Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[khai.rat] | خيرات

Definisi : kebajikan, derma, sedekah; persatuan ~ kematian persatuan yg mengumpulkan wang (yuran) utk kebajikan ahli-ahlinya yg meninggal dunia (mis utk belanja mengebumikannya); berkhairat berbuat kebajikan, berderma, ber­sedekah: beliau dikenali sbg seorang dermawan yg telah banyak ~ kpd orang miskin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[khai.rat] | خيرات

Definisi : perbuatan baik atau kebajikan; sedekah atau derma. berkhairat melakukan perbuatan baik atau kebajikan terhadap orang lain: Dia banyak ~ kpd fakir miskin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khairat (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan derma, sedekah, kebajikan;,
Kata Terbitan : berkhairat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
charityderma; khairatUndang-undangTiadaTiada
charitable institutioninstitusi khairatUndang-undangTiadaTiada
charitable trustamanah khairatUndang-undangTiadaTiada
charitable purposetujuan khairatPentadbiran PerniagaanTiadaAktiviti yang berbentuk kebajikan atau amal.
charitable institutioninstitusi khairatPentadbiran PerniagaanTiadaInstitusi yang menjalankan aktiviti yang berbentuk kebajikan atau amal.
charitable institutioninstitusi khairatEkonomiTiadaTiada
charitable purposetujuan khairatEkonomiTiadaTiada
charitable trusteepemegang amanah khairatUndang-undangTiadaTiada
women takaful planpelan takaful hawaEkonomiEkonomi IslamPelan yang melindungi kesihatan, khusus untuk penyakit kanser yang menyerang kaum wanita dalam lingkungan umur antara 18 hingga 59 tahun. Pelan ini tidak meliputi penyakit kanser yang telah sedia dihidapi dan simptom yang sedia ada serta penyakit yang berlaku dalam tempoh 30 hari daripada tarikh sijil dikuatkuasakan. Melalui pelan ini, peserta akan mendapat manfaat tunai setelah mendapat pengesahan doktor. Pelan ini juga menanggung kos rawatan baik pulih anggota badan, elaun wad hospital, rawatan pesakit luar dan khairat kematian walaupun kematian itu bukan disebabkan oleh kanser. Tempoh takaful ialah setahun dan boleh diperbaharui dengan persetujuan syarikat pengendali takaful berkenaan.

Kembali ke atas