Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kha.li.fah] | خليفه

Definisi : Ar 1. pengganti (kpd Nabi Muhammad SAW), (gelaran) ketua agama dan raja di negara Islam: Sayidina Abu Bakar menjadi ~ yg pertama selepas wafat Nabi Muhammad SAW; ~ Allah setiap insan yg diamanahkan atau dipertanggungjawabkan oleh Allah utk mengurus dan mentadbir dunia ini mengikut syariat Allah; 2. = ~ dabus ketua (pemimpin) permainan dabus: ahli leka berdikir, ~ leka berdabus, pendekar leka memencak; 3. ark ketua murid; kekhalifahan keadaan (gaya) seseorang khalifah yg menjalankan tugasnya: ketika ~nya, al-Quran sudah selesai ditulis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kha.li.fah] | خليفه

Definisi : pengganti Nabi Muhammad SAW; gelaran bagi ketua agama atau raja yg memerintah di beberapa buah negara Islam: Sayidina Abu Bakar telah dipilih menjadi ~ selepas wafat Nabi Muhammad SAW. ~ Allah setiap insan yg diamanahkan atau dipertanggungjawabkan oleh Allah utk mengurus dan mentadbirkan dunia ini mengikut syariat Allah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata khalifah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
caliphatekekhalifahanSejarahTiadaBentuk pemerintahan yang mempunyai khalifah sebagai ketua negara.
ProphetRasulSejarahTiadaPesuruh Allah yang diutuskan untuk menjadi khalifah di bumi membimbing umat manusia ke jalan yang benar.
الشورىsyuraAgama IslamFiqhPemesyuaratan yang dilakukan oleh ahli untuk memutuskan sesuatu masalah. Contohnya, pelantikan Khalifah Uthman bin ‘Affan.
dinardinar/wang emasPerniagaan IslamTiadaWang yang diperbuat daripada logam emas dan mempunyai timbangan piawai 4.25 gm atau 1 mithqal emas 22 karat. Ukuran ini ditetapkan oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah.
dirhamdirham/wang perakPerniagaan IslamTiadaWang yang diperbuat daripada logam perak dan mempunyai timbangan piawai 2.97 gm atau 7/10 mithqal dinar, iaitu 7/10 x 4.25 = 2.97. Ukuran ini ditetapkan oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah.
shi�r ?l-rith?�shi�r ?l-rith?�KesusasteraanTiadaPuisi Arab yang mengandungi unsur ratapan, penderitaan dan rintihan terhadap orang yang meninggal dunia. Penulisan puisi ini menjadi kebiasaan masyarakat Arab zaman Jahiliah. Walau bagaimanapun, pada masa itu penulisan hanya ditujukan kepada mereka yang mati secara biasa, bukannya mati dalam peperangan. Mereka yang mati dalam peperangan tidak akan diratapi dengan shi�r ?l-rith?� kerana mereka berperang untuk mati. Pada Zaman Umaiyyah, sebelum kematian Khalifah Mu�awiah, shi�r ?l-rith?� hanya berbentuk ratapan. Namun selepas kematian Khalifah ini, shi�r ?l-rith?� mengalami perubahan ketara. Penulisan shi�r ?l-rith?� tidak terbatas kepada orang yang meninggal dunia sahaja. Malah kepada perkara lain seperti kemusnahan kota, kematian haiwan kesayangan, atau sebarang kejadian yang membangkitkan perasaan sediah dan kecewa si penyair. Tradisi ini diteruskan dalam kesusasteraan pada Zaman Abbasiah. Penyair shi�r ?l-rith?� yang terkemuka pada zaman ini ialah Abu Tammam. Dalam sastera Parsi, Farrukhi Sistani mencipta sajak shi�r ?l-rith?� sempena kemangkatan Sultan Mahmud Ghaznavi. Lihat juga shi�r ?l-?khr, shi�r ?l-m?d?.
allusionalusiKesusasteraanPuisiRagam atau jenis bahasa perbandingan yang merujuk secara tidak langsung kepada sesuatu peristiwa, tokoh atau karya sastera yang terkenal. Contohnya, baris 'Kejujuran Abu Bakar' iaitu petikan daripada puisi "Dua Pesanan untuk Anak" dalam antologi Bunga Gerimis karya Moechtar Awang. Dalam contoh ini terlihat perbandingan kejujuran seperti pada watak Khalifah Abu Bakar al-Siddiq.
nobatnobatMuzikTiada

 Genre muzik instrumental klasik istana yang melambangkan status serta kuasa raja dalam masyarakat Melayu. Nobat dimainkan dalam semua upacara diraja seperti pertabalan, perkahwinan atau meraikan tetamu kehormat di istana. Ensembel nobat merangkumi alat muzik seperti serunai dan nafiri (dua gendang dan sebiji nekara) yang juga dikenali sebagai gendang belanga atau nengkara. Kadangkala ensembel ini disertai alat muzik gong gantung. Pemain muzik nobat dikenali sebagai orang kalur atau orang kalau. Ensembel no­bat terdapat di istana Kedah, Perak, Selangor, Terengganu dan Kelantan. Nobat dipercayai berasal daripada muzik genre yang dikenali dengan nama naubah atau naubat yang menjadi terkenal pada Zaman Khalifah Abassiyah pada abad ke-9. Naubah telah dibawa ke Iran, Syria, Turki, India dan Malaysia melalui penyebaran agama Islam ke negara tersebut.


Kembali ke atas