Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[khas] | خاص

Definisi : Ar yg diperuntukkan atau ditentukan (utk seseorang atau sesuatu kegunaan, tugas, dll), khusus, istimewa (utk seseorang atau sesuatu): rumah-rumah itu dibina ~ utk pegawai-pegawai kerajaan; jawatankuasa ~ jawatankuasa yg ber­tanggungjawab mengerjakan (mengelolakan dll) sesuatu perkara tertentu; mata-mata (polis) ~ mata-mata (polis) yg menjalankan sesuatu tugas tertentu; pembantu ~ pembantu kpd seseorang (pegawai) yg tertentu; mengekhaskan mengkhususkan, mengisti­mewakan, menguntukkan (bagi orang, kegu­naan, dll yg tertentu): kawasan yg dikhaskan utk memelihara binatang ternakan; asrama yg dikhaskan utk penuntut-penuntut perempuan; terkhas terkhusus, teristimewa, tertentu atau terbatas (kpd): perpustakaan itu boleh digunakan oleh orang ramai dan tidak ~ kpd penuntut-penuntut sahaja; kekhasan kekhususan, keistimewaan, ke­unggulan: reaksi terhadap kesilapan kritikan lelaki yg kurang memahami ~ dunia dan jiwa wanita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[khas] | خاص

Definisi : tertentu utk seseorang atau utk sesuatu kegunaan; khusus: Rumah-rumah itu didirikan ~ utk pegawai pejabat tsb. mengekhaskan menguntukkan bagi seseorang atau bagi sesuatu kegunaan; mengkhususkan: Asrama itu dikhaskan utk penuntut-penuntut yg datang dr luar bandar. terkhas dikhaskan; dikhususkan: Perpustakaan itu boleh digunakan oleh sesiapa juga dan tidak ~ kpd penuntut-penuntut saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khas (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan khusus, istimewa, tertentu;,
Kata Terbitan : mengekhaskan, terkhas, kekhasan,


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
special effect amplifieramplifier kesan khas/penguat kesan khasamplifier kesan khasamplifier kesan khasKomunikasi Massa
peculiar errorsalah khassalah khassalah khasKesusasteraan
special effectefek khaskesan khaskesan khasKomunikasi Massa
special camerakamera khaskamera khaskamera khas/spesialKomunikasi Massa
particularites des manuscritsciri khas naskhahciri khas naskhahciri khas naskhahKesusasteraan
age-specific ratetingkat khas-usiakadar khas-umurkadar khas-umurVeterinar
special spectacular effectkesan kehebatan khasefek kehebatan khaskesan kehebatan khasKomunikasi Massa
special microphone effectkesan mikrofon khasefek mikrofon khaskesan mikrofon khasKomunikasi Massa
special mechanical effectkesan mekanikal khasefek mekanikal khaskesan mekanikal khasKomunikasi Massa
characterized tank unitsunit tangki khasunit tangki khasunit tangki khasKejuruteraan Kapal Terbang
1234

Kembali ke atas