Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.lang] | کيلڠ

Definisi : 1. = kilangan apitan, penggilingan (tebu); ~ getah kilang tempat membuat getah keping; 2. bangunan (kelompok bangunan) berserta dgn alat-alat jentera utk membuat (memproses dll) barang-barang: ~ kopi; ~ motokar; ~ sabun; 3. organ yg tugas utama­nya membentuk sebatian kimia yg tertentu, kelenjar: ~ air liur; ~ air mata; ~ adrenal organ vertebrat yg membentuk hormon; ~ mengetin kilang tempat menge­luarkan barang-barang dlm tin; ~ padi kilang tempat mengisar padi; ~ papan kilang tempat membuat papan; kilangan patah awak itulah menghimpitnya prb mendapat kesusahan oleh sebab perbuatan sendiri; mengilang 1. menggiling atau menggolek tebu (utk memerah airnya), mengapit, meng­himpit, mengupas (mengisar dll) padi dll dgn mesin; 2. membuat (mengeluarkan) barang dgn menggunakan kilang; sudah ~ membajak pula prb sentiasa menanggung kesusahan (bekerja sepanjang masa dll); perkilangan 1. kelompok kilang (atau fab­rik): rombongan itu akan melawat pusat-pusat ~ yg mengeluarkan barang-barang di Petaling Jaya; 2. usaha (kegiatan) membuat barang-barang dgn kilang: sangat perlu juga digalakkan perindustrian dan ~; 3. yg berkaitan di kilang atau kelompok kilang; pengilangan perbuatan atau perihal mengi­lang; pengilang orang (kumpulan dsb) yg me­miliki (mengurus) kilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.lang] | کيلڠ

Definisi : 1. air tebu; 2. sj nira yg diminum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.lang] | کيلڠ

Definisi : 1 bangunan atau kelompok bangunan yg dilengkapi jentera utk memproses barang-barang: ~ kopi; ~ motokar; ~ papan. 2 = kilangan alat yg dpt diputarkan utk memerah (mengisar atau menggiling) sesuatu; apitan; penggiling. ~ getah kilang tempat membuat getah keping. ~ padi kilang tempat mengisar padi. ~ tebu penggiling utk memerah air tebu. mengilang 1 memproses barang-barang di kilang. 2 menggiling (memerah, mengisar) sesuatu dgn menggunakan kilang. perkilangan 1 kumpulan kilang. 2 hal mengenai kilang: masalah ~. pengilangan perbuatan atau hal mengilang. pengilang orang yg (kerjanya) mengilang. pekilang orang yg memiliki atau yg mengurus kilang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kilang (kata nama)
1. Bersinonim dengan loji: gedung, bangunan besar,

2. Bersinonim dengan organ: kelenjar

Kata Terbitan : mengilang, pengilangan, pengilang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
grain mill productskeluaran kilang bijianEkonomiTiadaBarang-barang daripada biji-bijian makanan, seperti beras, tepung, sagu, ragi dan kepingan jagung yang diproses di kilang-kilang.
solid wastebahan buangan pepejalBiologiEkologiBahan tidak berguna yang terhasil akibat aktiviti manusia, misalnya bahan buangan dari kilang-kilang pemprosesan makanan, pejabat, dan kawasan perumahan, yang mempunyai kandungan air yang tidak mencukupi untuk mengalir dengan bebas.
Environmental Quality Act 1974Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974EkonomiTiadaUndang-undang untuk melindungi alam sekitar daripada dicemari oleh kilang-kilang perusahaan.
loggingpembalakan; pengeloganGeografiTiada1. Pembalakan: Proses penebangan dan pemotongan pokok kayu kepada bentuk-bentuk balak serta mengangkut kayu-kayu balak ke kilang-kilang papan.
integrated millkilang bersepadu/kilang integrasiKesenianTiadaTiada
semi-detached factorykilang sebandung/ kilang berkembarSeni BinaTiadaTiada
sawmillkilang papanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKilang yang dilengkapi peralatan yang dapat digunakan untuk memproses atau mengubah kayu balak menjadi kayu gergaji dan hasil kayu lain. Kilang papan boleh dikelaskan kepada beberapa kategori mengikut jenis gergaji belah yang digunakan, seperti kilang papan gergaji gelung, kilang papan gergaji talam dan sebagainya.
gobelinsgobelinKesenianHiasan DalamanNama keluarga yang telah memperkenalkan kilang pencelup warna pada pertengahan abad ke-15. Kilang tersebut telah dibeli oleh Louis XIV pada tahun 1662. Selain mengeluarkan pencelup warna, Louis XIV juga mengeluarkan perabot, upholsteri dan dewangga di kilang ini.
brewerykilang birGeologiTiadaKilang membuat dan memproses minuman arak seperti bir.
cannerykilang mengetinGeologiTiadaKilang yang mengetin makanan.
12345678910...

Kembali ke atas