Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kha.yal] | خيال

Definisi : 1. = khayalan; 2. leka, sangat asyik (membuat sesuatu): dia kelihatan ~ dlm sebarang usaha yg dilakukannya; mereka sedang ~ memerhatikan orang tua itu menganyam bakul; berkhayal 1. berangan-angan, mengelamun: Karim yg sedang duduk ~ dgn berbagai-bagai kenangan agak terkejut oleh panggilan isterinya; 2. berbuat spt benar-benar berlaku, berangan-angan: budak yg duduk di atas peti itu ~ mengenderai kereta; 3. melihat sesuatu yg sebenarnya tidak ada (tetapi seolah­olah wujud hasil drpd angan-angan): pd malam itu ia ~ suatu lembaga datang mendekatinya; 4. leka, sangat asyik (dgn): anak-anak gadis kita akan lekas terpengaruh dan seterusnya ~ dgn tarian gila dan pakaian yg kurang sopan itu; ~-khayal dgn bualan yg sia-sia; mengkhayalkan 1. menggambarkan (memba­yangkan) dlm angan-angan, mengangan­angankan, mereka (dlm fikiran): berlanjut-lanjut ia ~ keindahan tempat-tempat yg sudah dikunjunginya tempoh hari; drpd kedip rokok dan kepulan asap, kukhayalkan kota New York yg sibuk itu; 2. menyebabkan khayal (asyik), melekakan: suasana di dlm taman itu sungguh ~; terkhayal 1. terleka, terlalai: sebentar itu ~lah ia lupa akan segala sakit dan pedih yg ditanggungnya itu; 2. dapat dibayangkan oleh fikiran: mereka yg gugur di medan jihad akan mendapat kurniaan yg tidak ~ oleh akal; terkhayalkan dapat dikhayalkan: hal yg ~; khayalan 1. lukisan (gambaran, bayangan) sesuatu dlm fikiran (ketika bermenung dsb), rekaan atau ciptaan (dlm kepala atau oleh daya angan-angan), angan-angan, fantasi, khayal: sejurus mereka terdiam dihanyutkan oleh ~ fikiran masing-masing; segala peristiwa dlm cerita ini dibina drpd ~ semata-mata; 2. sesuatu yg nyata kelihatan oleh (atau pd pandangan seseorang pd hal sebenarnya tidak wujud, ciptaan angan-angan; 3. yg dibayangkan atau dilukiskan dlm angan-angan spt benar-benar ada (berlaku dll), yg direka atau dicipta oleh daya angan-angan, khayal: cerita-cerita ~ dgn peristiwa-peristiwa yg aneh dan tidak mungkin berlaku; kekhayalan keadaan khayal (leka), keasyik­an (sewaktu sedang membuat sesuatu); pengkhayalan proses, cara atau perbuatan mengkhayalkan); pengkhayal orang yg berkhayal: ~ sepi ini sudah lama berhajat hendak bermesra dgn gadis itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kha.yal] | خيال

Definisi : 1 sesuatu yg tidak wujud yg terlukis atau yg timbul dlm fikiran seseorang; angan-angan; fantasi: Sebelum perang dahulu, naik ke bulan merupakan ~ semata-mata. 2 sangat asyik melakukan sesuatu; leka: Kerana terlalu ~ berjudi, ia lupa akan rumah tangganya. berkhayal 1 berangan-angan; mengelamun. 2 berbuat sesuatu hingga khayal; berleka-leka. mengkhayalkan 1 membayangkan atau menggambarkan dlm fikiran; mengangan-angankan: Keindahan dan kemewahan dlm filem itu hanya dikhayalkan saja. 2 menyebabkan khayal; melekakan. khayalan apa-apa yg dikhayalkan; angan-angan; lamunan; fantasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khayal (kata nama)
1. Bersinonim dengan angan-angan: bayangan, gambaran, maya, rekaan, fantasi,

2. Bersinonim dengan lelan: syok sendiri, lupa diri,

Kata Terbitan : berkhayal, terkhayal, khayalan,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
stonedadj (colloq) stupefied (with alcoholic drink) mabuk; (with drug) khayal: the young sailors had got themselves ~ and had to be put to bed, kelasi-kelasi muda itu telah mabuk dan terpaksa dipapah ke katil; they would smoke opium until they were absolutely ~, mereka akan menghisap candu hingga mereka benar-benar khayal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dreamyadj 1. (of person) suka /berangan-angan, berkhayal/: he is just a ~ idealist, dia seorang idealis yg suka berangan-angan; 2. faraway, khayal: a ~ smile played on her lips, senyuman khayal bermain di bibirnya; 3. lulling, relaxing, mengkhayalkan: the music was soft and ~, muzik itu perlahan dan mengkhayalkan; 4. vague, kabur, samar-samar: a ~ recollection of the night’s events, ingatan kabur ttg kejadian malam itu; 5. (colloq) fantastic, wonderful, cun.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
goneadj 1. (in poor health) teruk; (suffering the effects of drug) khayal; (suffering the effects of alcohol) mabuk: he’s too far ~ to understand what we are saying, dia terlalu mabuk utk memahami apa yg kita katakan; 2. pregnant for a specified time, mengandung: she’s eight months ~, dia mengandung lapan bulan; 3. (colloq) be infatuated, gila: my son is really ~ on the Smith girl, anak lelaki saya betul-betul gila pd anak perempuan Smith; 4. a. departed, pergi: he hopped onto his motorcycle and was ~, dia melompat ke atas motosikalnya dan pergi; b. (of excitement, enthusiasm, etc) no longer there, hilang, tdk ada lagi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
speed 4. (in compounds) transmission gear in automotive vehicle, kelajuan: a five-~ gear box, kotak gear lima kelajuan; 5. (colloq) amphetamine, amfetamina: he is often high on ~, dia selalu khayal krn mengambil amfetamina;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
high6. great, unrestrained, besar; (of hope, expectation) tinggi: chances are ~ that he will win, peluangnya utk menang adalah besar; 7. noble, exalted, tinggi, mulia: ~ principles, prinsip yg tinggi; ~ ideals, cita-cita tinggi; 8. favourable, tinggi: they have a ~ opinion of him, mereka mempunyai tanggapan yg tinggi terhadapnya; 9. serious, besar: ~ treason, derhaka besar; 10. luxurious, mewah: ~ living, cara hidup yg mewah; 11. (colloq) intoxicated, a. (by hard drinks) mabuk; b. (by drugs) khayal; 12. (of season) puncak: in ~ summer, pd puncak musim panas; 13. (of sound, voice) tinggi: ~ key, nada tinggi; 14. (ling) tinggi: ~ vowel, vokal tinggi; 15. (of meat, game) well-hung or not fresh, (sudah) berbau;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas