Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kian] | کيان

Definisi : 1. sebegitu, sebanyak itu (ini); sepuluh ~ sepuluh kali ganda itu; 2. makin, makin bertambah: ibu ~ hari ~ tua; bas itu berjalan ~ laju dan ~ jauh meninggalkan perhentian bas; sekian 1. sedemikian, sebanyak itu (ini), sebegitu: ~lah huraian secara ringkas mengenai masalah itu; ingin kembali ke kampung setelah ~ lama ditinggalkan; 2. = sekian­-sekian yg tertentu (hari, angka, dll): dia akan datang pd sekian-sekian hari; 3. se­hingga: bukan kepalang lama waktu, ~ terasa oleh Mak Guna; berkian-kian terlalu banyaknya, banyak­banyak: harta dunia yg ~ banyaknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kian] | کيان

Definisi : sana, situ; ~ ke mari ke sana ke mari (ke hulu ke hilir): burung-burung terbang ~ ke mari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kian] | کيان

Definisi : makin (bertambah): Kita hidup ~ hari ~ tua. sekian 1 sebanyak itu (ini); sebegitu; sedemikian: ~lah yg dpt saya ceritakan kpd tuan-tuan sekalian. 2 = sekian-sekian tertentu (bkn hari, bilangan dll): Dia akan datang pd ~ hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kian (kata tugas)
Bersinonim dengan makin, makin bertambah, lagi;,
Kata Terbitan : sekian,

Puisi
 

Kalau ke titi dari seberang,
     Batang mancis membakar badan;
Alak hati siapa kian melarang,
     Siapatah kian dapat menahan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seperti daun kering ditiup angin di tengah padang.

Bermaksud :

Hidup melarat, terkatung-katung kian ke mari.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
corpora amulaceakorpora amilaseaBiologiHistologi dan SitologiJasad asid nukleik dan protein berbentuk sfera yang terdapat di dalam alveolus kelenjar prostat. Jumlah jasad ini kian banyak apabila umur kian meningkat. jasad amiloid.
hierarchial universealam semesta berhierarkiMatematikTiadaModel kosmos yang diilhamkan oleh Charlier pada tahun 1908. Menurut model ini ketakhomogenan alam semesta berlaku berdasarkan skala yang kian membesar. Contohnya, galaksi yang bergugus kemudian membentuk supergugus dan seterusnya, manakala kepadatan min jirim kian berkurangan.
refraction coefficientpekali biasanMatematikTiada1. Punca ganda dua nisbah di antara jarak ortogonal di air dalam dengan di air tohor, yang dapat mengukur kesan biasan pada tinggi ombak yang kian mengurang akibat rabung ombak kian memanjang.
fade-outkian hilang/ memudarFizikTiadaTiada
fade-outkian hilang/ memudarKomunikasiTiadaTiada
fade-inkian jelas; nyataPendidikanTiadaTiada
fade-outkian hilang/ memudarKomunikasiTiadaTiada
fade-inkian jelas; nyataKomunikasiTiadaTiada
fade-outkian hilang/ memudarKejuruteraanTiadaTiada
dusk sidesisi senjaMatematikTiadaBahagian muka planet atau jasad samawi yang kian membelakangi arah gerakan orbitnya.
12

Kembali ke atas