Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.kir] | کيکير

Definisi : sj alat drpd keluli yg bergerigi halus pd permukaannya atau tepinya dan digunakan utk mengikis (melicinkan, mengasah, memotong dsb) besi dll; ~ belah rotan kikir yg satu permukaannya melengkung atau berbentuk separuh silinder; ~ pari a) kikir yg dibuat drpd kulit pari; b) orang yg kedekut; ~ parut sj kikir yg tajam-tajam geriginya (utk mengikis kayu, kulit, dll); ~ pari belulang kering direndam tujuh hari tak basah prb a) orangyg degil atau kedekut; b) orang yg kuat (ber­kuasa) yg tidak boleh dipengapakan; berkikir 1. telah dikikis (dilicinkan) dgn kikir; 2. tidak licin (bkn kulit), berkerut-kerut, berkedut-kedut; mengikir melicinkan (mengikis dll) dgn kikir: ~ kepingan keluli; kikiran serbuk sesuatu yg dikikir, tahi kikir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.kir] | کيکير

Definisi : terlalu berkira-kira atau berhati-hati membelanjakan wang, kedekut, lokek: ia tidak ~ menyumbangkan derma; kekikiran perihal (sifat) kikir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.kir] | کيکير

Definisi : alat drpd keluli yg permukaannya atau tepinya bergerigi halus (biasanya digunakan utk melincinkan besi dll): ~ belah rotan; ~ pari. mengikir melicinkan atau mengikis besi dll dgn kikir. kikiran serbuk yg keluar apabila mengikir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ki.kir] | کيکير

Definisi : terlalu hemat atau terlalu berkira-kira membelanjakan sesuatu; kedekut; bakhil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kikir

Peribahasa

Macam kikir besi.

Bermaksud :

Orang kaya yang bakhil.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kikir parikikir pariKesenianTiadaAlat daripada kulit belakang ikan pari yang dikeringkan, berpermukaan kasar dan digunakan untuk meratakan dan menghaluskan ukiran.
kikir kayukikir kayuKesenianTiadaAlat yang bertangkai kayu dan bermata keluli yang bergerigi halus pada permukaan atau tepinya, digunakan untuk melicin, merata, mengikis ukiran kayu.
filekikirPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanAlat kemasan kayu yang mempunyai bilah daripada keluli keras yang bergigi halus pada keseluruhan mukanya. Kikir digunakan untuk membuang dan membersih permukaan daripada serabut dan serpihan kecil kayu. Terdapat berbagai-bagai jenis kikir berdasarkan profil dan kepadatan gigi, serta saiz dan bentuk yang sesuai dengan fungsinya. Bentuk kikir kayu yang biasa digunakan ialah bulat, separa bulat dan rata. Profil gigi kikir, sama ada selari atau bersilang, dan kepadatannya menentukan darjah kehalusan permukaan benda kerja yang dihasilkan.
rifflerkikir lengkungKesenianTiadaKikir untuk meluaskan lubang pada logam dan mengikir permukaan yang melengkung.
filekikir; failKesenianTiada1. Kikir: Alat daripada keluli untuk mengemas permukaan logam atau kayu.
needle filekikir kecilKesenianTiadaKikir yang kecil saiznya untuk membuat kerja-kerja yang halus dan rumit.
knife filekikir pisauKesenianTiadaKikir yang mempunyai mata seperti mata pisau.
hand filekikir kasarKesenianTiadaKikir untuk meratakan permukaan yang kasar.
saw filekikir gergajiKesenianTiadaKikir berbentuk segi tiga untuk mengasah mata gergaji.
vixen filekikir viksenKesenianTiadaKikir bermata lengkung untuk mengikir atau membentuk logam lembut.
123456

Kembali ke atas