Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[khas] | خاص

Definisi : Ar yg diperuntukkan atau ditentukan (utk seseorang atau sesuatu kegunaan, tugas, dll), khusus, istimewa (utk seseorang atau sesuatu): rumah-rumah itu dibina ~ utk pegawai-pegawai kerajaan; jawatankuasa ~ jawatankuasa yg ber­tanggungjawab mengerjakan (mengelolakan dll) sesuatu perkara tertentu; mata-mata (polis) ~ mata-mata (polis) yg menjalankan sesuatu tugas tertentu; pembantu ~ pembantu kpd seseorang (pegawai) yg tertentu; mengekhaskan mengkhususkan, mengisti­mewakan, menguntukkan (bagi orang, kegu­naan, dll yg tertentu): kawasan yg dikhaskan utk memelihara binatang ternakan; asrama yg dikhaskan utk penuntut-penuntut perempuan; terkhas terkhusus, teristimewa, tertentu atau terbatas (kpd): perpustakaan itu boleh digunakan oleh orang ramai dan tidak ~ kpd penuntut-penuntut sahaja; kekhasan kekhususan, keistimewaan, ke­unggulan: reaksi terhadap kesilapan kritikan lelaki yg kurang memahami ~ dunia dan jiwa wanita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[khas] | خاص

Definisi : tertentu utk seseorang atau utk sesuatu kegunaan; khusus: Rumah-rumah itu didirikan ~ utk pegawai pejabat tsb. mengekhaskan menguntukkan bagi seseorang atau bagi sesuatu kegunaan; mengkhususkan: Asrama itu dikhaskan utk penuntut-penuntut yg datang dr luar bandar. terkhas dikhaskan; dikhususkan: Perpustakaan itu boleh digunakan oleh sesiapa juga dan tidak ~ kpd penuntut-penuntut saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khas (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan khusus, istimewa, tertentu;,
Kata Terbitan : mengekhaskan, terkhas, kekhasan,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
aktif dalam sistem enzim boleh aruh. Represor ini dapat diaktifkan oleh korepresor yang biasanya bahan hasil dari- pada enzim tersebut. (BIO) aposematism (aposematisme) Warna atau tanda pada tubuh, atau struktur khas pada sesuatu organisma yang memberi amaran kepada organisma lain untuk pertahanan diri. Contohnya, beberapa spesies ular daripada famili Colubridae yang tidak berbahaya kerana tidak berbisa menyerupai corak warna ular daripada KOM) artificial recharge (imbuh buatan) Pengimbuhan atau pengisian kembali air tanah hasil kegiatan manusia dengan kadar yang melebihi kadar semula jadi. Proses ini mencakupi penambahan air oleh struktur yang direka khas untuk tujuan tersebut. Proses ini juga menca- kupi perubahan buatan terhadap keadaan semula jadi seperti imbuh teraruh atau penyusupan dari sesebuah sungai. Pelbagai kaedah telah diperkembang - kan seperti penyebaran air

Kembali ke atas