Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[khid.mat] | خدمت

Definisi : 1. hormat, (dgn) takzim, (dgn) sopan santun: sekalian mereka itu pun terdiri serta ~ menjunjung sabda; 2. perbuatan (pekerjaan) yg menunjukkan kesetiaan atau pengabdian (kpd negara dll), bakti: ia berjanji akan terus berbuat ~ kpd bangsa dan negara; 3. kerja dll utk memenuhi keperluan orang ramai dll, perkhidmatan; ~ nasihat khidmat berupa pemberian nasihat (panduan, mak­lumat, dsb); berkhidmat 1. berbuat khidmat, berbakti, mengabdi atau taat setia (kpd): barulah sekarang aku dapat ~ kpd tanah air; 2. bertugas, bekerja: beliau telah ~ selama tiga tahun di Kementerian Pertahanan sebelum memegang jawatan baru ini; mengkhidmati berkhidmat kpd (utk): rencana itu diharapnya akan disiarkan dlm ruangan surat khabar yg dikhidmatinya; perkhidmatan 1. perihal berkhidmat (ber­tugas): Michael terpaksa kembali ke tanah airnya sebab tempoh ~nya di negeri ini sudah tamat; 2. kerja (usaha, kemudahan, dll) utk kebajikan (keperluan, kepentingan) orang ramai dll: selain memberikan pinjaman wang, bank perniagaan juga memberikan berbagai-bagai ~ kpd para pelanggan; ~ awam segala kegiatan (usaha) pemerintah yg ada kaitannya dgn orang ramai; ~ bas (kereta api) kemudahan pengangkutan dgn bas (kereta api); ~ kerajaan perkhidmatan (spt kerja-kerja pentadbiran dll) oleh peme­rintah; ~ perubatan perkhidmatan yg ber­kaitan dgn kesihatan rakyat (bekalan peru­batan dsb); ~ sosial perkhidmatan (spt per­khidmatan perubatan, pelajaran, dll) utk kebajikan rakyat; pekhidmat orang yg berkhidmat dgn sesuatu institusi atau menceburi sesuatu bidang perkhidmatan: ~ awam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[khid.mat] | خدمت

Definisi : kebaikan yg dilakukan utk menunjukkan kesetiaan kpd bangsa, negara dll; bakti: berbuat ~ kpd tanah air. berkhidmat 1 berbuat khidmat; berbakti: ~ kpd nusa dan bangsa. 2 bekerja; bertugas: Beliau telah ~ sbg guru selama tiga puluh tahun. perkhidmatan 1 perbuatan atau hal berkhidmat: Tempoh ~nya akan tamat pd akhir tahun hadapan. 2 kerja, usaha, kemudahan dll utk kepentingan orang ramai. ~ awam segala kegiatan pemerintah yg ada kaitannya dgn orang ramai. ~ bas (kereta api) kemudahan pengangkutan dgn bas (kereta api). ~ pos perkhidmatan yg mengurus pengiriman dan penyampaian surat, bungkusan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khidmat (kata nama)
1. Bersinonim dengan hormat: takzim, sopan santun,

2. Bersinonim dengan bakti: jasa, tugas, kerja, sumbangan,

Kata Terbitan : berkhidmat, perkhidmatan, pekhidmat,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PASUKAN KHIDMAT BAKTI

Pasukan Khidmat Bakti ialah sukarelawan

bebas di seberang laut yang diprogramkan oleh

kerajaan Amerika Syarikat di seberang laut. Lelaki

dan wanita dalam pasukan ini bekerja dengan

penduduk di negara-negara sedang membangun

untuk membantu mereka memperbaiki keadaan

hidup.

UMUM 
REUTER, BARON DE

Reuter, Baron de (1816–1899) ialah pengasas

Reuters, iaitu sebuah agensi yang menyediakan

khidmat berita yang terkemuka di dunia. Reuters

merupakan satu daripada syarikat khidmat berita

yang pertama yang menyiarkan berita kewangan,

politik dan berita umum kepada akhbar Eropah.

UMUM 
ASUHAN SIANG HARI

Asuhan siang hari ialah khidmat penjagaan

kanak-kanak atau orang dewasa yang uzur, ketika

orang yang bertanggungjawab terhadap mereka

tidak dapat berbuat demikian. Di kebanyakan

negara maju, mengikut tradisi, wanita menjaga

anak di rumah. Walau bagaimanapun, semenjak

beberapa tahun kebelakangan ini, wanita yang

bekerja di luar rumah semakin bertambah.

UMUM 
SURUHANJAYA PASIFIK SELATAN

Suruhanjaya Pasifik Selatan ialah pertubuhan

antarabangsa yang memberi bantuan khidmat nasihat

teknikal, latihan, dan penyebaran maklumat dalam

bidang sosial, ekonomi, dan kebudayaan kepada 22 buah

pentadbiran kerajaan. Negara-negara ini terdiri daripada

Samoa Amerika, Kepulauan Cook, Persekutuan Negeri Micronesia,

Fiji, Polinesia Perancis, Guam, Kiribati, Kepulauan

Marshall, Nauru, New Caledonia, Niue, Kepulauan

Mariana Utara, Palau, Papua New Guinea,

Kepulauan Pitcairn, Kepulauan Solomon, Tokelau,

Tonga, Tuvalu, Vanuatu, Wallis dan Futuna, dan

Samoa Barat.

UMUM 
REUTERS

Reuters ialah salah satu daripada agensi

pengumpulan berita yang terbesar di dunia. Ia

memberi khidmat kepada lebih daripada 150 buah

negara dan mempunyai biro dalam kira-kira 100

buah negara. Reuters juga menyediakan maklumat

kewangan kepada bank, broker dan syarikatsyarikat

korporat. Kepentingan mengawal dalam

perkhidmatan berita ini dipegang oleh akhbar dari

beberapa buah negara, termasuk Great Britain,

Ireland, Australia dan New Zealand.

UMUM 
KEDERMAWANAN

Kedermawanan ialah usaha untuk mencapai

kesejahteraan manusia oleh individu dan

kumpulan yang menyumbangkan khidmat atau

harta dan wang. Kedermawanan berbeza daripada

kebajikan kerana kedermawanan biasanya

menolong kumpulan yang besar atau sesebuah

institusi dan bukan orang perseorangan atau

beberapa individu sahaja.

UMUM 
PERUBATAN VETERINAR

Perubatan veterinar ialah cabang perubatan

yang menangani penyakit haiwan. Doktor haiwan

dikenali sebagai doktor veterinar . Khidmat mereka

terutamanya bernilai kerana banyak penyakit haiwan

boleh menjangkiti manusia. Penyakit demikian

dikenali sebagai zoonose . Ia termasuk rabies ,

bruselosis, tuberkulosis, psitakosis (demam nuri)

dan tularemia (demam arnab).

UMUM 
AUSTRALIA, ANGKATAN BERSENJATA

Australia, Angkatan bersenjata adalah kecil

tetapi maju dalam teknologi. Perancangan untuk

perkembangannya didasarkan pada pengekalan

angkatan yang akan memberi khidmat kepada

keperluan semasa dan darurat.

UMUM 
PERBICARAAN

Perbicaraan ialah kaedah menyelesaikan

pertikaian di dalam mahkamah undang-undang

melalui kaedah lisan. Dalam kebanyakan kes,

setiap pihak yang bertelingkah menggunakan

khidmat peguam untuk mewakilkan

pandangannya, mengemukakan bukti, dan

menyoal para saksi. Kebanyakan perbicaraan

merupakan perbicaraan berjuri. Dalam

sesetengah perbicaraan, pihak defendan

dibicarakan oleh seorang hakim atau panel

hakim, dan bukannya juri.

UMUM 
DARJAH, BINTANG DAN PINGAT KEBESARAN NEGARA MALAYSIA

Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran

Negara Malaysia ialah kurniaan daripada

kerajaan Malaysia sebagai penghargaan terhadap

khidmat cemerlang seseorang yang dianggap

di luar daripada bentuk ganjaran yang biasa.

UMUM 
123

Kembali ke atas