Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.war.ta.wa.nan] | کورتاونن

Definisi : yg berkaitan dgn bidang tugas (kegiatan dll) wartawan, segala yg berkaitan dgn hal penerbitan dan penulisan surat khabar atau majalah: saya memilih jurusan ~; serentak dgn perkembangan pesat media elektronik, timbul pula tuntutan supaya wartawan generasi sekarang tidak semata-mata terlatih dlm bidang komunikasi biasa tetapi perlu juga dilatih dlm disiplin ~ penyiaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.war.ta.wa.nan] | کورتاونن

Definisi : segala hal yg berkaitan dgn penerbitan dan penulisan surat khabar, majalah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
warta (kata nama)
Bersinonim dengan berita, khabar, cerita, laporan, maklumat, penulisan, siaran, urita;,
Kata Terbitan : mewartakan, pewartaan, pewarta, kewartawanan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
straight newsberita biasaKomunikasiKorporatMaklumat semasa yang ditulis dan disiarkan dalam bentuk biasa tanpa sebarang ulasan dan penjelasan tambahan. Teknik penyiaran berita ini mengaplikasikan kaedah penulisan asas dalam bidang kewartawanan termasuk kewartawanan siaran. Ciri penulisan tertumpu kepada aplikasi 5W/1H (what, when, where, why, who dan how). Walau bagaimanapun, kaedah penulisan berita biasa untuk kewartawanan cetak dan kewartawanan siaran adalah berbeza disebabkan oleh fungsi dan sifat media yang berlainan. Dalam komunikasi korporat, pegawai yang bertanggungjawab sebagai penulis perlu memahami perbezaan ini bagi memastikan bahan publisiti yang di edarkan boleh digunakan oleh kedua-dua media.
slow journalismkewartawanan hematKomunikasi MassaTiadaJenis kewartawanan yang memberikan ruang untuk mengumpul maklumat secara menyeluruh, menganalisis, dan menghasilkan karya yang lebih mendalam.
new journalismjurnalisme baruKesusasteraanTiadaGaya penulisan yang melibatkan gabungan kaedah penulisan kewartawanan dengan kesusasteraan. Istilah ini telah diperkenalkan oleh Tom Wolfe sekitar tahun 1960-an melalui karyanya yang berjudul The New Journalism. Penulisan jurnalisme baru menghasilkan ciri-ciri penulisan yang bersifat faktual dan kreatif, mementingkan unsur-unsur kebenaran peristiwa, kekuatan daya imaginasi, dan kehalusan bahasa. Gaya penulisan jurnalisme baru memberi manfaat kepada kedua-dua bidang ilmu, sama ada kewartawanan atau kesusasteraan, khususnya dalam usaha melahirkan suatu bentuk hasil tulisan yang mementingkan kebenaran fakta secara halus dan indah. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, gaya penulisan jurnalisme baru telah bermula pada akhir abad ke-19, antaranya melalui karya tulisan Abdullah Munshi yang berjudul Hikayat Pelayaran Abdullah Munshi ke Kelantan. Pada dekad kemudian, gaya penulisan jurnalisme baru dapat dilihat dalam novel Abdullah Hussain seperti Rantau Selamat (1962), Terjebak (1965), Peristiwa (1965), dan Aku Tidak Minta (1967).
photojournalismkewartawanan fotoKomunikasi MassaTiadaTiada
journalismkewartawananKomunikasiTiadaTiada
journalismkewartawananKomunikasiTiadaTiada
journalismkewartawananPerpustakaanTiadaTiada
electronic journalismkewartawanan elektronikKomunikasiTiadaTiada
yellow journalismkewartawanan sensasiKomunikasiTiadaTiada
yellow journalismkewartawanan kuningKomunikasiTiadaTiada
1234

Kembali ke atas