Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep kilogram. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kg


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"-------- kg itu berlaku banjir? tanya Siti kepada ibunya. A. Bilakah B. Mengapakah Mana paling tepat?Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud bila ialah kata tanya untuk menanyakan waktu yang mana atau bila-bila sebarang masa manakala mengapa pula bermaksud kata yang digunakan untuk menanyakan sebab. Maka  perkataan Bilakah atau Mengapakah  ini boleh digunakan bagi menjawab soalan yang diberikan.Tatabahasa15.05.2019
Saya dapati singkatan bagi kampung dan kilogram ditulis dengan huruf kecil, iaitu kampung (kg.) dan kilogram (kg). Adakah yang membezakan kedua-duanya ialah tanda titik? Adakah tanda baca "titik" itu yang menjadi pembeza antara kedua-duanya atau tanda titik itu boleh ditiadakan dan pengguna bahasa dapat memahami kedua-duanya melalui peranan konteks.Kg. merupakan singkatan bagi perkataan “Kampung”  untuk nama khas sahaja, manakala kg merupakan kependekan untuk “kilogram” berdasarkan unit SI. Tatabahasa10.03.2023
Penggunaan 'per' atau 'par' Yang mana satukah yang betul: 1) Beratnya 50 kg per kotak atau Beratnya 50 kg par kotak? 2) Harga percutian ialah RM300 per pax atau par pax?Untuk makluman perkataan "per" tidak digunakan dalam konteks ini.

1. Ayat yang dicadangkan ialah Berat satu kotak ialah 50 kg atau Berat sekotak ialah 50kg
2. Harga percutian ialah RM300 seorang.
Penyemakan dan penterjemahan18.03.2016
penggunaan ayat mana yang betul untuk saya gunakan pada tajuk memo : Arahan Bertugas Ke Perpustakaan Desa Kg Tok Amat atau Arahan Bertugas Di Perpustakaan Desa Kg Tok Amat. Keliru dengan penggunaan DI atau KE

Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengukutinya.

Kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu dan masa. Kata sendi nama 'ke' juga dieja sebagai satu kata yang terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.

Berdasarkan pertanyaan tuan/puan dalam konteks ayat tersebut, maka penggunaan ayat yang betul pada tajuk memo ialah Arahan Bertugas di Perpustakaan Desa Kg. Tok Amat.



*Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 265/266.

Tatabahasa17.07.2023
Assalam. Maaf, saya ingin komen tentang info unsur kimia pada ketumpatan dalam Kamus Dewan Perdana. Rasanya semua salah unsur kimia mengenai ketumpatan, contohnya Litium ketumpatannya 0.53 kg/m3, sepatutnya 0.53 g/cm3 atau 530 kg/m3.Terima kasih atas maklumat yang diberikan.

Maklumat tentang ketumpatan unsur kimia ialah salah satu maklumat tambahan yang dimasukkan ke dalam Kamus Dewan Perdana (KDP) (DBP, 2020). Usaha ini merupakan langkah awal pemasukan maklumat sains ke dalam penyusunan entri bagi kamus umum terbitan DBP.

Selepas disemak, tidak semua ketumpatan unsur kimia itu salah, misalnya hidrogen dan helium (dalam kg/m3).

Pihak kami akan membetulkan ralat bagi ketumpatan unsur kimia yang terkhilaf (dalam bacaannya kg/m3) dalam penerbitan KDP edisi seterusnya.

Keprihatinan tuan adalah sangat kami hargai.
Lain-lain24.07.2021
MOHON MENDAPAT EJAAN SINGKATAN UNTUK PERKATAAN "KAMPUNG". SAYA SELALU MELIHAT EJAAN TERSEBUT SEBAGAI "KG" SAHAJA DI PAPAN TANDA TEPI-TEPI JALAN.Singkatan bagi istilah kampung ialah kg. (perlu letak tanda titik) Ejaan26.09.2016
sistem ejaan singkatan, seperti 5 kilometer, ditulis sebagai 5km atau 5 km (ditulis rapat atau jarak). 75kg atau 70 kgDitulis jarak

5 km
10 kg
Ejaan08.08.2012
Berkataan semua ada betul? Terima kasih!1. IKAN SIAKAP SEEKOR
2. BERAS JASMINE 10 KG
3. Sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila pilih daftar iklan bagi pelanggan baharu untuk mendapatkan kata laluan. Untuk panduan seterusnya rujuk tatacara yang disediakan dalam sistem tersebut.
Tatabahasa06.12.2017
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya sama ada penggunaan "kehilangan" dalam ayat berikut adalah betul: Dia kehilangan 3 kg dalam seminggu. Terima kasih.Ayat tersebut kurang tepat kerana lazimnya kata "kehilangan" merujuk makna menderita kerana hilangnya sesuatu.Tatabahasa02.06.2015
Apakah singkatan bagi ukuran gram yang sebenarnya? gm atau g? Bagaimana pula halnya dengan singkatan untuk kilogram dan miligram?Singkatan bagi ukuran gram ialah gm, kilogram ialah kg dan miligram ialah mg.Lain-lain24.02.2007
123

Kembali ke atas