Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[qia.mat] | قيامة

Definisi : Ar 1. = hari ~ akhir zaman, iaitu apabila seluruh alam musnah: ~ akan berlaku tetapi tiada seorang pun yg tahu bila; ~ kubra kiamat apabila berlakunya kemusnahan seluruh alam; sampai ~ sampai akhir zaman, (buat) selama-lamanya: takkan hendak disimpan wang itu sampai ~; 2. = hari ~ hari apabila manusia dibangkitkan (drpd mati) utk dihisab segala amalannya dan diberi pem­balasan; 3. = hari ~ hari penghisaban, iaitu hari apabila segala amalan manusia dihisab; 4. = hari ~ hari pembalasan, iaitu hari apabila manusia menerima balasan atas segala amalan baik dan buruk di dunia: pd hari ~ Allah akan menghukum dgn adil dan benar; 5. ki rosak binasa, kacau-bilau, mendapat bencana (kecelakaan): ~ nanti kalau rahsia ini diketahuinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[qia.mat] | قيامة

Definisi : 1 kebangkitan semula sekalian manusia drpd mati (utk menghadapi keadilan Tuhan). 2 berakhir (ttg dunia, zaman): Tiada manusia yg tahu bila dunia ini akan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kiamat

Puisi
 

Sipitang batu keramat,
     Tempat orang menjemur padi;
Langit bergulung tanda kiamat,
     Kami tidak mungkirkan janji.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Seperti halilintar membelah bumi.

Bermaksud :

Bunyi (tempikan) yang sangat kuat. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kiamat bunyinya).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
eschatologyeskatologiKesusasteraanTiadaCabang ilmu pengetahuan yang berhubung kait dengan keagamaan khususnya tentang hari kiamat, kehidupan selepas mati atau hari pembalasan. Pengetahuan tentang kiamat dan kehidupan alam akhirat merupakan salah satu aspek penting dalam ajaran kebanyakan agama di dunia dengan doktrin yang tertentu. Keterangan tentang alam akhirat telah menarik minat pengarang kitab kesusasteraan untuk digarap ke dalam bentuk yang lebih kreatif. Tradisi ke - susasteraan Arab-Islam menyaksikan kemunculan banyak kitab sastera yang membicarakan unsur eskatologi. Antara yang terkenal ialah Kitab Haqa�iq wa al-Daqa�iq karangan Abu Layth Samarqandi. Sastera eskatologi berperanan besar dalam mengingatkan manusia tentang alam pembalasan di akhirat. Justeru, karya sebegini mendorong manusia melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan. Dalam kesusasteraan Melayu, kisah tentang alam akhirat (dalam kubur, syurga, neraka) banyak ditemui dalam karya saduran daripada kesusasteraan Islam seperti Hikayat Nabi Muhammad Mikraj. Dalam hikayat tersebut, diceritakan bahawa Nabi telah menyaksikan pelbagai diceritakan bahawa Nabi telah menyaksikan pelbagai diceritakan bahawa Nabi telah menyaksikan pelbagai pembalasan syurga dan neraka yang diterima oleh manusia berdasarkan perbuatan mereka semasa hidup di dunia.
eschatologicalkiamatSejarahTiadaSesuatu yang berhubung dengan, atau berkaitan dengan atau dianggap sebagai destinasi yang unggul bagi manusia seluruhnya dalam kehidupan ini iaitu kematian, hari pengadilan, syurga, neraka dan hari musnahnya seluruh alam ini.
apocalyptic dramadrama akhir zamanKesenianDrama dan TeaterGenre drama yang bertemakan situasi dunia yang menghampiri kiamat.
eschatology criticismkritikan eskatologiKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang melibatkan kajian terakhir alam dan manusia, contohnya kematian dan kiamat. Kritikan eskatologikal juga merujuk kepada kritikan tradisional dan popular yang menganggap bahawa sesebuah novel mempunyai kesatuan, lantas plotnya berkembang ke arah pengakiran yang menyokong kesatuan tersebut. Istilah ini digunakan oleh ahli pengkritik dekonstruksi, Derrida untuk mengkritik pendekatan yang cuba mencari kesatuan, makna yang stabil, dan pengakiran yang pasti dalam sesebuah karya sastera. Dalam bahasa Yunani , eschatos bermakna �akhir�.

Kembali ke atas