Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[khé.mah] | خيمه

Definisi : (khémah) tempat berteduh yg biasa­nya dibuat drpd kanvas yg disokong oleh tiang dan tali yg diikatkan pd pancang: penduduk-penduduk padang pasir yg tidak menetap di sesuatu tempat, tinggal dlm ~; berkhemah mendirikan atau memasang khemah (utk berteduh atau bermalam): apabila tiba malam, pengembara-pengembara itu pun bersiap utk ~; perkhemahan 1. perihal berkhemah; 2. kelompok (kumpulan) khemah: sepasukan musuh telah menyerang ~ tentera kita di situ. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[khé.mah] | خيمه

Definisi : /khémah/ pondok sementara (spt yg didirikan oleh pengakap, pengembara dll) yg dibuat drpd kain tebal: Pengakap-pengakap itu pun mendirikan ~ utk bermalam di tebing sungai. berkhemah mendirikan atau memasang khemah: Apabila hari hampir malam, pengakap itu pun ~. perkhemahan hal atau tempat berkhemah; kumpulan khemah: ~ tentera itu terletak di lereng bukit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khemah (kata nama)
Bersinonim dengan ceteri, tenda, tutup, kanopi;,
Kata Terbitan : berkhemah, perkhemahan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera tuan, saya dah cuba rujuk pangkalan data tuan, namun tidak saya temukan. Jadi, saya ingin bertanya apakah terjemahan yang tepat bagi 'free-standing'. Contohnya dalam pengelasan khemah. Khemah 'free-standing' perlukan tiang. Namun, ada pula tak memerlukan tiang sebaliknya perlukan struktur lain sebagai sokongan. Terima kasih, tuan.Dalam data rujukan kami, terdapat beberapa padanan bahasa Melayu bagi free standing, iaitu bebas dan sendiri. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=free+standing&d=69812&#LIHATSINI .Penyemakan dan penterjemahan31.01.2018
1. Ali, tolong susun meja di bawah khemah itu. Jwp a) Baiklah, ayah. Saya akan tolong susun meja di bawah khemah itu. b) Baiklah, ayah. Saya akan tolong menyusun meja di bawah khemah itu. c) Baiklah, ayah. Saya akan tolong susunkan meja di bawah khemah itu. Soalan 1. Ayat yang mana betul ? 2. Bolehkah kata "tolong" hadir dalam jawapan bagi ayat perintah ? Terima kasih.Ali, tolong susun meja di bawah khemah itu. Jawapannya, Baiklah ayah, saya akan menyusun meja di bawah khemah itu.Tatabahasa28.02.2017
Salam sejahtera Yang mana satukah antara ayat tanya di bawah adalah betul? Berapakah buah khemah yang diperlukan? Berapa buahkah khemah yang diperlukan? Berapa buah khemahkah yang diperlukan? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah "Berapakah khemah yang diperlukan?"Tatabahasa15.03.2023
Adakah ayat ini betul? Pasukan pengakap itu membuat khemah bersama-sama untuk berehat.Ayat yang lebih tepat: Pasukan pengakap itu membuat khemah untuk berehat. Penggunaan perkataan "pasukan" sudah menunjukkan kata jamak dan tidak perlu mengulangi kata tersebut melalui kata "bersama-sama".Tatabahasa17.07.2018
Ayat yang manakah betul? 1. Cikgu Abu mengagihkan tugas seperti menanak nasi, menjinjing air, mencari kayu api, mendirikan khemah dan lain-lain kepada kami. 2. Cikgu Abu mengagihkan tugas kepada kami seperti menanak nasi, menjinjing air, mencari kayu api, mendirikan khemah dan lain-lain.Ayat yang gramatis ialah Cikgu Abu mengagihkan tugas seperti menanak nasi, menjinjing air, mencari kayu api, mendirikan khemah dan lain-lain kepada kami.
Tatabahasa29.05.2012
Tuan, betulkah ayat penyata ini? guru mengira markah khemah kumpulan manakah paling cantik. Betulkah penggunaan kata manakah sebagai kata soal yang digunakan dalam ayat penyata. minta penjelasanAyat yang gramatis ialah guru mengira markah khemah kumpulan yang paling cantik. Seperti yang tuan maklum, kata tanya tidak digunakan dalam ayat penyata.Tatabahasa08.11.2012
Salam sejahtera, 1.Para ibu bapa duduk di bawah khemah untuk memberikan sokongan kepada anak mereka. (Para ibu bapa menunjukkan jamak,jadi 'anak mereka' perlu jamak?=anak-anak mereka'. 2.Ahli bulan sabit merah memberikan rawatan kepada peserta yang cedera. (bulan sabit merah dalam ayat ini digolongkan sebagai kata nama am atau kata nama khas?).Menurut data kami, rangkai kata i. Para ibu bapa duduk di bawah khemah memberikan sokongan kepada anak mereka betul. Ayat yang betul ialah ii.  Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah memberikan rawatan kepada peserta yang cedera.Tatabahasa03.09.2019
Salam sejahtera..... Di sini saya ada beberapa keraguan tentang penggunaan bahasa yang memerlukan penjelasan dan tujuk ajar pihak tuan. 1) Yang manakah ayat berikut benar penggunaan bahasanya? i) Kita boleh mendirikan khemah di situ kerana kawasan itu sama luas dengan gelanggang bola jaring ini. ii) Kita boleh mendirikan khemah di situ kerana kawasan itu seluas dengan gelanggang bola jaring ini. 2) Saya sering menghadapi masalah ketika menerangkan penggunaan imbuhan me...kan dengan me...i dan me.... pada situasi ayat yang berlainan. Namun muri-murid saya tetap keliru dan kurang memahami. Berikut, saya memetik beberapa ayat contoh yang menimbulkan keraguan. i) Emak sedang menghiaskan ruang tamu dengan lampu pelbagai warna. ii) Cikgu Ali sedang mengajar mata pelajaran Sejarah dalam tingkatan 2 Merah. iii) Ah Meng menemui sebentuk cincin di halaman rumah. Sedangkan jawapan yang saya peroleh ialah : i) Emak sedang menghiasi ruang tamu dengan lampu pelbagai warna. ii) Cikgu Ali sedang mengajarkan mata pelajaran Sejarah dalam tingkatan 2 Merah. iii) Ah Meng menemukan sebentuk cincin di halaman rumah. Justeru, saya amat memerlukan tunjuk ajar pihak tuan agar dapat membantu saya merungkai masalah saya. Penjelasan ini amat penting bagi saya memantapkan pengajaran saya dalam bahasa Melayu serta keberkesanan tahap kefahaman murid saya...... Sekian, terima kasih daun keladi dan salam sejahtera........1. Dari segi tatabahasa, kedua-dua ayat tersebut betul dan boleh digunakan. Untuk imbuhan me-kan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Untuk pengetahuan Puan, buku-buku rujukan yang diterbitkan oleh penerbit luar (bukan DBP), kebanyakan mereka tidak sangat mementingkan penggunaan tatabahasa yang betul.Tatabahasa15.05.2010
Apakah perkataan BM bagi "disassemble" atau "dismantle"? Contohnya disassemble a tent or a table? Adakah perkataan menyahpasang sesuai bagi objek sebegini? Bagaimana pula dengan perkataan "tangible". Ertinya ciri fizikal yang dapat disentuh seperti "a tangible result like a new car"

Dalam bidang Komputer “disassemble” ialah “nyahhimpun”, dalam bidang geografi diberikan padanan “merungkas” iaitu merombak, membongkar, membuka dan mencabut. Dalam konteks khemah dan meja, istilah biasa digunakan sahaja yang digunakan, iaitu i “buka” khemah / “pasang” khemah.  Perkataan “nyahpasang” tidak sesuai digunakan kerana awalan ‘nyah-‘ hanya untuk padanan “de-“ atau “un-“ dalam bahasa Inggeris.  Perkataan “dismantle” boleh diberikan padanan “ketara” dalam konteks yang keputusan seperti dalam pertanyaan yang dikemukakan.

Istilah20.02.2014
Saya ditugaskan untuk menjerang air, sedangkan Rosli dan Hasyim mendirikan khemah. Munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TKPenggunaan kata hubung "sedangkan" tidak sesuai dalam konteks ayat tersebut. Untuk maklumat lanjut tentang penggunaan kata hubung, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 252.Tatabahasa21.07.2012
12

Kembali ke atas