Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kha.bar] | خبر

Definisi : Ar 1. = perkhabaran laporan tentang sesuatu hal atau kejadian, berita, warta: sudah lama saya tidak mendapat apa-apa ~ dr kampung; ~ (-khabar) angin khabar yg belum atau tidak pasti kebenarannya; ~ baik khabar yg menggembirakan (menyenang­kan); ~ buruk khabar yg mendukacitakan (mencemaskan); apa ~ bagaimana hal atau keadaan (diri seseorang); pecah ~ merebak berita; surat ~ = kertas ~ ark naskhah (lembar­an kertas) yg mengandungi berbagai-bagai berita dan diterbitkan tiap-tiap hari, akhbar, harian; 2. = ~ akan = khabarkan sedar (akan); tidak ~ akan (khabarkan) dirinya tidak sedar (spt orang yg tidur lena), pengsan: dia tidak khabarkan diri lagi sejak jatuh dr bangunan tinggi pd hari itu; indah ~ dr rupa (berita) prb khabar atau percakapan orang selalunya mele­bih-lebihkan kecantikan (kesempurnaan dll) sesuatu drpd keadaannya yg sebenar; khabarnya menurut khabar, kata orang: ~ Hamid telah berkahwin lagi; berkhabar, berkhabarkan berkata-kata, bercerita, memberitahu: maka ~lah ia kpd anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh; diamlah ia tiada mahu ~ lagi; ia berkhabarkan kpd kami di dlm mimpi akan rupa Puteri Bungsu itu; mengkhabarkan memaklumkan, memberi­tahukan, memberitakan: saya telah ~ berita kematian ibunya kepadanya; terkhabar tersiar khabar, diberitakan, di­ceritakan; perkhabaran khabar, berita, pemberitahuan: dapatlah ia ~ mengatakan ayahnya ada di Kampar; dgn adanya surat khabar dan radio, sesuatu ~ mudah sahaja diketahui umum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kha.bar] | خبر

Definisi : laporan mengenai sesuatu kejadian dll; berita: Saya mendapat ~ bahawa dia dirawat di hospital. ~ angin khabar yg belum tentu sah atau tidak. ~ baik berita yg menggembirakan. ~ buruk berita yg mendukacitakan atau yg menyusahkan hati. khabarkan, = ~ diri sedar. khabarnya mengikut khabar; katanya: ~ dia telah pulang ke kampung. berkhabar bercerita; berkata-kata. mengkhabarkan menyampaikan khabar; menceritakan; memberitakan; memberitahukan: Siapa yg ~ berita itu kpd kamu? perkhabaran sesuatu yg dikhabarkan; pemberitahuan: Sudah lama dia tidak mendapat ~ dr kampung. pengkhabaran perihal atau perbuatan mengkhabarkan: ~ ttg peristiwa itu dibuat melalui radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khabar (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan berita, laporan, warta, siaran, cerita, hebahan, maklumat, pengumuman, pemberitahuan, sebaran;,
Kata Terbitan : khabarnya, berkhabar, berkhabarkan, mengkhabarkan, terkhabar, perkhabaran,

Puisi
 

Apa khabar pasir Bintulu,
     Bolehkah kita berjalan lagi;
Apa khabar kasih dahulu,
     Bolehkah tidak diulang lagi?


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Indah khabar daripada rupa.

Bermaksud :

Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menumbuk padi hampa).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
grape-vinen 1. pokok anggur; 2. (fig.) khabar-khabar angin: the ~ carried the story about his resignation even before the papers got hold of it, khabar-khabar angin membawa cerita ttg peletakan jawatannya sebelum pihak akhbar sempat mendapat cerita tersebut; she heard it on the ~, dia mendengar hal itu melalui khabar-khabar angin.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rumour, (US) rumorn khabar(-khabar) angin, desas-desus: all sorts of ~s are going around about him, segala macam khabar angin sedang tersebar tentangnya; ~ has it that he is planning to emigrate, ada khabar-khabar angin bahawa dia bercadang hendak berhijrah ke luar negeri;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rumour, (US) rumorvt (usu pass.), /ada, mengikut/ khabar(-khabar) angin: he is ~ed to have gone to Australia, mengikut khabar angin dia telah pergi ke Australia.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rumour-mongern /pembawa, penyebar/ khabar(-khabar) angin.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
noisevt menghebohkan, mengheboh-hebohkan: the rumours have been ~d abroad, khabar-khabar angin telah dihebohkan di luar negeri;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wildfiren; spread like ~, tersebar (dgn) cepat: the rumour spread like ~, khabar-khabar angin itu tersebar dgn cepat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
prevalentadj generally occurring, widespread, tersebar luas: rumours of an impending Cabinet reshuffle are ~,<./i> khabar-khabar angin ttg penyusunan semula kabinet yg akan berlaku tersebar luas; hepatitis B is ~ in the tropics, hepatitis B tersebar luas di kawasan tropika.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tumble5. plummet, jatuh menjunam: the rumours caused prices to ~ on the stock exchange today, khabar-khabar angin menyebabkan harga-harga saham di bursa saham jatuh menjunam hari ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disservicen [various translations]: the spreading of such rumours would be a ~ to the country, penyebaran khabar-khabar angin spt itu akan merugikan negara; you will be doing him a ~ if you write that article, kamu akan menganiaya dia jika kamu menulis rencana itu: he did us a great ~ by setting up a flower shop just next to ours, dia merugikan kami krn membuka kedai bunga bersebelahan dgn kedai kami.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
falsityn 1. quality of being not true or correct, tdk benarnya: the ~ of the rumours, tdk benarnya khabar-khabar angin itu; 2. faithlessness, kepalsuan; 3. see FALSEHOOD (sense 1.); 4. see FALSEHOOD (sense 2.).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas