Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.cap] | کيچڤ

Definisi : kicau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.cap] | کيچڤ

Definisi : benda cair yg hitam warnanya dibuat drpd air kacang soya dan garam (digunakan dlm masakan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.cap] | کيچڤ

Definisi : benda cair berwarna hitam yg dibuat drpd peraman air kacang soya yg dicampur garam (digunakan dlm masakan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kicap

Puisi
 

Ambil galah kupaskan jantung,
     Orang Arab bergoreng kicap;
Kepada Allah tempat bergantung,
     Kepada nabi tempat mengucap.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya mengajar murid tentang barang yang boleh dikitar semula.Saya hendak terangkan botol kaca kicap (kata inti ialah botol kaca,adakah kata nama botol kaca kicap / botol kicap kaca betul?)Selamat ptg:

Dalam konteks di atas, tuan/puan boleh menggunakan botol kaca. Kemudian, contoh bagi botol kaca yang boleh diberikan ialah botol kaca kicap dan lain-lain.

Sekian, terima kasih.
Makna07.11.2016
Assalamualaikum, Saya keliru dengan penggunaan hukum D-M dalam nama makanan. Yang mana satukah yang benar? Rendang ayam atau ayam rendang? Kari ayam atau ayam kari? Ungkep ayam atau ayam ungkep? Ayam kicap atau kicap ayam? Saya selalu mendengar ayam rendang dan rendang ayam dan kedua-duanya membawa maksud sama, kari ayam, jarang mendengar ayam kari, ungkep ayam dan jarang sekali ayam ungkep dan ayam kicap dan tidak pernah terdengar pula kicap ayam. Diminta untuk jelaskan.Hukum D-M ialah diterangkan dan menerangkan. Diterangkan merupakan unsur inti dan menerangkan merupakan unsur penerang. Bagi nama menu,  kari, rendang  ialah unsur inti (nama masakan) manakala ayam, daging, kerang ialah unsur penerang (jenis masakan), maka nama menu yang terhasil ialah kari ayam, kari daging, rendang ayam, rendang daging, rendang kerang.  Bagi ayam goreng, ayam golek, ayam bakar, unsur inti ialah ayam (benda yang dimasak), manakala goreng, golek dan bakar ialah unsur penerang (cara masakan). Tatabahasa29.12.2017
k. saya pelajar universiti fatoni ingin bertanya tentang makna dalam bahasa melayu, perkatan kedelaiKedelai ialah kacang yang dapat dibuat tempe atau kicap. Tuan boleh membuat carian sendiri di laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.Makna07.04.2015
Perkataan “whole” dalam ayat di bawah ini dipadankan dengan “dalam bentuk asalnya”. Adakah terdapat padanan lain yang lebih sesuai atau jelas untuk menggantikan padanan ini? Fermented soya bean product 221. (1) Fermented soya bean product shall be the soya bean, whole or ground, that have been fermented with harmless microorganism. It may contain other wholesome food. The product shall not be a sauce and includes tauju or sufu, and tauceong or taucu. Produk kacang soya tertapai 221. (1) Hasil Produk kacang soya tertapai hendaklah merupakan kacang soya, dalam bentuk asalnya atau dikisar, yang telah ditapai dengan mikroorganisma tidak berbahaya. Ia boleh mengandungi makanan lain yang selamat dimakan. Hasil Produk tersebut itu tidak boleh menjadi kicap dan termasuklah tauju atau sufu, dan tauceong atau taucu.Padanan bahasa Melayu yang diberikan adalah betul.Penyemakan dan penterjemahan30.06.2021

Kembali ke atas