Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.jang] | کيجڠ

Definisi : sj binatang spt rusa tetapi lebih kecil tubuhnya dan tidak panjang tanduknya, Muntiacus muntjac; ~ menjangan berbagai­-bagai jenis kijang (spt rusa, pelanduk, napuh, dll); ~ dirantai dgn rantai emas, jikalau ia lepas, lari juga ia ke hutan prb seseorang itu akan ingat juga negeri asalnya sekalipun senang hidupnya di negeri orang; dapat ~ teruit prb mendapat keuntungan (faedah) dgn tiada ber­susah payah; spt ~ lepas ke rimba prb orang yg telah kembali ke tempat asalnya dan sukar dijumpai lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.jang] | کيجڠ

Definisi : nama sj binatang yg seakan-akan rusa rupanya tetapi lebih kecil dan tanduknya tidak panjang, Cervulus muntjac. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kijang

Puisi
 

Kijang kuning di tengah belukar,
     Disalak mari anjing Belanda;
Meski di dalam padang terbakar,
     Adik seorang aku tak lupa.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Dapat kijang teruit.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat tebu rebah). teruit = tersangkut kaki atau tanduk pada akar atau belukar.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pauh kijangpauh kijangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Irvingia malayana daripada famili Simaroubaceae. Gubal kayu pauh kijang berwarna lebih muda teras kayunya, yang biasanya berwarna coklat kekuningan. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 930 hingga 1250 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Kayu ini sangat kuat, sukar dikerjakan dan dikeringkan, dan mempunyai kadar kecutan yang agak tinggi. Kayu ini sederhana tahan dan mudah diawet. Kayu pauh kijang jarang diusahasil kerana mempunyai banir yang tinggi dan batang yang bengkok. Kayu pauh kijang yang diawet sesuai utuk kerja binaan berat, perabot tahan lasak, papan panel, dan lantai parket.
tripple jumplompat kijangPendidikanTiadaTiada
tripple jumplompat kijangSukanTiadaLompatan yang memerlukan melompat sebanyak tiga kali dengan sebelah kaki, melangkah dan melompat.
antelope clothkain kijangKesenianTiadaKain yang digunakan di England, pada masa dahulu untuk membuat rompi bersulam. Ia juga digunakan untuk membuat sulam yang halus.
triple jumplompat kijangSukanTiadaAcara padang yang melibatkan larian, loncatan, langkahan, dan akhirnya lompatan untuk mencapai jarak yang jauh sebelum mendarat di atas pasir. Sinonim : hop-step and jump
barking deer (Muntiacus muntjac)kijang (Muntiacus muntjac)PertanianTiadaTiada
hop, step and jumplompat kijang (Olahraga)SukanTiadaTiada
hop-step and jumplompat kijangSukanTiadaAcara padang yang melibatkan larian, loncatan, langkahan, dan akhirnya lompatan untuk mencapai jarak yang jauh sebelum mendarat di atas pasir.
hop-step and jumplompat kijangSukanTiadaTiada
finnskobut finskoKesenianTiadaBut daripada kulit kijang.
123

Kembali ke atas