Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[khas] | خاص

Definisi : Ar yg diperuntukkan atau ditentukan (utk seseorang atau sesuatu kegunaan, tugas, dll), khusus, istimewa (utk seseorang atau sesuatu): rumah-rumah itu dibina ~ utk pegawai-pegawai kerajaan; jawatankuasa ~ jawatankuasa yg ber­tanggungjawab mengerjakan (mengelolakan dll) sesuatu perkara tertentu; mata-mata (polis) ~ mata-mata (polis) yg menjalankan sesuatu tugas tertentu; pembantu ~ pembantu kpd seseorang (pegawai) yg tertentu; mengekhaskan mengkhususkan, mengisti­mewakan, menguntukkan (bagi orang, kegu­naan, dll yg tertentu): kawasan yg dikhaskan utk memelihara binatang ternakan; asrama yg dikhaskan utk penuntut-penuntut perempuan; terkhas terkhusus, teristimewa, tertentu atau terbatas (kpd): perpustakaan itu boleh digunakan oleh orang ramai dan tidak ~ kpd penuntut-penuntut sahaja; kekhasan kekhususan, keistimewaan, ke­unggulan: reaksi terhadap kesilapan kritikan lelaki yg kurang memahami ~ dunia dan jiwa wanita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[khas] | خاص

Definisi : tertentu utk seseorang atau utk sesuatu kegunaan; khusus: Rumah-rumah itu didirikan ~ utk pegawai pejabat tsb. mengekhaskan menguntukkan bagi seseorang atau bagi sesuatu kegunaan; mengkhususkan: Asrama itu dikhaskan utk penuntut-penuntut yg datang dr luar bandar. terkhas dikhaskan; dikhususkan: Perpustakaan itu boleh digunakan oleh sesiapa juga dan tidak ~ kpd penuntut-penuntut saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khas (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan khusus, istimewa, tertentu;,
Kata Terbitan : mengekhaskan, terkhas, kekhasan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin tahu. Perkataan dalam Bahasa Inggeris, kalau (NAMA KHAS) khas adakah ianya perlu di italic kan atau tidak? Selain daripada (NAMA KHAS) saya rasa ia perlu di italic kan. BETUL ATAU TIDAK. Lihat petikan ini yang saya dapat dalam laman web DBP Minda Tertutup Memori Terhakis Dunia Bahasa, Pilihan Utama Penyokong PPSMI yang hingga kini enggan mengakui kalah, cuba mengelirukan penggubal dasar dan orang ramai tentang penggunaan bahasa Inggeris dengan penguasaan sains dan matematik. SOALAN: 1) Saya ingin tahu. Perkataan bahasa Inggeris. Mana satu penulisannya yang betul. (a) Bahasa Inggeris ATAU (b) bahasa Inggeri. Perkataan bahasa itu ( huruf besar atau huruf kecil). 2) Rujuk kepada sains dan matematik. Perkataan sains dan matematik itu semestinya huruf besar (a) Sains dan (b) Matematik. TETAPI dalam petikan web DBP ditulis dengan huruf kecil? Mohon penjelasan. terima kasih. (Rusli Kamaruddin) PA YB. Dato' Speaker Merangkap Ketua Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG. 04-26119551. Berdasarkan gaya penerbitan DBP, nama khas dalam bahasa Inggeris seperti nama tempat, nama orang, nama jalan, nama bangunan dan sebagainya tidak diitalikkan. Walau bagaimanapun, nama buku dan petikan ayat dalam bahasa Inggeris perlu diitalikkan.

2. Sekiranya perkataan tersebut merujuk kepada nama mata pelajaran, perkataan itu mesti bermula dengan huruf besar, iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Sekiranya tidak merujuk kepada nama mata pelajaran, huruf 'b' tidak perlu menggunakan huruf besar (bahasa Inggeris). Begitu juga dengan perkataan sains dan matematik, contohnya ahli sains dan ahli matematik.
Ejaan11.02.2012
Tentukan kata berikut kata nama khas tunggal atau kata nama khas majmuk. 1) Ali Bin Abu 2) Tan Sri Ali Bin AbuUntuk makluman, kata nama khas cuma terbahagi kepada dua, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua, iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia. Contohnya, Ahmad (kata nama khas hidup manusia, Tompok (kata nama khas hidup bukan manusia) dan Kuala Lumpur (kata nama khas tak hidup).Tatabahasa04.04.2018
Mohon tentukan SUBJEK bagi setiap ayat berikut. 1. Pegawai khas telah dilantik untuk menyiasat kes pecah amanah di syarikat itu. Pegawai khas ? Pegawai khas telah dilantik ? 2. Penjenayah telah ditahan untuk disoal siasat. Penjenayah? Penjenayah telah ditahan? Terima kasih1. Subjek dalam ayat “Pegawai khas telah dilantik untuk menyiasat kes pecah amanah di syarikat itu” ialah “Pegawai khas”.
2. Subjek dalam ayat “Penjenayah telah ditahan untuk disoal siasat” ialah “Penjenayah”.
Tatabahasa03.09.2020
Selamat petang, saya merupakan guru pendidikan khas, dalam konteks pendidikan khas kolaborasi bermaksud kerjasama antara pelbagai agensi dan displin ke arah transisi kerjaya bagi murid berkeperluan khas. Saya terbaca kamus DBP edisi terkini menyatakan kolaborasi adalah persepakatan antara musuh, saya kurang faham kerana perkataan kolaborasi dalam bidang pendidikan khas lebih kepada kerjasama antara agensi. Minta pandangan..terima kasih.Selamat Sejahtera. Dalam bidang sains politik dan pentadbiran perniagaan, istilah kolaborasi digunakan bagi mengungkapkan maksud kerjasama. Kamus Inggeris Melayu-Dewan juga menakrifkan collaboration kepada dua, iaitu working together dan cooperation with enemy. Maksud kerjasama (working together) juga kini banyak digunakan dalam wacana dan diungkapkan sebagai kolaborasi.Penyemakan dan penterjemahan18.08.2015
pengunaan perkataan berikut : EDISI KELUARAN KHAS atau EDISI KHASFrasa yang betul ialah Edisi Khas.Tatabahasa26.11.2013
kata nama khasKata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain.Tatabahasa08.03.2010
Bagaimanakah cara untuk membezakan kata nama khas yang tunggal dan kata nama khas yang majmuk? Kemukakan beberapa contoh bagi memudahkan pemahaman saya.

Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata nama khas dan kata nama dihuraikan seperti yang berikut:

1.     Kata Nama Khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.  Kata nama khas dibahagikan kepada: (i) kata nama khas hidup (manusia dan bukan manusia); (ii) kata nama khas tak hidup. Contoh kata nama khas hidup ialah Tun Abdul Razak, Belang, Vanda Diana (orkid); kata nama khas tak hidup ialah Kuala Lumpur, Ahli Mangku Negara, Proton Preve.

 

2.    Kata Nama dibahagikan kepada (i) kata nama tunggal, (ii) kata nama terbitan, (iii) kata nama majmuk, dan (iv) kata nama ganda. Kata Nama Tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja, dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap dan menjadi inti pada frasa nama. Contoh kata nama tunggal ialah yu, wanita, ADUN, Proton, Bernama, dan jentolak.

 

3.    Kata Nama Majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah, contohnya guru besar, Leftenan Jeneral, temu duga, dan anak emas.

Tatabahasa02.01.2017
Bagi perkataan "abang" atau "kakak", bilakah ianya boleh dijadikan kata nama khas? Ayat contoh : "Hi Abang Ali!" atau "Hi abang Ali!" Bagaimana pula dengan panggilan "Kak Long" atau "kak long". Sememangnya, saya keliru dengan penggunaan kata nama khas. Di mana boleh saya dapatkan panduan yang lebih lanjut mengenai perkara ini? Terima kasih.

Menurut data kami, kata nama khas cuma terbahagi kepada dua, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua, iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia. Contohnya, Ahmad (kata nama khas hidup manusia, Tompok (kata nama khas hidup bukan manusia) dan Kuala Lumpur (kata nama khas tak hidup). Oleh itu, "abang" dan "kak long" bukan merupakan nama khas dan tidak perlu dieja dengan huruf besar kecuali kata nama khas Ali kerana perkataan tersebut tergolong dalam panggilan. Untuk maklumat yang lebih lanjut, tuan boleh merujuk Tatabahasa Dewan.

Tatabahasa20.03.2020
negara barat dan negara Barat. Perlukah Barat ditulis huruf besar untuk melambangkan nama khas?Nama khas dieja dengan huruf besar bagi huruf pertamanya. Oleh itu, perkataan barat sekiranya digunakan sebagai  nama khas maka huruf pertamanya hendaklah dieja dengan huruf besar, tetapi dalam konteks penggunaan umum huruf pertamanya dieja dengan huruf kecil.   Ejaan12.04.2009
Salam sejahtera, adakah "Nasi Ayam" & "Nasi Lemak" dikira sebagai kata nama khas?Kata nama khas merujuk kepada orang, tempat atau benda yang khusus, contohnya Ahmad, Ipoh dan Menara Kuala Lumpur. Oleh itu Nasi Ayam dan Nasi Lemak bukanlah tergolong dalam kata nama khas.Tatabahasa31.10.2019
12345678910...

Kembali ke atas