Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.war.ta.wa.nan] | کورتاونن

Definisi : yg berkaitan dgn bidang tugas (kegiatan dll) wartawan, segala yg berkaitan dgn hal penerbitan dan penulisan surat khabar atau majalah: saya memilih jurusan ~; serentak dgn perkembangan pesat media elektronik, timbul pula tuntutan supaya wartawan generasi sekarang tidak semata-mata terlatih dlm bidang komunikasi biasa tetapi perlu juga dilatih dlm disiplin ~ penyiaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.war.ta.wa.nan] | کورتاونن

Definisi : segala hal yg berkaitan dgn penerbitan dan penulisan surat khabar, majalah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
warta (kata nama)
Bersinonim dengan berita, khabar, cerita, laporan, maklumat, penulisan, siaran, urita;,
Kata Terbitan : mewartakan, pewartaan, pewarta, kewartawanan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Anugerah Kewartawanan Kesihatan Terbaik - TVAnugerah Wartawan Kesihatan Terbaik - TVTatabahasa03.07.2008
1. Senarai anugerah dan pencapaian Datuk A.Samad Said dalam bidang kewartawanan. 2. Biodata penuh Datuk A. Samad Said. 3. Sejarah permulaan Datuk A.Samad Said dalam bidang kewartawanan.Senarai anugerah, biodata, pencapaian dan sejarah permulaan  Datuk A. Samad Said dalam bidang kewartawanan/penulisan  boleh dirujuk di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain05.03.2008
Apakah terjemahan Bahasa Malaysia bagi 'Data Journalism'?

Untuk makluman, istilah "data journalism"  belum ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, berdasarkan perkataan yang diberikan, bentuk yang betul ialah Kewartawanan Data.

Istilah03.05.2018
Apakah nama buku terbitan DBP yang sesuai untuk Penulis Muda yang tercari-cari bimbingan dan panduan untuk belajar tentang penulisan kreatif ?

Saudara boleh merujuk buku-buku yang berikut:

  1. Dinamika Kreatif Penulisan Cerpen Lim Swee Tin Cerdik Publications Sdn. Bhd. 2000
  2. Karya nan indah: panduan penulisan kreatif Faisal Tehrani Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. 200
  3. Menangani Penulisan Kreatif Sastera Remaja Talib Samat Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1992 ] 
  4. Penulisan kreatif: teori, pengalaman dan cabaran Othman Puteh Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2001
  5. Proses Penulisan kreatif Mana Sikana EDN Media 2004

Saudari juga boleh merujuk Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan ada menganjurkan bengkel/kursus bimbingan penulisan kreatif.

Untuk maklumat lanjut, saudari boleh menghubungi Puan Akibah binti Abu Hassan, Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan di talian 03-21482550 atau e-mel akibah@dbp.gov.my

Harap maklumat yang diberikan dapat membantu saudari.

 

Lain-lain01.03.2009
apakah definisi wawancara,wawancara berita dan wawancara rencana?apakah format wawancara berita dan wawancara rencana? apakah perbezaan di antara wawancara berita dan wawancara rencana?Wawancara ialah temu bual antara wartawan dengan orang yang terkenal berkenaan sesuatu perkara. Wawancara berita atau rencana bermaksud baha yang disiarkan adalan dalam bentuk temu bual antara wartawan dengan seseorang tokoh. Beza antara wawancara berita dengan wawancara rencana ialah dalam berita disiarkan secara langsung atau tertunda melalui media elektronik, manakala dalam wawancara rencana disiarkan dalam media cetak. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku-buk bidang kewartawanan.Makna25.02.2007

Kembali ke atas