Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kiamat

Puisi
 

Sipitang batu keramat,
     Tempat orang menjemur padi;
Langit bergulung tanda kiamat,
     Kami tidak mungkirkan janji.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Seperti halilintar membelah bumi.

Bermaksud :

Bunyi (tempikan) yang sangat kuat. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kiamat bunyinya).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kiamat1. kebangkitan semula sekalian manusia drpd mati (utk menghadapi keadilan Tuhan). 2. berakhir (ttg dunia, zaman): Tiada sesiapa yg tahu bila dunia ini akan ~.Kamus Pelajar
yakjuj; ~ wa makjujmakhluk yg dipercayai akan menghancurkan dunia apabila hampir kiamat.Kamus Pelajar
dajal1. makhluk yg dipercayai akan wujud di dunia apabila hampir kiamat. 2. orang yg berperangai buruk atau jahat: ~ betul budak itu.Kamus Pelajar
hisab1. bkn kira-mengira atau perkiraan. ilmu ~ ilmu dlm hal kira-mengira. 2. kiraan amalan seseorang pd hari kiamat yg dijalankan oleh Allah ketika manusia berada di Padang Mahsyar. menghisab mengira atau menghitung utk mencari jawapannya; membuat perkiraan (terhadap): Maka dihisab dan dihitung segala kebaikan dan kejahatan mereka. menghisabkan memberikan perkiraan terhadap; menghiraukan: Murid yg baik tentu ~ nasihat guru dan ibu bapanya. terhisab dpt dikira atau dihitung terkira; terhitung (jumlahnya dll).Kamus Pelajar
kebangkitan1. hal bangkit atau membangkitkan: Parti itu menggalakkan ~ semangat kebangsaan Melayu. 2. hal dibangkitkan kembali: Ayat ini membuktikan adanya hari kiamat dan ~ selepas mati.Kamus Pelajar
hari1. masa dua puluh empat jam yg bermula dr matahari terbit sehingga matahari terbit sekali lagi: Dlm seminggu, ada tujuh ~. 2. = siang ~ masa dr matahari terbit sehingga matahari terbenam: tiga ~ tiga malam. 3. masa bekerja dlm satu hari: Dia bekerja enam ~ dlm seminggu. 4. keadaan alam, cuaca dll dlm sesuatu hari: Apabila ~ hujan, dia tidak keluar rumah. ~ akhirat (kemudian) masa selepas musnahnya atau hancurnya alam ini (iaitu selepas hari kiamat). ~ besar hari yg dirayakan utk memperingati sesuatu perkara atau peristiwa penting. ~ bulan tarikh dlm sesuatu bulan yg tertentu; tanggal. ~ depan masa yg akan datang. ~ ibu bapa hari perayaan sekolah dan ibu bapa diundang hadir di perayaan itu. ~ jadi (lahir) a. hari lahirnya seseorang. b. hari ulang tahun kelahiran seseorang. ~ Kebangsaan hari penting yg dirayakan oleh seluruh rakyat. ~ Kemerdekaan (Merdeka) hari yg dirayakan oleh seluruh rakyat utk memperingati kemerdekaan negara. ~ kiamat hari (masa) seluruh alam musnah atau hancur setelah malaikat Israfil meniup sangkakala yg pertama. (~) Lebaran Hari Raya Puasa (1 Syawal). ~ muka masa yg akan datang; masa depan. ~ Raya hari yg dimuliakan dan dirayakan kerana menandakan tamatnya puasa atau kerana membesarkan hari orang mengerjakan haji. ~ Raya Haji (Korban, Aidiladha) hari raya yg disambut pd 10 Zulhijah, iaitu selepas hari wukuf. ~ Raya Puasa (Aidilfitri) hari raya yg disambut pd tiap-tiap 1 Syawal; Lebaran. ~ wukuf hari jemaah hari berkumpul di padang Arafah pd 9 Zulhijah. berhari-hari beberapa hari: Kadang-kadang, dia pergi ~ lamanya. harian setiap hari; tiap-tiap hari: akhbar ~. sehari satu hari. sehari-hari tiap-tiap hari: Dia membeli barang-barang keperluan ~. sehari-harian sepanjang hari; sehari suntuk: Dia berasa terlalu letih setelah bekerja ~.Kamus Pelajar
rukun I1 = ~ Islam (agama) dasar agama Islam yg lima (iaitu mengucap dua kalimah syahadat, bersembahyang lima waktu, berpuasa dlm bulan Ramadan, mengeluarkan zakat dan naik haji). 2 sesuatu yg mesti diamalkan; syarat: Hidup tolong-menolong menjadi salah satu ~ hidup. ~ fikli rukun yg berupa perbuatan dlm ibadat (spt rukuk, sujud dll dlm sembahyang, sa’i dlm ibadat haji dsb). ~ haji perkara-perkara yg mesti dilaksanakan sewaktu mengerjakan ibadat haji dan jika tertinggal, hajinya tidak sah. ~ iman perkara yg menjadi dasar iman seseorang Islam (iaitu percaya akan Allah, malaikat, Rasul, kitab, hari kiamat serta qada dan qadar). ~ kalbi rukun yg berupa niat dlm ibadat sembahyang dll. ~ kauli rukun yg berupa bacaan dlm ibadat sembahyang (spt fatihah dll). ~ negara prinsip kenegaraan yg lima bagi negara Malaysia (iaitu Kepercayaan kpd Tuhan, Kesetiaan kpd Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan).Kamus Pelajar
bangkit1. berdiri drpd duduk atau drpd berbaring: Beliau ~ dr katilnya lalu duduk di atas kerusi. 2. terjaga drpd tidur; bangun: Tiap-tiap hari, saya ~ pd pukul enam pagi. 3. = berbangkit timbul; terbit (bkn perasaan marah dll): ~ marahnya apabila dia melihat adiknya dipersendakan orang. 4. naik (bkn adunan, debu dll). berbangkit 1. timbul atau terbit (bkn perasaan, perkara dll): perkara ~ perkara yg ditimbulkan dlm mesyuarat berdasarkan catatan atau minit mesyuarat yg lalu. 2. berbalik (bkn penyakit). membangkitkan-bangkit menyebut-nyebut perkara yg lama-lama; menceritakan hal yg sudah-sudah: Jangan suka ~ hal yg lama, nanti tidak kekal persahabatan kita. membangkitkan 1. menggerakkan orang tidur supaya bangun; membangunkan: Waktu Asar sudah masuk, pergilah engkau bangkitkan ayah yg sedang tidur. 2. menyebabkan datang sesuatu perasaan; menimbulkan sesuatu perasaan: Cerita yg mengharukan dan ~ semangat kita ialah kisah perjuangan seorang perajurit muda yg bernama Leftenan Muda Adnan. kebangkitan 1. hal bangkit atau membangkitkan: Parti itu menggalakkan ~ semangat kebangsaan Melayu. 2. hal dibangkitkan kembali: Ayat ini membuktikan adanya hari kiamat dan ~ selepas mati. pembangkitan usaha atau hal membangkitkan (fahaman, kesedaran dsb).Kamus Pelajar

Kembali ke atas