Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar 1. segala yg dicipta oleh Tuhan, makhluk, manusia: maka segala ~ pun kembalilah masing-masing ke rumahnya; 2. = ~ ramai orang ramai, orang banyak, umum: ia berasa sangat malu kerana dihina di depan ~ ramai; 3. orang ramai yg menjadi pembaca (pendengar atau penonton) hasil ciptaan sas­tera atau seni, para pembaca (para pendengar atau para penonton). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 segala yg dijadikan Tuhan (spt manusia, binatang); makhluk. 2 = ~ ramai orang ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khalayak (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan makhluk, manusia, orang ramai.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PIDATO UMUM

Pidato umum. Latihan dalam pidato umum yang

berkesan merupakan satu bahagian penting dalam

latihan kepemimpinan dalam apa juga bidang

aktiviti. Pemidato yang menyampaikan mesej

dengan baik dan berjaya mengekalkannya dikatakan

sebagai pemidato yang berkesan . Jika mereka cuba

menjadikan sesuatu maklumat fakta itu jelas, maka

mereka dikatakan berkesan sekiranya anggota

khalayak yang mendengarnya memahami fakta yang

disampaikan. Jika mereka cuba memujuk anggota

khalayak bersetuju untuk berbuat sesuatu atau

mengubah pandangan mereka, maka pemidato itu

dikatakan berkesan apabila anggota khalayak itu

membuat keputusan untuk mengambil tindakan

atau benar-benar mengubah pandangan mereka.

Jika pemidato itu cuba menghiburkan khalayak

mereka, mereka dikatakan berkesan jika khalayak

mereka mempamerkan sambutannya melalui

tepukan gemuruh atau ketawa sebagai menandakan

mereka terhibur.

UMUM 
MENDELSSOHN, FELIX

Mendelssohn, Felix (1809–1847), penggubah,

pemain piano, dan konduktor Jerman. Dia mula

muncul di khalayak ramai sebagai pemain piano

semasa berumur sembilan tahun. Dia mengarang

muzik pertamanya semasa berumur 10 tahun, dan

menjelang umur belasan tahun, dia sudah menjadi

penggubah yang dihormati. Dia mungkin

penggubah yang paling masyhur pada zamannya.

UMUM 
TIANG SEBATAN

Tiang sebatan ialah tempat pesalah diikat untuk

disebat sebagai hukuman. Hukuman ini satu ketika

dahulu dilakukan di hadapan khalayak ramai.

Kebanyakan kampung di England mempunyai tiang

untuk menjalankan hukuman sebatan ini di dataran

awamnya. Tiang ini biasanya dilengkapi dengan

pasung (lihat Pasung ).

UMUM 
PERHUBUNGAN AWAM

Perhubungan awam biasa dikenali sebagai PR

(public relation), ialah satu aktiviti yang bertujuan

meningkatkan komunikasi dan pemahaman antara

sesebuah organisasi atau individu dengan satu atau

lebih kumpulan yang dikenali khalayak umum .

Istilah ini juga digunakan bagi profesion yang

bertanggungjawab dalam mengendalikan tugasan

sedemikian. Syarikat, institusi pendidikan, kumpulan

agama, agensi kerajaan, kesatuan sekerja, ahli

politik, dan penghibur, adalah di antara mereka

yang menggunakan perhubungan awam.

UMUM 
THEREMIN

Theremin ialah alat muzik berbentuk kotak yang

serupa dengan alat penerima radio. Nada muzik

dihasilkan oleh dua litar elektronik frekuensi tinggi

di dalam alat berkenaan. Pemain alat ini

menghasilkan muzik dengan menggerakkan

tangan kanannya di udara di hadapan antena yang

terpacak pada alat muzik tersebut. Pemain

mengawal nada bunyi dengan menggunakan suis

dan menggerakkan tangan kirinya ke atas lingkaran

logam di atas theremin. Lev Theremin, ahli sains

Rusia, mencipta alat ini dan memainkannya buat

pertama kali di khalayak ramai pada tahun 1920.

Theremin adalah semata-mata satu keanehan

muzik, tetapi ia telah digunakan sebagai alat solo.

Penggubah muzik untuk theremin termasuk

Bohuslav Martinu dan Edgard Varèse.

UMUM 

Kembali ke atas