Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.war.ga.ne.ga.ra.an] | کورݢانݢاراءن

Definisi : perihal warganegara, kerakyatan sesebuah negara: tidak seorang pun boleh dilucuti ~nya secara sewenangwenang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.war.ga.ne.ga.ra.an] | کورݢانݢاراءن

Definisi : kerakyatan sesebuah negara: Kerana kesalahannya itu, maka ~nya telah dilucutkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kewarganegaraan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEWARGANEGARAAN

Kewarganegaraan ialah keahlian penuh bagi

sebuah negara ataupun kerajaan. Kewarganegaraan

juga disebut kerakyatan. Tetapi kerakyatan

selalunya mempunyai makna yang lebih luas

dan memberi maksud hak untuk dilindungi oleh

negara asal bila melawat ke negara lain. Hampir

kesemua orang mempunyai kerakyatan sekurang-

kurangnya sebuah negara. Rakyat mempunyai

hak tertentu seperti hak untuk mengundi dan hak

untuk memegang jawatan awam. Mereka juga

mempunyai tugas tertentu seperti tugas membayar

cukai dan melindungi negara.

UMUM 
KUMPULAN ETNIK

Kumpulan etnik ialah kumpulan manusia

yang mempunyai ciri-ciri yang sama, yang

membezakan mereka dengan orang lain dalam

sesebuah masyarakat. Anggota kumpulan

mungkin mempunyai pertalian nenek moyang,

budaya, bahasa, kewarganegaraan atau

agama, atau kombinasi antara aspek-aspek

tersebut.

UMUM 
SUAKA

Suaka, dalam undang-undang antarabangsa,

ialah naungan dan perlindungan yang diberikan

oleh sesebuah negara kepada orang yang lari dari

sebuah negara lain. Pemberian suaka mengikut

undang-undang kebangsaan serta undang-undang

dan perjanjian antarabangsa. Menurut Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu, para pelarian boleh

meminta suaka jika mereka takut penganiayaan

yang berdasarkan kaum, agama, kewarganegaraan,

atau fahaman sosial atau politik. Tetapi, tiada siapa

pun mempunyai hak untuk mendapatkan suaka.

Penindasan politik merupakan sebab utama

sesebuah negara memberikan suaka.

UMUM 
PALANG MERAH

Palang Merah ialah pertubuhan yang bertugas

untuk melegakan penderitaan manusia. Lebih

daripada 170 buah negara mempunyai persatuan

Palang Merah kebangsaan. Setiap persatuan

kebangsaan mempunyai programnya sendiri. Walau

bagaimanapun, petugas Palang Merah di seluruh

dunia bersatu dalam mencapai matlamat mereka.

Mereka cuba untuk menghindarkan penderitaan

semasa perang atau aman, dan berkhidmat untuk

semua orang, tidak kira ras, kewarganegaraan dan

agama.

UMUM 

Kembali ke atas