Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[khid.mat] | خدمت

Definisi : 1. hormat, (dgn) takzim, (dgn) sopan santun: sekalian mereka itu pun terdiri serta ~ menjunjung sabda; 2. perbuatan (pekerjaan) yg menunjukkan kesetiaan atau pengabdian (kpd negara dll), bakti: ia berjanji akan terus berbuat ~ kpd bangsa dan negara; 3. kerja dll utk memenuhi keperluan orang ramai dll, perkhidmatan; ~ nasihat khidmat berupa pemberian nasihat (panduan, mak­lumat, dsb); berkhidmat 1. berbuat khidmat, berbakti, mengabdi atau taat setia (kpd): barulah sekarang aku dapat ~ kpd tanah air; 2. bertugas, bekerja: beliau telah ~ selama tiga tahun di Kementerian Pertahanan sebelum memegang jawatan baru ini; mengkhidmati berkhidmat kpd (utk): rencana itu diharapnya akan disiarkan dlm ruangan surat khabar yg dikhidmatinya; perkhidmatan 1. perihal berkhidmat (ber­tugas): Michael terpaksa kembali ke tanah airnya sebab tempoh ~nya di negeri ini sudah tamat; 2. kerja (usaha, kemudahan, dll) utk kebajikan (keperluan, kepentingan) orang ramai dll: selain memberikan pinjaman wang, bank perniagaan juga memberikan berbagai-bagai ~ kpd para pelanggan; ~ awam segala kegiatan (usaha) pemerintah yg ada kaitannya dgn orang ramai; ~ bas (kereta api) kemudahan pengangkutan dgn bas (kereta api); ~ kerajaan perkhidmatan (spt kerja-kerja pentadbiran dll) oleh peme­rintah; ~ perubatan perkhidmatan yg ber­kaitan dgn kesihatan rakyat (bekalan peru­batan dsb); ~ sosial perkhidmatan (spt per­khidmatan perubatan, pelajaran, dll) utk kebajikan rakyat; pekhidmat orang yg berkhidmat dgn sesuatu institusi atau menceburi sesuatu bidang perkhidmatan: ~ awam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[khid.mat] | خدمت

Definisi : kebaikan yg dilakukan utk menunjukkan kesetiaan kpd bangsa, negara dll; bakti: berbuat ~ kpd tanah air. berkhidmat 1 berbuat khidmat; berbakti: ~ kpd nusa dan bangsa. 2 bekerja; bertugas: Beliau telah ~ sbg guru selama tiga puluh tahun. perkhidmatan 1 perbuatan atau hal berkhidmat: Tempoh ~nya akan tamat pd akhir tahun hadapan. 2 kerja, usaha, kemudahan dll utk kepentingan orang ramai. ~ awam segala kegiatan pemerintah yg ada kaitannya dgn orang ramai. ~ bas (kereta api) kemudahan pengangkutan dgn bas (kereta api). ~ pos perkhidmatan yg mengurus pengiriman dan penyampaian surat, bungkusan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khidmat (kata nama)
1. Bersinonim dengan hormat: takzim, sopan santun,

2. Bersinonim dengan bakti: jasa, tugas, kerja, sumbangan,

Kata Terbitan : berkhidmat, perkhidmatan, pekhidmat,


NRE

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.nre.gov.my/Malay/Pages/Soalan Lazim.aspx Soalan Lazim dan pembangunan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) selaras dengan Dasar Perhutanan Negara dan Akta Perhutanan Negara. Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia bertanggungjawab untuk menggubal dasar-dasar perhutanan, memberi nasihat dan khidmat teknikal kepada Jabatan Perhutanan Negeri dalam aspek perancangan, pengurusan dan pembangunan hutan, industri hutan dan industri berasas kayu, kajian operasi hutan serta latihan dan pembangunan sumber manusia. Jabatan Pengairan dan 8: Bagaimanakah cara untuk menghubungi NRE berserta Agensi sekiranya sekiranya kami ingin mengemukakan sebarang maklum balas, cadangan dan aduan. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Talian : 03-8886 1111 Kaunter Khidmat Pelanggan : 03-8886 1001 Laman web : www.nre.gov.my Emel : aduannre@nre.gov.my Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Talian : 03-26164488 Laman web : www.forestry.gov.my Emel : webmaster Highlighter.aspx?DocId=13&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGNre&HitCount=2&hits=25b+31e+
http://www.nre.gov.my/Biodiversity/Pages/default.aspx Pages - Biodiversiti / Biodiversity ASEAN 2) Hubungan Hal Ehwal Antarabangsa 3) Hubungan Hal Ehwal Dua Hala (Bilateral) PERKHIDMATAN / SERVICE Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) 1) Aduan Hidupan Liar 2) Perlesenan 3) Khidmat Veterinar 4) Pembiakan Komersial 5) Kemudahan Rekreasi 6) Bayaran Perkhidmatan di Taman Negara 7) Sewaan Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) 1) Produk dan perkhidmatan Jabatan Biokeselamatan (JBK) 1) Permohonan Kelulusan Highlighter.aspx?DocId=45&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGNre&HitCount=1&hits=33c+
http://www.nre.gov.my/Minerals/Pages/default.aspx Mineral dan Geosains / Mineral and Geoscience Pemetaan Geologi Sempadan Malaysia-Thailand UNDP • Survei Geofizik Airborne Di Sarawak Barat • Survei Susulan Geofizik Airborne, Sarawak Barat ; UNITED KINGDOM Projek KAR MALAYSIA & ASEAN • Earth Sciences for Society PERKHIDMATAN / SERVICE • Khidmat Kepakaran • Permohonan Lesen • Perkhidmatan Makmal STATISTIK / STATISTIC TIADA KERTAS / PAPER TIADA PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN/ NON GOVERNMENT ORGANISATION TIADA • Minerals Currently selected Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Dasar Web | Hubungi Kami | Penafian Highlighter.aspx?DocId=41&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGNre&HitCount=1&hits=256+
http://www.nre.gov.my/Blogucapannre/home.aspx Home - BlogUcapanNRE puan, Sebelum mengakhiri ucapan ini, oleh sebab kebanyakan anda di sini merupakan bakal-bakal guru yang akan mendidik generasi muda Malaysia; didiklah mereka dengan didikan yang ikhlas dari hati. Sesungguhnya khidmat dan bakti saudara-saudari sekalian amatlah tinggi nilainya. Jagalah imej guru yang sememangnya sejak dahulu lagi sentiasa mendapat tempat yang istimewa dikalangan masyarakat. Tanpa guru, siapalah kita semua pada hari Highlighter.aspx?DocId=68&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGNre&HitCount=1&hits=1ffb+

Kembali ke atas