Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.jang] | کيجڠ

Definisi : sj binatang spt rusa tetapi lebih kecil tubuhnya dan tidak panjang tanduknya, Muntiacus muntjac; ~ menjangan berbagai­-bagai jenis kijang (spt rusa, pelanduk, napuh, dll); ~ dirantai dgn rantai emas, jikalau ia lepas, lari juga ia ke hutan prb seseorang itu akan ingat juga negeri asalnya sekalipun senang hidupnya di negeri orang; dapat ~ teruit prb mendapat keuntungan (faedah) dgn tiada ber­susah payah; spt ~ lepas ke rimba prb orang yg telah kembali ke tempat asalnya dan sukar dijumpai lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.jang] | کيجڠ

Definisi : nama sj binatang yg seakan-akan rusa rupanya tetapi lebih kecil dan tanduknya tidak panjang, Cervulus muntjac. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kijang

Puisi
 

Kijang kuning di tengah belukar,
     Disalak mari anjing Belanda;
Meski di dalam padang terbakar,
     Adik seorang aku tak lupa.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Dapat kijang teruit.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat tebu rebah). teruit = tersangkut kaki atau tanduk pada akar atau belukar.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
roebuckn kijang jantan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
roe deern kijang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
triple jumpn lompat kijang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hop, step and jumpn lompat kijang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
together4. not far from each other, in close proximity, rapat-rapat: antelopes like to group ~ in large herds, kijang suka berkumpul rapat-rapat dlm satu kawanan yg besar; the girls were all standing close ~, budak-budak perempuan itu semuanya berdiri rapat-rapat; the glasses were placed ~ at the side of the table, gelas-gelas diletakkan rapat-rapat di tepi meja itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas