Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kian] | کيان

Definisi : 1. sebegitu, sebanyak itu (ini); sepuluh ~ sepuluh kali ganda itu; 2. makin, makin bertambah: ibu ~ hari ~ tua; bas itu berjalan ~ laju dan ~ jauh meninggalkan perhentian bas; sekian 1. sedemikian, sebanyak itu (ini), sebegitu: ~lah huraian secara ringkas mengenai masalah itu; ingin kembali ke kampung setelah ~ lama ditinggalkan; 2. = sekian­-sekian yg tertentu (hari, angka, dll): dia akan datang pd sekian-sekian hari; 3. se­hingga: bukan kepalang lama waktu, ~ terasa oleh Mak Guna; berkian-kian terlalu banyaknya, banyak­banyak: harta dunia yg ~ banyaknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kian] | کيان

Definisi : sana, situ; ~ ke mari ke sana ke mari (ke hulu ke hilir): burung-burung terbang ~ ke mari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kian] | کيان

Definisi : makin (bertambah): Kita hidup ~ hari ~ tua. sekian 1 sebanyak itu (ini); sebegitu; sedemikian: ~lah yg dpt saya ceritakan kpd tuan-tuan sekalian. 2 = sekian-sekian tertentu (bkn hari, bilangan dll): Dia akan datang pd ~ hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kian (kata tugas)
Bersinonim dengan makin, makin bertambah, lagi;,
Kata Terbitan : sekian,

Puisi
 

Kalau ke titi dari seberang,
     Batang mancis membakar badan;
Alak hati siapa kian melarang,
     Siapatah kian dapat menahan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seperti daun kering ditiup angin di tengah padang.

Bermaksud :

Hidup melarat, terkatung-katung kian ke mari.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Izinkan saya mengadu PRPM tidak memberi pengkelasan kata pada daftar masuk perkataan. Tidak dijelaskan sama ada sesuatu daftar masuk perkataan itu digolongkan dalam kata kerja atau kata nama atau kata tugas dan sebagainya. Semoga dapat berbuat demikian untuk kelangsungan bahasa Melayu yang kian hari kian melayu hidupnya.Terima kasih atas cadangan saudara. Pihak kami amat menghargainya. Saudara juga boleh merujuk maklumat lanjut mengenai kelas kata melalui Kamus Dewan Perdana terbitan DBP yang terbaharu. Pembelian boleh dibuat secara dalam talian melalui dbpniaga.my.Lain-lain19.05.2023
Adakah kata sendi nama 'daripada' diperlukan dalam ayat di bawah: Akibat daripada tindakan manusia, kualiti alam sekitar kian merosot. Atau ayat di bawah lebih sesuai: Akibat tindakan manusia, kualiti alam sekitar kian merosot.Ayat yang betul ialah, Akibat tindakan daripada manusia, kualiti alam sekitar kian merosot.Lain-lain23.05.2020
Ayat manakah yang betul? A) Sejak akhir-akhir ini, masalah kesesakan jalan kian membarah. B) Akhir-akhir ini, masalah kesesakan jalan kian membarah.Frasa 'sejak akhir-akhir ini' dan 'akhir-akhir ini' kedua-duanya adalah betul.Sastera28.03.2011
Salam Sejahtera: Tuan: Soalan 1: Mengapakah perkataan "guris" tidak terdapat dalam kamus? Soalan 2: Bagaimanakah membezakan penggunaan antara "kian" dan ", "makin". Terima Kasih

1. Perkataan guris tidak terdapat dalam Kamus Dewan kerana ejaan yang betul ialah gores. Sila lihat Kamus Dewan di bawah entri gores.

2. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kian mempunyai 2 maksud, iaitu 1. sebegitu, sebanyak itu (ini); sepuluh ~ sepuluh kali ganda itu; 2. makin, makin bertambah: ibu ~ hari ~ tua; bas itu berjalan ~ laju dan ~ jauh meninggalkan perhentian bas, manakala makin pula bermaksud  1. = semakin menjadi lebih, kian bertambah: hati Maskam ~ meradang; lanun-lanun itu ~ buas; 2. sl lebih-lebih lagi, apa lagi. Berdasarkan huraian tersebut, dapat disimpulkan bahawa kian dan makin ialah perkara yang sama dan boleh bertukar ganti. 

Istilah25.08.2009
Jika saya ingin memulakan TAJUK BERITA dalam karangan saya, misalnya saya menulis karangan tentang kemalangan jalan raya, bagaimanakah saya tulis tajuk berita itu? Saya tidak pasti sama ada perkataan itu mesti guna huruf besar atau huruf kecil. Yang manakah paling sesuai? (cuma contoh) (a) "Kemalangan Jalan Raya Kian Bertambah di Ipoh" (b) "Kemalangan jalan raya kian bertambah di Ipoh" ATAU (c) "KEMALANGAN JALAN RAYA KIAN BERTAMBAH DI IPOH"Lazimnya untuk tajuk karangan ditulis dengan huruf kecil (tidak dengan huruf besar pada keseluruhan perkataan) kecuali huruf besar pada perkataan pertama seperti, "Kemalangan Jalan Raya Kian Bertambah di Ipoh". Tatabahasa05.04.2011
Penggunaan kata terbitan "berleluasa" dalam konteks 'gejala sosial kian berleluasa dalam kalangan masyarakat kita'? Hal ini demikian kerana dalam Kamus Dewan 'berleluasa' bermakna berlaku sewenang-wenang atau sesuka hati. Adakah 'berleluasa' dalam tersebut dapat diterima?Kata "berleluasa" dalam konteks ayat yang dinyatakan dalam ayat tersebut dapat diterima.Makna10.07.2008
Ingn tahu peranan DBP untuk mengatasi penggunaan bahasa SMS yang kian berluasa penggunaannya dikalangan masyarakat. Bagimanakah seandainya penggunaan bahasa SMS tidak dapat di kawal.

Khidmat Pesanan Ringkas (short message service - SMS)  merupakan suatu khidmat yang begitu popular dalam kalangan pengguna telefon bimbit. SMS telah dilancarkan secara komersial di Malaysia pada tahun 1995. Bahasa SMS ialah bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi secara tulisan melalui saliuran SMS, dan bahasa yang lazim digunakan ialah bahasa yang tidak baku atau bahasa basahan. Bahasa ini dari aspek leksikalnya mempunyai unsur-unsur campuran antara bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa daerah / dialek. Penggunaan bahasa SMS yang tidak terkawal dan sewenang-wenangnya oleh pengguna SMS, terutamanya dalam SMS yang disiarkan di TV telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ahli bahasa kerana gejala ini boleh memberi kesan buruk terhadap perkembangan bahasa Melayu. Dalam hal ini, DBP telah mengusahakan buku Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) sebagai rujukan pengguna, dan  khususnya dalam penggunaan SMS bagi tujuan rasmi.  Sdr. boleh membuat rujukan Panduan Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) bahasa Melayu di laman web ini http://www.dbp.gov.my/khidmatsms.pdf.

Selain itu juga, bagi membantu sdr. menyelesaikan persoalan ini, sdr. bolehlah mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat penyelidikan. Untuk makluman, keahlian Rakan Dewan  terbuka kepada individu rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Keterangan tentang Rakan Dewan dan borang keahlian boleh didapati di laman DBP di bawah menu Perkhidmatan. Sdr. boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan. Sila kunjungi atau hubungi Pusat Dokumentasi Melayu di talian 03-2148 3541/3540 sekiranya sdr. memerlukan maklumat  lanjut. 

Lain-lain13.07.2010
Bolehkah saya menggunakan perkataan "LANTARAN" di permulaan suatu ayat?? Contoh: Lantaran itu, gejala merokok dalam kalangan remaja kian berleluasa saban tahun. Terima kasih...:)

Saudara,

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat , perkataan lantaran bermaksud i. hal yang menjadi sebab sesuatu perkara ii. kerana, sebab.  Perkataan lantaran boleh digunakan pada permulaan ayat sebagai kesimpulan atau rumusan kepada perkara yang dibincangkan dalam perenggan sebelumnya.

Tatabahasa16.07.2009
Adakah penggunaan perkataan 'seyogia' dalam ayat di bawah betul? Kerajaan seyogia mengambil langkah yang proaktif bagi menyelesaikan masalah pencemaran yang kian membarah.seyogia bermaksud sepatutnya, selayaknya dan penggunaan perkataan seyogia dalam ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa21.03.2011
Tuan, dalam Kamus Dewan ada termuat perkataan merarau (makan tengah hari) dan kudapan (kuih-muih). Bagaimana pula dengan perkataan 'cicipan' yang kian leluasa diguna pakai oleh sesetengah juruacara untuk merujuk kepada makan kuih pada waktu petang sedangkan dalam Kamus Dewan tidak memuatkan kata 'cicipan' yang merujuk kepada makan kuih pada waktu petang? Mohon penjelasan tuan. Terima kasih.

Encik Nik,

Perkataan yang betul ialah cecap yang  bermaksud menjilat dan mengecap makanan untuk mengetahui rasanya. Perkataan ini sudah pun dimasukkan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, lihat halaman 253 dan 278. Perkataan cicip/mencicip bermaksud berbunyi seperti bunyi burung.    

Makna05.07.2010
123

Kembali ke atas