Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.jang] | کيجڠ

Definisi : sj binatang spt rusa tetapi lebih kecil tubuhnya dan tidak panjang tanduknya, Muntiacus muntjac; ~ menjangan berbagai­-bagai jenis kijang (spt rusa, pelanduk, napuh, dll); ~ dirantai dgn rantai emas, jikalau ia lepas, lari juga ia ke hutan prb seseorang itu akan ingat juga negeri asalnya sekalipun senang hidupnya di negeri orang; dapat ~ teruit prb mendapat keuntungan (faedah) dgn tiada ber­susah payah; spt ~ lepas ke rimba prb orang yg telah kembali ke tempat asalnya dan sukar dijumpai lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.jang] | کيجڠ

Definisi : nama sj binatang yg seakan-akan rusa rupanya tetapi lebih kecil dan tanduknya tidak panjang, Cervulus muntjac. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kijang

Puisi
 

Kijang kuning di tengah belukar,
     Disalak mari anjing Belanda;
Meski di dalam padang terbakar,
     Adik seorang aku tak lupa.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Dapat kijang teruit.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat tebu rebah). teruit = tersangkut kaki atau tanduk pada akar atau belukar.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Kijang yang cherdekQalamTiada  
Kijang EmasPusat Dokumentasi MelayuTiada  
Jaket kulit kijang dari IstanbulDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2014978-983-46-1945-9
Jaket kulit kijang dari Istanbul tingkatan 4 Edisi MuridDewan Bahasa dan PustakaTiada2016978-983-46-1945-9
Puisi-puisi kijang II Tiada[19??] 
Anjing hutan dengan kijangFEP International Sdn. Bhd.Tiada1979 
Koleksi laman ilmu berita kijangBank Negara MalaysiaTiada  

Kembali ke atas