Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[khas] | خاص

Definisi : Ar yg diperuntukkan atau ditentukan (utk seseorang atau sesuatu kegunaan, tugas, dll), khusus, istimewa (utk seseorang atau sesuatu): rumah-rumah itu dibina ~ utk pegawai-pegawai kerajaan; jawatankuasa ~ jawatankuasa yg ber­tanggungjawab mengerjakan (mengelolakan dll) sesuatu perkara tertentu; mata-mata (polis) ~ mata-mata (polis) yg menjalankan sesuatu tugas tertentu; pembantu ~ pembantu kpd seseorang (pegawai) yg tertentu; mengekhaskan mengkhususkan, mengisti­mewakan, menguntukkan (bagi orang, kegu­naan, dll yg tertentu): kawasan yg dikhaskan utk memelihara binatang ternakan; asrama yg dikhaskan utk penuntut-penuntut perempuan; terkhas terkhusus, teristimewa, tertentu atau terbatas (kpd): perpustakaan itu boleh digunakan oleh orang ramai dan tidak ~ kpd penuntut-penuntut sahaja; kekhasan kekhususan, keistimewaan, ke­unggulan: reaksi terhadap kesilapan kritikan lelaki yg kurang memahami ~ dunia dan jiwa wanita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[khas] | خاص

Definisi : tertentu utk seseorang atau utk sesuatu kegunaan; khusus: Rumah-rumah itu didirikan ~ utk pegawai pejabat tsb. mengekhaskan menguntukkan bagi seseorang atau bagi sesuatu kegunaan; mengkhususkan: Asrama itu dikhaskan utk penuntut-penuntut yg datang dr luar bandar. terkhas dikhaskan; dikhususkan: Perpustakaan itu boleh digunakan oleh sesiapa juga dan tidak ~ kpd penuntut-penuntut saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khas (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan khusus, istimewa, tertentu;,
Kata Terbitan : mengekhaskan, terkhas, kekhasan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lumpgumpalKejuruteraanTiadaBata api khas, dibuat khas untuk pelapik relau bagas.
effective kilogramkilogram berkesanKejuruteraanTiadaUnit khas kuantiti bahan nuklear khas tertentu berdasarkan nilai strategik masing-masing, iaitu kuantiti sesuatu bahan tersebut yang diperlukan untuk membuat satu peranti letupan nuklear.
special depositdeposit khasEkonomiTiadaTunai yang mesti disimpan di bank pusat kewangan sesebuah negara. Autoriti kewangan memerlukan deposit khas untuk mengurangkan pinjaman bank kepada pelanggan dengan cara mengurangkan kadar kecairan. Penggunaan deposit khas ini didapati sangat berkesan dalam mempengaruhi keupayaan bank meminjamkan wang kepada pelanggan kerana ia mempengaruhi nisbah tunai secara langsung. Deposit khas ini akan menerima faedah simpanan mengikut kadar faedah bagi bil perbendaharaan semasa.
special correspondentwartawan khasKomunikasiKorporatPetugas khas yang dihantar oleh organisasi media untuk membuat laporan di sesuatu tempat dalam keadaan yang dilihat penting oleh pihak organisasi tersebut. petugas ini juga merupakan kakitangan yang memegang sesuatu jawatan dalam organisasi media berkenaan. pemilihan petugas berdasarkan kepakaran dalam sesuatu bidang atau subjek dan mempunyai kemahiran pelaporan yang tertentu. jawatan ini tidak wujud dalam hierarki organisasi tetapi hanya merupakan satu fungsi khusus yang diwujudkan bagi memenuhi keadaan atau keperluan pemberitaan organisasi media. petugas biasanya daripada kalangan wartawan kanan dalam organisasi media. sebagai wartawan khas, petugas boleh melakukan semua tugas, seperti mengesan, mendapatkan, memproses, dan menghantar berita kepada media. wartawan khas berkuasa penuh dan bertanggungjawab dalam menentukan ketepatan dan ketulenan berita. sinonim pewarta khas.
special waqfwakaf khasEkonomiEkonomi IslamWakaf yang dikhususkan tentang kegunaan harta wakaf dan pihak penerima manfaatnya oleh wakif. Harta wakaf khas tidak boleh digunakan untuk tujuan selain daripada yang dikhususkan kecuali sekiranya terdapat alasan yang diharuskan oleh syarak. Contoh wakaf khas adalah untuk mendirikan masjid, kawasan perkuburan dan rumah anak yatim.
cantbahasa khasKesusasteraanTiadaBahasa khas: Bahasa atau rangkaian kata yang digunakan oleh satu golongan atau kumpulan tertentu dan mungkin difahami di kalangan mereka sahaja.
special requirementssyarat khasSukanTiadaKeperluan khas yang ditetapkan oleh F.I.G untuk dilaksanakan semasa persembahan rutin bagi setiap acara.
special spectacular effectkesan khas gemilangKomunikasiKorporatHasil gabungan penggunaan peralatan berteknologi tinggi dan canggih dalam iklan jalanan yang memberi impak menakjubkan. Peralatan iklan yang digunakan biasanya bersaiz besar dan menggunakan ruang yang luas. Kesan khas gemilang biasanya menggunakan unsur audiovisual dan teknik pencahayaan yang direka bentuk khusus untuk mewujudkan kesan tersebut. Tujuan penggunaan kesan khas gemilang adalah untuk mendapatkan perhatian khalayak dan meninggalkan kesan ingatan mesej yang disampaikan. Oleh sebab kos pengurusan yang tinggi, syarikat dan organisasi yang berkemampuan sahaja yang dapat menggunakan kesan khas gemilang ini.
special acceptancepenerimaan khasPentadbiran PerniagaanTiadaPerjanjian khas oleh reinsurer untuk memasukkan sesuatu risiko yang biasanya tidak dilindungi dalam sesebuah kontrak insurans semula.
special correspondentpewarta khasKomunikasiKorporatLihat wartawan khas.
12345678910...

Kembali ke atas