Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kias]/[qias] | قياس

Definisi : Ar 1. ibarat, teladan atau pengajaran (yg terkandung atau ternyata dlm cerita dll): disiarkan cerita-cerita yg (di dalamnya) penuh ~, ibarat dan pengajaran; 2. teguran yg tidak dgn terus-terang, sindiran; 3. per­bandingan dgn contoh yg telah ada atau dgn hal yg telah berlaku: ulama-ulama itu menjalankan tugas mereka dgn berdasarkan Quran, hadis, ~ dan ijmak; mengambil ~ mengambil contoh (teladan); ahli ~ ahli hukum Islam yg berdasarkan kias; manusia tahan ~, binatang tahan palu prb manusia boleh diajar dgn sindiran sahaja tetapi binatang hendaklah dipukul; berkias berkata-kata dgn menggunakan kias (sindiran), beribarat: aku tak pandai ~, tak pandai beribarat; berkias-kiasan sindir-menyindir: Hajah Sainah turut ~ utk mengusik anak angkatnya; mengias 1. menyindir: tidak aku sangka budak semuda itu pandai benar ~; 2. mem­perbandingkan dgn perkara yg telah ada atau telah berlaku: khalifah-khalifah itu menyelidiki hukum-hukum bagi perkara baru itu dgn jalan dikias dgn sesuatu hukum yg seumpamanya; kias-mengias berkias-kias, sindir-menyindir; mengiasi menyindir kpd; mengiaskan 1. mengenakan kias (perbandingan, persamaan) pd: ~ satu fasal undang-undang kpd suatu keadaan yg tertentu; 2. menunjukkan (mengemukakan) sesuatu dgnperbandingan (persamaan), mengibaratkan: pepatah Inggeris ~ orang bodoh yg banyak cakapnya sbg tong yg tidak berisi; 3. mem­buat sindiran (ibarat dll) yg ditujukan kpd: ayahnya pernah juga ~ kpd dia supaya membuat amal ibadat; kiasan 1. pertimbangan (perhitungan) me­ngenai sesuatu perkara dgn perbandingan (persamaan) perkara yg lain; 2. ibarat, perum­pamaan; 3. sindiran; 4. pengajaran atau con­toh (yg terdapat dlm cerita dll), teladan; 5. lambang; 6. a) = erti ~ erti yg tersembunyi (lain drpd erti yg ternyata); b) = kata ~ kata yg mengandungi (mempunyai) erti kiasan; berkiasan memakai (menggunakan) kiasan, mengandungi kiasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kias]/[qias] | قياس

Definisi : ; ilmu ~ ilmu sihir atau ilmu ghaib (yg menggunakan jampi-jampi utk menyem­buhkan penyakit dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kias]/[qias] | قياس

Definisi : 1 contoh yg baik yg terkandung dlm cerita dll; teladan: cerita-cerita yg di dlmnya terdapat ~, ibarat, dan pelajaran. 2 contoh yg telah ada; perbandingan sesuatu dgn sesuatu hal yg telah berlaku; analogi. berkias bercakap dgn menggunakan kias; beribarat. mengias menyindir. mengiaskan 1 menjadikan sesuatu sbg kias; meneladankan; mengibaratkan: Pepatah Inggeris ~ orang bodoh yg banyak bercakap sbg tong yg separuh berisi. 2 menyatakan sesuatu dgn berkias utk dikenakan (ditujukan) kpd: Mak Piah pernah ~ hal itu kpd anaknya supaya berumah tangga. kiasan 1 contoh; teladan (dlm cerita dll). 2 sindiran. 3 ibarat; perumpamaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kias
Kata Terbitan : berkias, berkias-kiasan, mengias, mengiaskan, kiasan,

Peribahasa

Binatang tahan palu,
     manusia tahan kias.

Bermaksud :

Mengajar binatang dengan pukulan, mengajar manusia dengan kiasan atau sindiran.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
weather lorekias cuacaMeteorologiMeteorologi PerhubunganKaedah ramalan cuaca yang berdasarkan pengalaman yang dinyatakan dalam bentuk puisi yang merupakan keadaan alamiah setempat. Umumnya kias cuaca bersifat tradisi dn kegunaan serta ketepatan ramalannya amat berbeza. Contohnya: "Langit pagi berwarna merah petanda cuaca tidak cerah'
analogical creationcerita kias/ibaratKesusasteraanTiadaCerita-cerita yang disusun untuk menyampaikan ajaran agama, ajaran moral atau suatu kebenaran umum dengan menggunakan perbandingan, ibarat atau kias. Contoh: cerita Si Tanggang dan cerita Malim Kundang.
double entrendekias selewengKesusasteraanTiadaKiasan yang mempunyai dua makna yang kurang jelas. Kekaburan makna ini berpunca daripada penggunaan bahasa yang kabur dan boleh memberikan makna yang berbeza-beza. Contohnya, dua makna dalam sesuatu kenyataan. Salah satu daripadanya mempunyai makna yang tidak baik atau berbentuk sensual, dan satu lagi mempunyai makna bagus dan bernilai murni. Kias seleweng ini biasa digunakan dalam penulisan puisi. Kias seleweng berasal daripada perkataan Perancis double entrende yang menerangkan situasi yang mempunyai �makna berlapis� atau �dua tahap pemahaman�.
double-entendrekias selewengKesusasteraanTiadaKiasan yang mempunyai dua makna yang kurang jelas akibat bahasa yang kabur, dan boleh memberikan makna yang berbeza-beza.
analogie/analogyanalogi/kiasKesusasteraanTiadaMembuat perbandingan di antara dua keadaan yang hampir sama. Contoh: mukanya merah seperti bunga raya. Marahnya seperti ular berbelit-belit.
dilogymaknaKesusasteraanPuisiErti yang terkandung dalam sesuatu kata atau frasa. Dalam puisi, sesuatu kata itu dapat ditentukan maknanya sama ada secara harfiah atau kias. Contohnya, ibu pertiwi membawa makna tanah air.
octastichastabarisKesusasteraanPuisiSesebuah puisi atau sajak yang pembentukannya terdiri daripada lapan baris a b a b a b dan c c. Dalam puisi moden, rima hujungnya adalah bebas, tetapi tidak bebas pada puisi pantun lapan kerat yang lazimnya terikat dengan pola, seperti contoh di bawah. Orang belayar dalam perahu, Haluan menuju ke Batu Bara, Sarat bermuat kain kapas, Kapas dibawa dari barat; Kasih tuan hambalah tahu, Bagai orang menggenggam bara, Rasa hangat tidak dilepas, Begitu benar kias ibarat.

Kembali ke atas