kamus atau agensi penterjemahan seperti Persatuan Penterjemahan Malaysia dan ITBM berkaitan perkara ini.
Makna21.11.2018
Saya ingin bertanya mengenai penggunaan yang sesuai untuk perkataan ini dalam Bahasa Melayu 1. Push Notification 2. Social Drinker 3. Heavy Drinker 4. Heavy Smoker 5.Religiosity 6. Description 7. Moderated ContentCadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan yang diberikan ialah:

1. Push notification - Pemberitahuan automatik
2. Social drinker - Peminum sosial
3. Heavy drinker - Peminum tegar
4. Heavy smoker - Perokok tegar
5. Religiosity - Kewarakan; kesalihan
6. Description - Perihalan
7. Moderated content - Kandungan sederhana
Penyemakan dan penterjemahan25.08.2020
Saya sedang membuat Ph.D bertajuk `Peranan Religiositi dan Persekitaran Sosial Terhadap Resiliensi di Tempat Kerja' dalam Bahasa Melayu. Disemak tidak wujud istilah religiositi dan resiliensi dalam carian online DBP. Beberapa bacaan dalam penulisan akademik di Malaysia dan Indonesia, ada digunakan istilah `religiositi' dan `resiliensi'. Mohon pengesahan tuan/puan mengenai penggunaan istilah berkenaan, apakah boleh digunakan dengan kekalkan italic?

Kami mencadangkan tajuk PHD tersebut “Peranan Ketakwaan dan Persekitaran Sosial terhadap Daya Tahan di Tempat Kerja”. Untuk makluman, “religiousity” juga membawa maksud kewarakan atau kesalihan (bidang Sosiologi), manakala “resiliency” juga bermaksud daya pemulihan atau semangat yang tidak mudah luntur. (Rujukan: Kamus Inggeris-Melayu Dewan)

Istilah19.05.2020

Kembali ke atas