Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kha.li.fah] | خليفه

Definisi : Ar 1. pengganti (kpd Nabi Muhammad SAW), (gelaran) ketua agama dan raja di negara Islam: Sayidina Abu Bakar menjadi ~ yg pertama selepas wafat Nabi Muhammad SAW; ~ Allah setiap insan yg diamanahkan atau dipertanggungjawabkan oleh Allah utk mengurus dan mentadbir dunia ini mengikut syariat Allah; 2. = ~ dabus ketua (pemimpin) permainan dabus: ahli leka berdikir, ~ leka berdabus, pendekar leka memencak; 3. ark ketua murid; kekhalifahan keadaan (gaya) seseorang khalifah yg menjalankan tugasnya: ketika ~nya, al-Quran sudah selesai ditulis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kha.li.fah] | خليفه

Definisi : pengganti Nabi Muhammad SAW; gelaran bagi ketua agama atau raja yg memerintah di beberapa buah negara Islam: Sayidina Abu Bakar telah dipilih menjadi ~ selepas wafat Nabi Muhammad SAW. ~ Allah setiap insan yg diamanahkan atau dipertanggungjawabkan oleh Allah utk mengurus dan mentadbirkan dunia ini mengikut syariat Allah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata khalifah