Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
khidmat (kata nama)
1. Bersinonim dengan hormat: takzim, sopan santun,

2. Bersinonim dengan bakti: jasa, tugas, kerja, sumbangan,

Kata Terbitan : berkhidmat, perkhidmatan, pekhidmat,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
khidmat1. hormat, (dgn) takzim, (dgn) sopan santun: sekalian mereka itu pun terdiri serta ~ menjunjung sabda; 2. perbuatan (pekerjaan) yg menunjukkan kesetiaan atau pengabdian (kpd negara dll), bakti: ia berjanji akan terus berbuat ~ kpd bangsa dan negara; 3. kerja dll utk memenuhi keperluan orang ramai dll, perkhidmatan; ~ nasihat khidmat berupa pemberian nasihat (panduan, mak­lumat, dsb); berkhidmat 1. berbuat khidmat, berbakti, mengabdi atau taat setia (kpd): barulah sekarang aku dapat ~ kpd tanah air; 2. bertugas, bekerja: beliau telah ~ selama tiga tahun di Kementerian Pertahanan sebelum memegang jawatan baru ini; mengkhidmati berkhidmat kpd (utk): rencana itu diharapnya akan disiarkan dlm ruangan surat khabar yg dikhidmatinya; perkhidmatan 1. perihal berkhidmat (ber­tugas): Michael terpaksa kembali ke tanah airnya sebab tempoh ~nya di negeri ini sudah tamat; 2. kerja (usaha, kemudahan, dll) utk kebajikan (keperluan, kepentingan) orang ramai dll: selain memberikan pinjaman wang, bank perniagaan juga memberikan berbagai-bagai ~ kpd para pelanggan; ~ awam segala kegiatan (usaha) pemerintah yg ada kaitannya dgn orang ramai; ~ bas (kereta api) kemudahan pengangkutan dgn bas (kereta api); ~ kerajaan perkhidmatan (spt kerja-kerja pentadbiran dll) oleh peme­rintah; ~ perubatan perkhidmatan yg ber­kaitan dgn kesihatan rakyat (bekalan peru­batan dsb); ~ sosial perkhidmatan (spt per­khidmatan perubatan, pelajaran, dll) utk kebajikan rakyat; pekhidmat orang yg berkhidmat dgn sesuatu institusi atau menceburi sesuatu bidang perkhidmatan: ~ awam.Kamus Dewan Edisi Keempat
khidmatkebaikan yg dilakukan utk menunjukkan kesetiaan kpd bangsa, negara dll; bakti: berbuat ~ kpd tanah air. berkhidmat 1 berbuat khidmat; berbakti: ~ kpd nusa dan bangsa. 2 bekerja; bertugas: Beliau telah ~ sbg guru selama tiga puluh tahun. perkhidmatan 1 perbuatan atau hal berkhidmat: Tempoh ~nya akan tamat pd akhir tahun hadapan. 2 kerja, usaha, kemudahan dll utk kepentingan orang ramai. ~ awam segala kegiatan pemerintah yg ada kaitannya dgn orang ramai. ~ bas (kereta api) kemudahan pengangkutan dgn bas (kereta api). ~ pos perkhidmatan yg mengurus pengiriman dan penyampaian surat, bungkusan dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berkhidmat1 berbuat khidmat; berbakti: ~ kpd nusa dan bangsa. 2 bekerja; bertugas: Beliau telah ~ sbg guru selama tiga puluh tahun.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berkhidmat1. berbuat khidmat, berbakti, mengabdi atau taat setia (kpd): barulah sekarang aku dapat ~ kpd tanah air; 2. bertugas, bekerja: beliau telah ~ selama tiga tahun di Kementerian Pertahanan sebelum memegang jawatan baru ini;Kamus Dewan Edisi Keempat
khidmatkebaikan yg dilakukan utk menunjukkan kesetiaan kpd bangsa, negara dll; bakti:berbuat ~ kpd tanah air. berkhidmat 1. berbuat khidmat; berbakti: ~ kpd nusa dan bangsa. 2. bekerja; bertugas:Beliau telah ~ sbg guru selama tiga puluh tahun. perkhidmatan 1. perbuatan atau hal berkhidmat:Tempoh ~nya akan tamat pd akhir tahun hadapan. 2. kerja, usaha, kemudahan dll utk kepentingan orang ramai. ~ awam segala kegiatan pemerintah yg ada kaitannya dgn orang ramai. ~ bas (kereta api) kemudahan pengangkutan dgn bas (kereta api). ~ pos perkhidmatan yg mengurus pengiriman dan penyampaian surat, bungkusan dll.Kamus Pelajar
mendaulat1. menjunjung (mengabdi, ber­khidmat kpd raja); 2. Id, bp merampas (ke­kuasaan dll) dgn tidak sah, menurunkan orang berpangkat atau berkuasa (spt raja dll) dr kedudukannya dgn paksaan: Raja Faruk telah didaulat oleh rakyat Mesir;Kamus Dewan Edisi Keempat
berkhidmat1. berbuat khidmat; berbakti: ~ kpd nusa dan bangsa. 2. bekerja; bertugas:Beliau telah ~ sbg guru selama tiga puluh tahun.Kamus Pelajar
hormat1. mempunyai pandangan yg tinggi terhadap seseorang dgn memberikan layanan yg penuh sopan, khidmat, takzim: tetamu dipersilakan masuk ke dlm dewan dgn ~; budak itu sangat ~; diberhentikan dgn ~ diberhentikan dgn baik (bukan sebab kesalahan); 2. perbuatan utk menyatakan rasa khidmat atau takzim: serdadu kawalan itu pun memberi ~ dgn mengangkat tombak; 3. menaruh penghargaan (khidmat, takzim): wajib kita ~ kpd ibu bapa kita; (dgn) ~ takzim (dgn) sepenuh hormat; dgn segala ~ dgn sepenuh takzim; gila ~ terlalu suka dihormati orang; kurang ~ kurang sopan; tanda ~ per­buatan dll yg menunjukkan penghargaan (takzim, khidmat); berhormat mempunyai kedudukan yg dihor­mati atau dimuliakan: Cikgu Amin seorang yg ~ di kampung itu; Yang B~ panggilan kpd atau kata yg dipakai sebelum nama ahli majlis mesyuarat undangan negeri atau parlimen atau orang-orang yg bergelar Datuk dsb; Yang Amat B~ panggilan kpd atau kata yg dipakai sebelum nama Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, atau Ketua Menteri; berhormat-hormatan, hormat-meng­hor­mati saling memberi hormat; menghormati 1. memberi (melahirkan, me­naruh) hormat kpd: ~ ibu bapanya; hor­matilah orang tuamu; Rizal dihormati oleh seluruh bangsa Filipina; 2. menerima dan mematuhi (aturan dll), menghargai, men­junjung tinggi, memuliakan: aku ~ pen­dapatmu; ~ keinginanmu mencari sesuatu yg baru; Malaysia tetap ~ Perjanjian Bangkok; 3. disegani: ia seorang yg diper­cayai dan dihormati; ia dihormati dan di­takuti oleh anak-anak kapal; terhormat (yg) sangat dihormati: kepada yg ~ saudara Ahmad; utk pembesar-pem­besar digunakan sebutan yg ~; profesion yg penting dan ~; kehormat 1. yg dihormati dan diraikan: te­tamu ~ yg akan turut dlm rapat itu ialah Perdana Menteri; 2. yg dilantik kerana menghormati, yg diberikan sbg pernyataan hormat; ahli (anggota) ~ ahli (anggota) persatuan dll yg dilantik kerana jasanya dll; doktor ~ gelaran doktor yg diberikan utk menyatakan hormat; 3. yg jasanya tidak dibayar; bendahari (setiausaha dll) ~ pegawai persatuan yg bertugas tanpa dibayar; bayaran ~ wang sagu hati yg diberikan kpd seseorang (pengarang dll), honorarium; kehormatan 1. pemberian hormat (peng­hargaan dll): ia mendapat ~ menjadi ketua persidangan; perajurit yg gugur itu dike­bumikan dgn penuh ~; (per)barisan ~ (per)barisan utk menunjukkan hormat (kpd tetamu agung dll); bintang ~ pingat yg dikurniakan sbg pernyataan hormat (kerana jasa dll); (gelar) doktor ~ Id (gelar) doktor kehormat; gapura (pintu gerbang) ~ Id gapura (pintu gerbang) yg didirikan utk me­nyambut orang besar dll; gelar ~ Id gelar sbg pernyataan hormat; 2. tumpuan hormat, (orang) yg dihormati: beliaulah ~ penduduk-penduduk di daerah ini; 3. Id yg dilantik kerana menghormati, kehormat; anggota ~ ahli kehormat; ketua ~ ketua kehormat; 4. kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggi­an: Majlis Raja-Raja bersidang kerana membincangkan perkara yg bersangkut dgn kebesaran, ~ dan kedudukan raja-raja; dia sekarang mengejar ~; 5. nama baik, harga diri: mempertahankan nyawa dan ~; ~ diri kemuliaan (kemegahan) atau nama baik diri seseorang; 6. kemurnian, kesucian (wanita): apabila seorang pemuda menceroboh ma­suk ke dlm tempat tidur seorang gadis dgn niat hendak mencabul ~nya, ia akan didenda 22 rial; penghormatan perihal atau perbuatan meng­­hormati, pemberian hormat: rukuk dan sujud merupakan ~ seseorang hamba kpd Tuhan­nya; ~ terakhir perbuatan memberikan peng­hormatan kpd jenazah buat kali terakhir sebelum dikebumikan, mis menziarah, ber­tafakur dsb; penghormat 1. yg menghormati; 2. yg di­buat (dipakai) kerana menghormati: barisan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kawasan khidmat sepunya(common service area)1. Kawasan pada ingatan dalaman yang dikongsi oleh dua atur cara atau lebih sebagai ingatan kerja. 2. Kawasan sepunya yang digunakan oleh beberapa pemproses untuk menerima kerja yang datang.Kamus Komputer
langgan; berlanggan membeli surat khabar, majalah dll secara tetap: Kami ~ bermacam-macam jenis majalah dan surat khabar. melanggan 1 membeli (surat khabar, majalah dll) secara tetap: Sudah bertahun-tahun dia ~ akhbar di kedai itu. 2 menggunakan atau mendapatkan khidmat seseorang dgn membayar kpdnya. pelanggan 1 pembeli (surat khabar, majalah dll) secara tetap: ~ di kedainya makin bertambah. 2 orang, pihak, syarikat dll yg mendapat khidmat seseorang, sesebuah syarikat dsb dgn membayar kpdnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345

Kembali ke atas