Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[khas] | خاص

Definisi : Ar yg diperuntukkan atau ditentukan (utk seseorang atau sesuatu kegunaan, tugas, dll), khusus, istimewa (utk seseorang atau sesuatu): rumah-rumah itu dibina ~ utk pegawai-pegawai kerajaan; jawatankuasa ~ jawatankuasa yg ber­tanggungjawab mengerjakan (mengelolakan dll) sesuatu perkara tertentu; mata-mata (polis) ~ mata-mata (polis) yg menjalankan sesuatu tugas tertentu; pembantu ~ pembantu kpd seseorang (pegawai) yg tertentu; mengekhaskan mengkhususkan, mengisti­mewakan, menguntukkan (bagi orang, kegu­naan, dll yg tertentu): kawasan yg dikhaskan utk memelihara binatang ternakan; asrama yg dikhaskan utk penuntut-penuntut perempuan; terkhas terkhusus, teristimewa, tertentu atau terbatas (kpd): perpustakaan itu boleh digunakan oleh orang ramai dan tidak ~ kpd penuntut-penuntut sahaja; kekhasan kekhususan, keistimewaan, ke­unggulan: reaksi terhadap kesilapan kritikan lelaki yg kurang memahami ~ dunia dan jiwa wanita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[khas] | خاص

Definisi : tertentu utk seseorang atau utk sesuatu kegunaan; khusus: Rumah-rumah itu didirikan ~ utk pegawai pejabat tsb. mengekhaskan menguntukkan bagi seseorang atau bagi sesuatu kegunaan; mengkhususkan: Asrama itu dikhaskan utk penuntut-penuntut yg datang dr luar bandar. terkhas dikhaskan; dikhususkan: Perpustakaan itu boleh digunakan oleh sesiapa juga dan tidak ~ kpd penuntut-penuntut saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khas (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan khusus, istimewa, tertentu;,
Kata Terbitan : mengekhaskan, terkhas, kekhasan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
makmallaboratoryTempat khas untuk menjalankan eksperimen yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti bahan kimia, radas makmal dan peralatan keselamatan seperti alat pemadam api.Menengah Rendah
aerofoilaerofoilStruktur berbentuk khas yang menyebabkan udara bergerak lebih laju di bahagian atasnya berbanding di bahagian bawah, menyebabkan tekanan pada bahagian atas lebih rendah daripada tekanan pada bahagian bawah. Contohnya, aerofoil sayap kapal terbang.Menengah Atas
tangki balastballast tankRuang khas pada badan kapal selam tempat air dipam masuk untuk menenggelamkan kapal tersebut, dan air ini boleh dipam keluar untuk menimbulkan kapal tersebut di permukaan laut. Lihat RajahMenengah Atas
kloroformchloroformCecair tidak berwarna yang mempunyai bau eter yang khas. Kloroform merupakan bahan anestetik, pelarut untuk lemak, minyak, resin, getah dan bahan lain.Menengah Rendah
permanian beradasartificial inseminationKaedah memasukkan sperma ke dalam salur pembiakan betina dengan menggunakan alat khas. Kaedah ini biasanya dilakukan dalam pembiakbakaan haiwan ternakan.Menengah Rendah
pencegah hamilcontraceptionAlat untuk menghalang wanita daripada hamil yang berupa pil, suntikan atau alat khas.Menengah Rendah

Kembali ke atas