Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kias
Kata Terbitan : berkias, berkias-kiasan, mengias, mengiaskan, kiasan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, saya ingin bertanyakan penggandaan kata majmuk kiasan. Bagaimanakah bentuk kata majmuk kiasan jika digandakan? Hanya perkataan pertama digandakan ataupun keseluruhan kata? 1. anak-anak emas @ anak emas-anak emas? 2. cakar-cakar ayam @ cakar ayam-cakar ayam? 3. berat-berat tulang @ berat tulang-berat tulang? dan sebagainya Terima kasih.Untuk makluman, penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja.
Contoh perkataan ialah anak-anak emas, cakar-cakar ayam dan lain-lain.
Tatabahasa31.07.2013
1.Bagi monolog, tanda petik manakah yang tepat digunakan? Tanda petik seperti dialog ataupun tanda petik tunggal? 2. Bagi kiasan (double meaning), adakah perlu menggunakan tanda petik tunggal. Terangkan secara terperinci penggunaan tanda petik tunggal. 3. Bagi species haiwan, tumbuhan, dan sebagainya, perlukah kita menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan. Contoh: Memerang Licin.Bagi monolog dan kiasan tanda petik tunggal (' ') digunakan. Haiwan dan tumbuhan ialah kata nama am dan dieja dengan huruf kecil seperti harimau, memerang licin dan pokok renek. Ejaan17.08.2011
Bentuk kata majmuk : 1.rangkai kata bebas 2 istilah khusus 3.kiasan 4.mantap Betul atau salah Terima kasih.
Kata majmuk dapat dibahagikan kepada tiga jenis, ialtu kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas, kata majmuk yang merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah dan kata majmuk yang mendukung makna kiasan (simpulan bahasa). 

Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Walau bagaimanapun, terdapat kata majmuk yang dieja satu perkataan kerana bentuknya telah mantap sebagai satu perkataan yang utuh. 
Tatabahasa30.06.2021
ADAKAH METAFORA MEMPUNYAI PELBAGAI JENIS. BERIKAN CONTOHNYA. BAGAIMANAKAH PERKAITAN METAFORA DALAM KEHIDUPAN HARIAN.Metafora merupakan gaya bahasa kiasan atau perbandingan yang membawa maksud lain daripada makna biasa kata atau frasa tersebut atau makna sebenar perkataan berkenaan sebagai perbandingan atau kiasan yang biasa terdapat dalam sajak/ puisi. Sifat gaya bahasa ini ringkas, padat, tersusun rapi dan biasanya terdiri daripada  2 perkataan. 

Jenis-jenis Metafora:

1. metafora implisit
 pengucapan yang mengandungi unsur-unsur bandingan yang memang tersirat sifatnya. 
2. metafora rancu - penggunaan /percampuran dua atau lebih unsur metafora dalam sesuatu pernyataan
3. metafora usang - metafora atau kiasan yang tidak lagi mempunyai keaslian penyairnya, contoh 'merpati putih' dan 'bendera putih'.

Perkaitan metafora dalam kehidupan ialah penggunaan metafora digunakan untuk menyampaikan pemikiran, perasaan, tindakan  secara  tidak langsung dan berhemah, malah mampu mendidik pendengar untuk memikirkan maksud di sebalik kata-kata yang ditulis/diucapkan.
Sastera01.04.2012
makna istilah uzurDalam Kamus Dewan Edisi Keempat, uzur ditakrifkan seperti yang berikut: 1. lemah badan, berpenyakit, sakit  2. sesuatu yang menyebabkan tidak dapat bekerja (berjalan dan lain-lain), aral, halangan  3. (kiasan) a. datang bulan, haid  b. mengandung, hamil 4. (kiasan, bahasa percakapan) terlalu buruk keadaannya (barang-barang), hampir tidak boleh dipakai lagi.Makna27.01.2011
1)mencolok mata atau menjolok mata? 2)serbaneka atau serba aneka? 3)sebaik sahaja atau sebaik-baik sahaja?

Merujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada se­siapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok mata antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan.

Serbaneka atau serba aneka kedua-duanya boleh digunakan.

Sebaik sahaja atau sebaik-baik sahaja kedua-duanya juga, boleh digunakan bergantung pada konteks ayat.

Tatabahasa29.09.2012
1. Apakah simpulan bahasa yang sesuai untuk pakaian iaitu menjolok mata atau mencolok mata? 2. Adakah kedua-duanya boleh digunakan untuk maksud perempuan yang menggunakan pakaian yang terdedah?Menjolok mata antara maksudnya ialah memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya); manakala mencolok mata merupakan kata kiasan yang bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada se­siapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Kedua-dua makna tersebut boleh menjadi jawapan tetapi kita menerima pakai kata kiasan (mencolok mata) untuk menggambarkan perbuatan yang boleh menimbulkan rasa meluat kepada yang melihatnya sebagai jawapan yang paling tepat.Tatabahasa03.08.2012
1. Segi tiga, ringan tulang, anak pungut, bilik mandi adakah tergolong dalam jenis kata majmuk bebas? 2. Air hujan , pita suara, batu kapur, garis pusat..yang mana satukah jenis kata majmuk istilah khusus? 3. Pukul curi, merah jambu, biru laut, buah hati . Antara berikut yang manakah jenis kata majmuk kiasan?1. Segi tiga dan bilik mandi.

2. Pita suara, batu kapur dan garis pusat.

3. Buah hati dan pukul curi.
Tatabahasa17.10.2013
Salam Ramadhan ! Berdasarkan Kamus Pelajar, 1. mencolok mata = menimbulkan rasa meluat kerana berlebih-lebihan ( pakaian, kelakuan & lain-lain.) 2. menjolok mata = memberi malu @ menyakiti hati(perbuatan yg tidak sopan, cara berpakaian dsb) Mohon pandangan tuan adakah maksudnya kedua-duanya sama atau terdapat perkara yang membezakan penggunaannya dalam ayat. Terima kasih.Merujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada se­siapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Berdasarkan huraian tersebut kedua-dua frasa memberi maksud yang hampir sama, namun pada kelazimannya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan.Tatabahasa27.06.2016
Jelaskan konsep metafora secara meluas. Boleh kongsikan senarai bacaan yang terkait dengan aspek metafora? Senaraikan buku atau artikel yang terkait dengan penggunaan metafora dalam penulisan.Metafora merupakan gaya bahasa kiasan atau perbandingan yang membawa maksud lain daripada makna biasa kata atau frasa tersebut atau makna sebenar perkataan berkenaan sebagai perbandingan atau kiasan yang biasa terdapat dalam sajak/puisi. Sifat gaya bahasa ini ringkas, padat, tersusun rapi dan biasanya terdiri daripada  dua perkataan.  Jenis-jenis Metafora ialah (1) metafora implisit -pengucapan yang mengandungi unsur-unsur bandingan yang memang tersirat sifatnya;(2) metafora rancu - penggunaan /percampuran dua atau lebih unsur metafora dalam sesuatu pernyataan: (3) metafora usang - metafora atau kiasan yang tidak lagi mempunyai keaslian penyairnya, contoh 'merpati putih' dan 'bendera putih'.
Antara buku yang berkaitan: (1) Metafora Melayu:Bagaimana Pemikir Melayu Mencipta Makna dan Membentuk epistemologinya,Hassan Ahmad, 2003; (2) Metafora:kumpulan Cerpen, Rustamaji Susanti,2004. Kami mencadangkan puan ke perpustakaan termasuk Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat rujukan.
Makna11.02.2014
123456

Kembali ke atas