Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata khidmat;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Khidmat apa yang perlu saya gunakan untuk menyemak tatabahasa dan penggunaan kata (untuk teks dan audio) untuk penggunaan dalam peralatan perubatan.Untuk semakan dokumen bahasa Melayu, puan boleh menghubungi Bahagian Penguatkuasaan melalui talian 03-2147 9100/9200 atau e-mel kuatkuasa@dbp.gov.my untuk maklumat lanjut.Tatabahasa12.03.2024
Khidmat nasihat untuk ejaan jawi bagi perkataan Pembinaan Cemerlang IndahSila rujuk lampiran untuk tulisan Jawi "Pembinaan Cemerlang Indah".Lain-lain16.06.2022
bagaimanakah cara untuk menukar alamat email lama kepada email yang baru?Sila nyatakan pertanyaan tuan dengan jelas. Maksud tuan, hendak menukar e-mel dalam sistem yang mana satu kerana DBP mempunyai beberapa sistem melibatkan aktiviti khidmat pelanggan contohnya seperti Khidmat Pengesahan Bahasa, Khidmat Nasihat DBP, Pantau Tegur Bahasa dan sebagainya.Lain-lain26.05.2017
menyemak ejaan untuk banner terima kasihUntuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain17.11.2015
saya tak kesah kalau sekarang khidmat bahasa perlu dibayar tetapi kenapa perlu ambil masa lebih 2 3 hari untuk diluluskan lepas permohonan dibuat walhal masa khidmat ni tak berbayar, proses lebih cepat. adakah bayaran yang dikenakan untuk mendapat khidmat yang lebih lambat daripada sebelum ni? harap pihak DBP lebih produktif dan lebih munasabah. terima kasih.Untuk makluman tuan, SOP Khidmat Pengesahan Bahasa DBP secara dalam Talian ialah  3 hari bekerja dan dan bagi Semakan Kedua dan Seterusnya bermula dari tarikh/masa pelanggan mengemas kini permohonan. Pihak kami akan meningkatkan mutu perkhidmatan dan akan memberikan perkhidmatan yang terbaik pada masa-masa akan datang.  Lain-lain16.06.2017
Saya ingin merujuk kepada khidmat nasihat bertarikh 9/6/2015 mengenai penggunaan bergantung pada/kepada. Dalam entri ini, pihak khidmat nasihat DBP ada menyatakan bahawa 'bergantung kepada' digunakan apabila frasa ini diikuti dengan kata nama 'awak'. Namun, ini berbeza dengan entri khidmat nasihat lain yang secara tersirat menunjukkan bahawa 'bergantung pada' haruslah digunakan tidak kiralah apa pun perkataan yang mengikutinya (jika dilihat kepada semua contoh). Saya mohon agar pihak Khidmat Nasihat dapat mengesahkan perkara ini. Terima kasih.Frasa yang betul ialah "bergantung pada", merujuk tempat bagi perbuatan kata kerja. Walau bagaimanapun frasa "bergantung kepada" banyak digunakan dalam kalangan masyarakat seperti yang terkandung dalam contoh yang tuan lihat dalam data kami. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa06.10.2015
Salam Sejahtera, Kami memerlukan khidmat alih bahasa dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia untuk dokumen syarikat. Adakah DBP mempunyai khidmat alih bahasa dan sekiranya ada, sila kemukan sebut harga untuk khidmat tersebut. Sekian terima kasih, YanDewan Bahasa dan Pustaka tidak ada menyediakan perkhidmatan alih bahasa atau penterjemahan.  Sila rujuk Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) atau Persatuan Penterjemahan Malaysia untuk perkhidmatan tersebut.  Terima kasih.

Lain-lain20.02.2018
Memohon kelulusan dan pengesahan bahasa bagi tukuan paparan iklan. Terima kasihUntuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama tuan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain17.02.2017
INGIN DAPATKAN PENGESAHAN PENGGUNAAN BAHASA BAGI VISUAL IKLAN SYARIKAT. GAMBAR YANG TELAH BERBETUL. TERIMA KASIHUntuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama tuan/puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain31.12.2015
Visual Papan Iklan berserta ukuran untuk mendapatkan kelulusan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka dari segi tatabahasa.Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama tuan/puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain14.10.2015
12345678910...

Kembali ke atas