Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar 1. segala yg dicipta oleh Tuhan, makhluk, manusia: maka segala ~ pun kembalilah masing-masing ke rumahnya; 2. = ~ ramai orang ramai, orang banyak, umum: ia berasa sangat malu kerana dihina di depan ~ ramai; 3. orang ramai yg menjadi pembaca (pendengar atau penonton) hasil ciptaan sasĀ­tera atau seni, para pembaca (para pendengar atau para penonton). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 segala yg dijadikan Tuhan (spt manusia, binatang); makhluk. 2 = ~ ramai orang ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khalayak (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan makhluk, manusia, orang ramai.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
selective exposurependedahan berpilihKomunikasiKorporatSifat khalayak terhadap media. Apabila khalayak terdedah kepada media, mereka membuat pilihan saluran atau maklumat berdasarkan cita rasa dan keperluan masing-masing. Hal ini kerana tidak semua khalayak memiliki cita rasa dan keperluan yang sama terhadap sesuatu perkara. Sifat pemilihan khalayak berubah mengikut masa dan keadaan. Selain itu, faktor pemilihan maklumat dalam kalangan khalayak bergantung pada kecenderungan persetujuan dan sokongan khalayak terhadap maklumat tersebut. Dalam komunikasi korporat, pengurusan program atau acara bagi syarikat atau organisasi biasanya mengambil kira keadaan sifat khalayak tersebut. Khalayak bagi pendedahan berpilih dikenali juga sebagai khalayak aktif.
commercial audiencekhalayak komersialKomunikasiKorporatSekumpulan khalayak yang secara fizikalnya menonton televisyen atau mendengar radio semasa siaran komersial. Kumpulan khalayak ini dilihat sebagai khalayak komersial kerana mereka mendengar atau menonton siaran iklan, sebelum, semasa, atau selepas rancangan disiarkan. Khalayak komersial biasanya terbentuk pada tahap maksimum semasa masa perdana di stesen penyiaran. Contohnya, antara pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam. Nilai masa ini dijual lebih mahal berbanding nilai masa lain seperti selepas pukul 10.00 malam. Khalayak komersial biasanya mempunyai kuasa beli dan kuasa buat keputusan yang tinggi. Mereka biasanya terdiri daripada golongan ibu bapa, penjaga, atau kelompok individu yang mempunyai nilai kuasa beli yang tinggi.
cumulative audiencekhalayak himpunanKomunikasiKorporatJumlah pelbagai individu yang mendengar dan menonton sesebuah rancangan radio atau televisyen. Khalayak himpunan juga merujuk kepada jumlah nombor kepelbagaian individu yang terdedah kepada sesebuah iklan atau kempen dalam sesuatu tempoh masa siaran. Jumlah khalayak himpunan akan menentukan harga ruang atau waktu siaran dan tempoh iklan. Untuk mendapatkan maklumat mengenai khalayak himpunan yang wujud dalam sesuatu tempoh masa, agensi media atau stesen siaran boleh mendapatkannya daripada agensi penyelidikan khalayak. Khalayak himpunan dikenali juga sebagai capaian berganda.
remote audiencekhalayak terpencilKomunikasiKorporatKhalayak yang mendapat maklumat melalui penggunaan perantara elektronik. Jenis khalayak ini berada jauh daripada sumber maklumat atau berada di luar kawasan sumber maklumat seperti stesen radio atau televisyen utama, atau sumber elektronik lain seperti Internet, dalam keadaan berlompok atau bertaburan. Khalayak ini boleh terdiri daripada kelompok atau bertaburan. Khalayak ini boleh terdiri daripada kelompok petani, pelajar, atau peserta pendidikan jarak jauh. Khalayak terpencil juga boleh terdiri daripada kelompok tidak dikenal pasti tetapi masih terdedah kepada maklumat tersebut. Penentuan kedudukan khalayak terpencil bertujuan untuk membolehkan khalayak yang berada di luar lingkungan sumber maklumat ini berpeluang untuk berhubung secara langsung bagi mendapatkan dan berkongsi maklumat.
Nielsen ratingpenarafan NielsenKomunikasiKorporatKaedah mengesan tindak balas khalayak terhadap media, mengenali sifat khalayak, dan mengenal pasti hubungan khalayak dengan media. Jenis kajian pengesanan yang biasa dilakukan adalah mengesan pola dan kekerapan pendedahan khalayak pada media, peringkat pendedahan dan kesukaan terhadap barangan, dan aspek lain yang berkaitan dengan maklum balas pemasaran. Apabila sistem televisyen beralih kepada sistem digital, kaedah pengukuran khalayak telah menggunakan alat ukur yang dikenali sebagai meter Active/Passive (A/P). Meter A/P ini merupakan alat yang boleh menentukan atau menetapkan jenis rancangan dan masa menonton. Sebelum itu, syarikat penarafan Nielsen telah memperkenalkan teknologi Local People Meter untuk mengukur khalayak media di kawasan metropolitan yang aktiviti perniagaannya aktif, seperti New York, Los Angeles, dan Chicago di Amerika Syarikat. Pada akhir kurun ke-20, syarikat penarafan khalayak yang dimiliki oleh syarikat AGV Nielsen telah menguasai pasaran aktiviti penarafan khalayak dunia terutamanya di negara membangun. Hal ini kerana negara membangun sedang melalui proses pembangunan ekonomi dan media yang pesat. Contohnya, Malaysia, India, China, Jepun, Thailand, dan Singapura. Syarikat penarafan Nelsien hanya boleh melakukan kerja penarafan khalayak media sekiranya diminta dan diupah oleh stesen penyiaran dan syarikat penerbitan. Penarafan Neilsen telah menjadi petunjuk bagi mengenal pasti taraf prestasi media dalam kalangan khalayak di sesebuah negara. Aktiviti penarafan boleh dilaksanakan mengikut masa dalam sehari, mengikut hari dalam seminggu, mengikut minggu dalam sebulan, dan mengikut tahun. Kedudukan prestasi media boleh dikesan berdasarkan tahap penarafan tersebut. Melalui hasil penarafan ini, media yang paling mendapat perhatian khalayak dapat dikenal pasti dan biasanya mempunyai kadar bayaran iklan yang tinggi. Kaedah ini juga membantu mengenal pasti media yang memperoleh hasil pengiklanan paling tinggi.
audience compositionkomposisi khalayakKomunikasiTiadaKumpulan khalayak yang terdedah kepada sesuatu perutusan media bagi tempoh yang tertentu. Contohnya, pecahan kelompok khalayak yang terdiri daripada penonton, pendengar atau pembaca boleh dibahagikan mengikut jantina, bangsa, petempatan dan sebagainya. Komposisi khalayak juga boleh dibuat mengikut psikografi.
audience participationpenyertaan khalayakKomunikasiKorporatPenglibatan khalayak dalam sesuatu acara atau projek yang dilaksanakan oleh sesebuah organisasi. Penyertaan ini boleh berlaku secara terancang atau tidak dirancang. Penyertaan yang terancang berlaku apabila sesuatu acara yang dilangsungkan menyediakan ruang tertentu untuk khalayak mengambil bahagian. Sementara penyertaan yang tidak dirancang bermaksud sesuatu acara atau projek yang dilaksanakan mendapat sambutan di luar jangkaan sehingga menyebabkan khalayak melibatkan diri dalam acara yang dianjurkan. Dalam kedua-dua bentuk penyertaan, situasi ini menunjukkan keberkesanan sesuatu projek atau acara dalam kalangan khalayak sasaran. Bentuk penyertaan bergantung pada jenis acara yang dianjurkan, seperti penyertaan dalam pertandingan, mengambil bahagian secara terancang atau spontan dalam atur cara yang disusun, atau penglibatan melalui elektronik seperti e-mel atau telefon. Dalam komunikasi korporat, proses ini dilihat sebagai satu proses pemujukan untuk mendekatkan khalayak dengan organisasi. Sekiranya mendapat sambutan yang baik daripada khalayak, matlamat akhir acara atau kempen dianggap berjaya dan tercapai.
drive time (radio)masa jalanKomunikasiKorporatTempoh khalayak media berada dalam kenderaan atau di sebarang tempat di jalanan yang membolehkan mereka terdedah kepada siaran radio. Khalayak dalam tempoh ini terdiri daripada khalayak aktif dalam lingkungan usia pekerjaan. Jumlah khalayak yang wujud dalam tempoh ini menentukan nilai masa siaran kepada iklan. Dalam kajian khalayak penyiaran dan tinjauan pemasaran, penyelidik akan mengenal pasti jumlah khalayak yang terdedah kepada siaran radio semasa menggunakan kenderaan, biasanya pada hari kerja. Di Malaysia, tempoh tersebut adalah di antara pukul 6.00 pagi hingga 10.00 pagi dan pada pukul 4.00 petang hingga 7.00 petang. Pada waktu tersebut, kos pengiklanan masa siaran radio biasanya lebih tinggi berbanding masa siaran lain.
poster showingpameran posterKomunikasiKorporatNilai dedahan poster terhadap khalayak sasaran. Nilai peragaan ini berbeza berdasarkan lokasi poster jalanan diletakkan. Nilai # 100 bermakna poster tersebut terdedah kepada jumlah 100% khalayak atau semua khalayak di persekitaran lokasi tersebut. Nilai sewaan panel peragaan jenis ini adalah yang tertinggi berbanding kadar dedahan yang kurang, seperti #75, #50, atau #25 yang membawa maksud 75%, 50%, atau 25% daripada jumlah khalayak yang terdedah kepada poster berkenaan. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh lokasi yang kurang menjadi tumpuan khalayak. Nilai yang berbeza akan menentukan kadar bayaran sewa panel pameran poster yang disediakan oleh syarikat pengiklanan.
overlapping marketkhalayak bertindanKomunikasiKorporatKhalayak atau pengguna sasaran yang terdedah kepada pasaran atau mesej mengenai sesuatu barangan atau perkhidmatan secara bertindih atau berulang-ulang. Mesej atau pasaran perkhidmatan boleh disampaikan melalui media atau syarikat yang sama, atau media dan syarikat yang pelbagai. Contohnya, penyampaian mesej mengenai krisis kepercayaan terhadap barangan berlabel halal. Mesej ini disampaikan oleh syarikat pengeluar barangan halal untuk khalayak Islam yang disalurkan melalui media cetak. Kemudian mesej ini juga turut disalurkan oleh media elektronik kepada khalayak yang sama. Contoh seterusnya, suatu kawasan khalayak yang telah mendapat liputan perkhidmatan sebuah syarikat telekomunikasi, kemudian turun mendapat liputan perkhidmatan yang sama daripada syarikat telekomunikasi lain.
12345678910...

Kembali ke atas